Anniversary ke 10 di Envi Skydining

Lama aku fikir nak kongsi ke tidak cerita ni. Lagi pun dah lama tak update apa-apa dekat blog. Hari demi hari memang ikut hati nak kembali aktif blogging tapi apa kan daya. Kesihatan mental sendiri pun kena jaga. Ada beberapa perkara yang buat aku diam dari dunia blogging ni. Nak kongsi risau tak kongsi pun susah sebab blog ni bagaikan diari untuk aku sendiri. Banyak perkara penting aku rekod dalam blog. Nak ingat semua memang payah juga kan. Oleh itu untuk post terbaru kali ni aku nak update mengenai kenangan ulang tahun perkahwinan kami yang ke 10. Alhamdulilah. Pejam celik dah 10 tahun usia perkahwinan kami. Walaupun kita tak tahu lagi masa depan macam mana. Itu kuasa tuhan tapi apa yang sedang terjadi harus kita hargai. Haa gitu. Tiba-tiba macam skema kenapa entah. Doa saja yang baik-baik.

Tahun ni jadual kami agak sibuk. Nak plan bercuti pun rasa payah gila tahun ni. Laki aku pernah cakap nak repeat ke Bali sempena  anniversary ke 10 ni sebab dulu honeymoon pun dekat Bali tapi tengok keadaan macam tak mengizinkan. Tak apa la kan mana-mana pun janji masih bersama-sama. 




Envi Skydining KL

Maka tahun ni kami sama-sama ambil cuti sebab Anniversary tahun ni jatuh pada hari bekerja 11 Ogos. Booking pula dekat Envi Skydining. Yang best dekat sini sebab boleh order ala carte tanpa ada limit. Aku sarankan korang ambil pakej 3D macam ni. 



Aku rasa pakej ni lebih murah dan berbaloi kalau tak tau nak order apa. Siap dapat deco meja lagi. Kami pula tak ambil yang ni ingat nak ala carte sekali tengok menu tak tau nak makan apa. Hahahha satu hal pula.. main tunjuk je refer IG dia. 


Ni apa yang kami order masa tu. Food dia bagi aku sedap juga cuma kami bukan pemakan mana dan yang ni pun rasa banyak. Hahah tak mampu nak habiskan. Pinggan tu yang size besar tau. Portion besar juga bagi aku. 

Envi Skydining ni antara top 10 restoran dengan pemandangan KLCC masa aku survey tu. Sesuai untuk romantik dinner gitu dan harga pun berpatutan sebab tak ada limit minima kan. Cuma kena buat tempahan dulu dan tak boleh walk in.


No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...