Trip ke Jepun - Osaka Day 6.2 (Universal Studio Japan USJ)

Lepas keluar dari ride spiderman memang just nice dengan The Parade. Dah la spiderman ride tu betul-betul tepi laluan parade tu. Kalau tak silap laki aku masuk juga la tempat spiderman ni sbb sini famous yg 3D/4D tu. Lagi pun kami dapat child switch card tu kan kira fastlane. Kalau dia masuk pun sekejap je terus ke depan tak payah beratur pun. 



Ni keadaan masa parade tu. Eh anak aku si kecil tu excited nak join dorang menari sama okay. Dah la dia kecil halus zass je dia nak lari ke tengah orang ramai tu. Geram aku tau dengan budak tu. Nasib si abang ni dah senang dengar kata. Baju dorang ni warna terang macam ni ada bagusnya juga sebab masa si adik tu berlari senang aku nak nampak mana dia. hahahhah



Nak senang aku masuk kan dia dalam baby carrier so dia tak boleh nak lari. Terpaksa la weh sebab masa ni orang ramai gila. Buat gila kalau hilang tengah orang ramai tu. 








Sekejap je parade ni sebab sekali lalu je so lepas habis tu dah lengang sikit dah orang. Tapi sikecil tu aku masuk je karung senang. Lepas tu round lagi tengok apa lagi boleh main. Area sebelah sini masa ni dah lengang orang. Maybe ramai kearah Harry Potter kot sebab ktorang memang target sebelah sana dulu kan macam lawan arus la kot. hahahha


Jumpa terminator 3D/4D ni tapi belum mula sebab ada jadual showtime kalau tak silap. Ni pun 3D/4D tu juga pastu sebab macam sama je dengan spiderman so laki aku malas nak masuk dah. Sebenar dah penat juga ni weh straight main. Nasib baik yang ride dan beratur panjang semua dah naik. So yang show 3D/4D ni boleh skip je dah. 


Ini tak ingat kenapa tak masuk main.. Laki aku dah penat atau tutup sebab masa kami pergi tu ada ride yang under construction juga cuma lupa yang mana. hahah sebab rasa macam semua dah masuk main mana yag thrill tu kecuali yang macam budak-budak sangat atau yang basah-basah tu tak la. 


Dan area wonderland nilah tempat paling layak masuk last sekali weh dan nasib baik kami memang tak masuk area sini awal-awal sebab dekat sini sekali masuk payah gila anak kau nak keluar. Rugi gila kalau masuk USJ main sini je. Ini memang game untuk budak-budak kecil yang ketinggian bawah 90cm tu. So game pun comel-comel macam dekat funfair tu. Sini juga ada playground besar yang buat anak korang taknak keluar so AWAS jangan masuk sini dulu kalau korang ada anak kecil macam anak-anak aku. ahahha




Nasib la abah dia okay main semua dalam ni. Mama dia mau muntah main benda berpusing ni. Masalah betul dengan motion sickness ni. Demi menjaga kesihatan sejagat lebih baik mama dia tak main benda boleh trigger motion sickness tu. Kalau tidak rosak percutian semua. 


Betul kan game sini macam dekat funfair. hahahha pastu budak kecil tu nak BF tak kira tempat la.. geram aku dengan dia ni. So tepi tu juga la bagi dia susu. Dah taktau nak cari mana baby room dan dia pun dah start nak cranky. Begitu la ada baby ni.. hahahha Tapi sebelum nak BF aku tengok juga tempat tu ada cctv tak kang sesia je kalau cctv atas kepala kau nak slumber menyusu situ. hahahhaha







Masuk area ni aku dah simpan hp dah sebab aku dengan laki aku kena bekerjasama ikut budak kecil tu. Dia dah jumpa dunia dia kan lepas tu action nak main slide macam abang dia dah la tinggi licin. Dengan aku sekali kena main slide tu weh. hishh laaa. Belum yang tempat panjat tu dia pun nak tak padan dengan kecil. Dalam ni senang toilet dan baby room ada dalam tu. Memang lama la biar main dalam ni tapi sebab si kecil tu baby lagi tak boleh biar main sendiri so makpak dia terasa penat sama la masa dekat sini. hahahhaha


Tempat solat dalam USJ - Guest Services

Lepas tu balik ke area dekat entrance sebab nak solat. Tempat solat boleh pergi ke guest service. Sini tak ada proper prayer room tapi staf sini bagi guna bilik rehat dekat guest service untuk solat. Gambar ni dah gelap sebab masa nak balik tu baru teringat nak ambil gambar area guest services ni untuk rujukan tempat solat. 



Tempat solat dekat area sini. Dari main entrance tu sebelah kiri boleh nampak guest services. Masuk situ biasa ada orang dekat kaunter boleh bagi tahu nak solat nanti dia cakap dekat mana. Wuduk kena keluar pergi ambil dekat toilet la tapi ingat jangan basahkan toilet dorang. Pandai-pandai la korang ambil wuduk. Jaga adab kita ye rakan-rakan. Biasa nya dia bagi family room ni untuk solat tapi masa ktorang tu dia bagi bilik macam guest room sebab ada sofa semua. Apa lagi sambil gilir solat memang boleh rehat sekali la lunjur kan kaki kejap. Selesa gila rasa masa ni. hahahhaah Maklum la selepas seharian berjalan je kan. 


Highlight USJ - Hollywood Dream The Ride Backdrop

Lepas solat tu ktorang round lagi tengok night parade dan laki aku nak naik ni pula. Ni pun antara ride wajib bila masuk USJ selain area Harry Potter tu. Mula-mula tadi tanya dia macam taknak sebab dah penat lepas dah solat kan segar balik dan orang dah tak ramai so dia pun join la. Anak pun dah penat sangat masa ni semua nak duduk je so bertenang je la mama sambil tunggu abah main ni. hahahah



Ride yang ni siap ada warning board ye dekat depan ni. Orang macam aku memang tak dapat main la lepas tu kan ada kad untuk fastlane tu. Lepas dia habis 1 ride dia repeat lagi guna kad tu. Hahahah Senang tak payah beratur dah so 2 kali la dia dapat main ni. Dia kata ride ni best gila. Okay la puas hati dia dapat main ni penutup. 



Ni pula orang ramai yang tunggu untuk night parade pula. Biasa penutup memang ada night parade ni. So memang puas hati la dapat main banyak dan boleh stay sampai USJ nak tutup. hahha kalau naik public transport aku dah kena rushing balik kan takut train takde. 






Keluar dari USJ kita lepak area depan ni pula. Sempat juga la dinner dekat sini pula. Dapat la makan shrimp burger untuk dinner. Sedap nya shrimp burger ni. hahahaa




Hard Rock Cafe USJ betul-betul depan ni je. Kalau orang datang taknak masuk USJ biasa lepak depan ni la. Ini pun besar juga kawasan ni. Kebetulan masa keluar dan jalan area sini nampak MOS burger pastu teringat ada kenalan yang duduk Jepun pernah share kalau nak makan shrimp burger dia cakap cari MOS burger ni so itu yang aku try ni. 


Shrimp Burger - MOS Burger


Kalau tengok menu memang la sedap je semua tapi kita hanya boleh makan shrimp burger dan french fries sahaja. Minta burger tanpa cheese sebab cheese dia pun aku tak berani nak makan. So begitu la rupa burger kami tapi dengan bantuan cili sos paket terus jadi sedap tak terhingga. hahhahahaha  


Balik dari USJ ni terasa penat gila tapi si kecil ni segar ye seperti biasa. Ya tuhan nasib baik esok dah nak balik. Tapi kena balik packing barang pula kan. Begitu la nak berjalan pastu bawa baby pula tu so bertabah la mama. hahhahaha Tapi memang puas hati la dapat masuk USJ juga. 

No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...