Pilihan mesin basuh frontload dan dryer heat pump

Bila mesin basuh rumah buat hal lepas tu sekarang ni pula musim hujan memang terasa susah juga. Walaupun ada pilihan dobi zaman sekarang tapi masalah aku pula tak pernah pergi dobi layan diri tu sendiri sepanjang hidup ni. Maka masa mesin rosak ni la terpaksa juga pergi dobi itu pun terkial-kial. Kena tanya orang dekat situ cara guna.. sabun macam mana dan lain-lain sementara nak tunggu hujung minggu cari mesin basuh baru kan. 

Lepas aku tengok balik post lama masa beli mesin basuh tu dalam hujung 2013 ke awal tahun 2014. Usia mesin basuh tu lebih kurang 8 nak masuk 9 tahun juga. Masa tu beli sekali dengan peti sejuk dengan TV sekali. Kira berbaloi la juga tu.


Kembali kepada pilihan mesin basuh. Sebelum ni kami guna mesin basuh jenis topload tapi kali ni laki aku nak frontload. Aku perasan juga sekarang ramai guna frontload sebab jimat ruang dan kebanyakkan sekarang orang perlukan dryer sekali. Bila beli frontload ni memang jimat sangat ruang pakej sekali dryer ni. Kalau topload dan dryer tak boleh sebab ruang kami kecil. 

Beza mesin basuh frontload dan topload

Aku share apa menarik frontload ni kalau dibandingkan dengan topload selepas survey dalam kalut mencari tu. 

1) Jimat ruang - size mesin untuk 7/8/10kg sama, yang beza drum dalam mesin saja. So pilih berapa kg nak macam kami pilih 10kg keatas sebab dah biasa guna size ni untuk kegunaan harian. Kalau ambil kecil jenuh nak ulang basuh pula kan. Boleh stacking washer dan dryer sekali. 

2) Kurang air - frontload guna sikit air kalau dibandingkan dengan topload. Topload kena isi air sampai penuh kan biasanya. 

3) Sabun low suds - cuma bila air sikit untuk frontload maka sabun kena cari jenis low suds. Low suds ni senang kata jenis kurang buih. Masa beli sabun korang cari ada logo frontload dan sebenarnya banyak pilihan. Biasa la sebelum ni tak pernah cakna. 


Rasa nya itu je kot beza. Kalau cerita pasal harga pula. Frontload sekarang banyak pilihan dari murah ke mahal. Kena tengok bajet dan keperluan korang. Masa kami survey ni memang agak pening nak pilih sebab banyak brand dan harga pun berbeza. Tapi dari banyak-banyak brand tu kami senarai pendek kan kepada 3 brand utama iaitu Electrolux, LG dan Toshiba. Jangan tanya kenapa brand lain tak termasuk. Kalau tak buat macam ni memang kesudah tak boleh nak buat pilihan. Ini pun sebab dari bacaan, pendapat kawan dan juga tukang servis mesin basuh. Kriteria kami nak pula mesin basuh 10kg keatas dan dryer nak heat pump sebab kata nya lebih jimat elektrik cuma nya bila dryer heatpump ni harga nya mahal. Oh ye la aku tak cerita pula pasal dryer ea. Dryer ni ada 3 jenis tau. 

Jenis mesin pengering (dryer)

1) Vented - murah tapi kena ada saluran untuk keluarkan wap air ke apa entah tu. Ada corong wap sekali diberi. 

2) Condenser - Ini yang kebanyakkan orang guna dalam rumah sebab tak perlu lubang corong. Boleh pakai dalam rumah cuma harga nya tahap sederhana dan ikut brand juga. Cuma setiap kali lepas guna selain kena cuci filter habuk. Kena keluarkan lebihan air dalam satu tempat dekat mesin tu. 

3) Heatpump - Ini konsep lebih kurang dengan condenser cuma harga nya memang mahal dari condenser tapi paling jimat elektrik dari ketiga jenis dryer ni. 

Tapak mesin beroda (SSB adjustable roller base)

Nasihat aku kalau beli mesin basuh frontload ni baik beli sekali tapak beroda ni. Boleh refer gambar atas dekat bawah mesin tu. Kena ingat frontload ni lagi berat dari topload so kalau ada masalah apa-apa atau kalau perlu alih pun senang ada roda ni. Tak perlu kena panggil orang datang turunkan dryer dan alihkan semua. Senang la kan kecuali dah buat kabinet khas untuk mesin maka itu cerita lain la. Kalau ruang terbuka macam kami ni baik tambah la beli roller ni atau kalau korang pandai sembang minta la ni free. hahahah 

Hasil survey kami pilih brand LG mesin basuh 10.5kg (FV1450S2W) dan mesin dryer heatpump (VDH9066WS). Teruk juga nak memilih ni. Mulanya minat Toshiba sebab harga macam murah juga untuk mesin basuh tapi heatpump dia mahal weh so bila jumlah kan harga mesin basuh dengan dryer dah jadi lebih kurang je dengan harga LG. Hasil survey pula ramai recommend Electrolux dengan LG. Electrolux pula harga mesin pun okay juga. Senang cerita mesin basuh ketiga-tiga brand ni lebih kurang je harga untuk yang size 10kg cuma dryer dia je isu nya. Kalau nak ambil mesin basuh dan dryer brand lain-lain pun tak boleh ye sebab susah nak stack kecuali korang ada slot kabinet asing untuk dua-dua ni. Itu belum kira model mana yang okay pula. LG ni sebab features dia sekarang lebih sikit dari Electrolux yang new model so beli je la lagi pun pengalaman sebelum ni dah biasa guna LG so itu pun antara sebab kami pilih LG. Aku siap tanya tukang repair mesin basuh dia suggest yang pertama Electrolux dan ke-2 LG. Dryer LG memang ada heatpump saja setakat ni. Kalau tengok website dia pun yang sekarang ada 1 model sahaja. Tiada pilihan condenser mahupun jenis vented. Maka itu lah cerita mesin basuh aku. Kelam kabut la juga sebab nak kena cari ganti. hahhaah Terima kasih yang sudi baca sampai habis. Korang memang best. 

No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...