Lama tertangguh cerita bermalam di Tanjong Jara Resort (TJR) ni. Sejujurnya aku tak berapa minat dekat sini. hahahah Mungkin juga masa aku pergi tu air laut bergelora dan musim hujan tak berapa kena. Semua bilik yang menghadap laut ada net hitam. Rosak pemandangan terus. Tapi kita sambung je la cerita dekat sini. Kalau ikut review orang ramai tempat ni antara yang famous dan top juga.
Lepas check in Royal Chulan Cherating Villa laki aku ada booking juga Swiss Garden Beach Resort Kuantan untuk malam seterus nya. Tapi hari booking tu bank macam tengah problem ke pasal apa masa tu. Booking kami kena reject. Kami tak kalut so macam biar je la dulu nanti la tengok mana pula nak bermalam malam esok tu. hahah Gini la percutian main redah je ni so macam tak kisah sangat la mana-mana pun. Esoknya baru fikir masa dekat swimming pool sebelum check out. Maka dari Pahang ke Terengganu la kita. Kalau baca review rata-rata cakap TJR ni best. Review dekat facebook pun cakap best gila. TJR ni memang sesuai untuk yang nak relax je.
Bilik dekat sini kebanyakkan nya 2 tingkat dan pintu masuk berbeza ye. So kita tak kan bertembung dengan orang bilik atas/bawah. Macam gambar ni pintu masuk untuk bilik atas. Kalau bilik bawa pintu sebelah belakang. Kira bagus juga buat macam ni. Ada privacy. Ini aku ambil gambar sebelah dalam sebab tak nampak la jaring hitam tu. Ini menghadap hutan. Bilik kami menghadap laut tapi masa ni laut masih bergelora ombak besar. Ada jaring hitam depan bilik. Jadi sakit mata nak ambil gambar. Haha
Sepanjang dekat sini macam boleh kira berapa orang je kami jumpa tapi kalau tengok pilihan bilik masa nak booking tu macam hampir penuh.
Serambi Double or Twin Room
Pilihan bilik yang tinggal masa ni ada ni je. Sejujurnya aku tak pasti juga jenis-jenis bilik dia ni. Banyak sangat nama dan tak kaji pun kedudukan bilik semua ni. Ada juga tanya kawan aku masa nak booking ni sebab dia dah pernah stay sini. Tapi sebab kami kan main redah je. Hari nak check in la baru nak booking maka nya ambil je la apa ada. Dari Cherating Pahang (15-16 Jan 2022) terus ke Terengganu check in 1 malam (16-17 Jan 2022). Kalau cuti panjang sikit lagi aku rasa mesti sampai Kelantan sekali ni. hahahha.
Bilik dia bagi aku besar juga untuk kami berempat. Meja makan ada dekat beranda kalau nak menghayati pemandangan laut. Tapi masa ni maggi cup paling seronok layan. hahahha
Bilik air pun bukan main besar. Budak-budak ni dapat main sabun dalam bathtub pun dah seronok bukan main. Biar kan mereka. Kawasan sekitar TJR ni memang tenang sangat. Sesuai untuk orang nak mencari ketenangan dan honeymoon. Tak silap aku ada class painting juga kalau berminat dan beberapa aktiviti lain. Boleh rujuk dekat kaunter lobby. Tapi kami anak beranak nak santai-santai je so tak ada la tengok semua aktiviti tu. Budak ni dapat mandi kolam dengan bathtub pun dah cukup bahagia. Tapi bila tengok balik pakaian sepanjang trip ni terasa menyakitkan mata la juga. hahahahah Geram kan.
Trip random kami kali ni bersempena dengan laki aku bebas dari kerja dia yang maha teruk tu. Betul-betul cuti kali ni dia tinggal laptop dan melayan budak-budak ni sungguh. Kalau tidak pergi mana-mana dia kena standby je buat kerja. Asyik nampak dia dan laptop je kan sampai kadang-kadang aku rasa berjalan dengan jasad je. Roh entah kemana.. hahahha
Ni antara kawasan sekitar kolam dan depan tu sikit dah pantai. Tapi pantai area sini tak boleh mandi pun. Memang ada bendera merah. Jangan nak berani redah pula. Nampak macam kami je kan. Tak ramai orang Malaysia masa kami stay sini. Kebanyakkan adalah pelancong asing. Bila malam aku rasa seram la juga sebab ada bunyi deruan ombak yang kuat. Mula la fikir bukan-bukan macam nak tsunami ke. hahahah Lagi satu kawasan sini bila malam gelap betul. Lampu jalan pun alahai.. Bila siang nampak la okay sikit.
Kalau nak lepak tepi pantai ada je kerusi ni tapi entah laa tak rasa nak duduk sini dah kalau semua budak nak mandi kolam je. Suruh jalan ke pantai pun taknak dorang tu so biar je la. Lagi pun ombak kuat juga masa ni. Bunyi pun kuat so ada baik juga laa jauhkan dari pantai ni kan.
Dah bilik lawa dan luas kan. Dinner pun malas keluar. Semua pun order makan dekat bilik je baru la berbaloi kan. Kalau keluar rasa rugi pula nak bersantai. Ada malam tu kami order food delivery tapi kena ambil dekat lobby. Aku tak pasti kalau boleh hantar tapi kami jalan pergi ambil sambil nak tengok suasana malam. Itu yang rasa creepy sikit tu. Ye laa bagi aku gelap dengan bunyi ombak kuat. Lampu macam malap je semua. Konon aku nak keluar sorang tapi tak jadi la. Ajak semua sekali la keluar ambil food. hahahahha lain macam area sana. Itu pun aku rasa bilik kami tengah dan agak dekat dengan main lobby. Tak boleh bayang yang bilik hujung jauh-jauh tu. hahahah
Keesokkan pagi aku dan Asyraf macam biasa la yang paling awal bangun dan merayap dari hujung ke hujung tanjung melawat kawasan. Memang luas ye kawasan sini.Walau bagaimana pun kami gembira dengan percutian yang tak dirancang ni. Ada anak-anak ni tak la sunyi sangat sebenarnya sebab ada mereka meriuhkan suasana. Tempat sunyi jadi bising. hahaha
Sekian throwback kisah lama yang terperam dalam draft. Akan bersambung dengan banyak lagi trip anak beranak di tahun 2023. Tahun paling banyak kami berjalan. Alhamdulilah.
No comments