Lepas makan dekat Ayam-ya kita terus ke Fushimi Inari. Tapi biasanya sebelum ke Fushimi Inari akan singgah ke Nijo Castle sebab kalau ikut map akan lalu sini dulu sebelum sampai Fushimi Inari tapi sebab kan semua malas nak turun dan rasa macam sama je semua castle so terus gerak je. Kira kami lalu je sini tengok je dari jauh. hahhaha mentang-mentang bas selesa semua malas ye nak jalan.
Fushimi Inari
Kalau tengok terowong tiang oren ni memang terkenal dikalangan pelancong kan. Sini sebenarnya tokong dan memang ramai la orang yang datang. Tak boleh nak suka hati berhenti tengah terowong nanti habis jem jalan terowong tu. Boleh tengok betapa sesaknya orang masa dekat sini. Kami sampai sini dah kira petang dah pun.
Terowong tiang oren ni kira jauh la juga kena jalan tapi ikut je orang ramai tu. Terowong ni panjang tau tapi kami macam tak lalu semua sebab dekat hujung tu macam ada jalan potong lagi pun dah petang takut lambat pula nak keluar kan.
Lepas tu usaha juga la nak ambil gambar masa laluan kosong. Yaaa yang ni paling susah ye sebab kena tunggu orang lalu habiskan sekumpulan-sekumpulan manusia ni. Tapi nasib baik lah si kecil tu tidur so okay je nak tunggu. Sini sejuk-sejuk aircond memang sedap je la dia tidur tak berpeluh pun. Ini je gambar mampu ambil masa orang tak ramai. Okay la kan dari gambar penuh manusia. Tapi aku bergambar plus si kecil tu la.
Sini yang jalan potong tu sebab kalau tengok orang lain straight lagi keatas tapi kami lalu sini je terus. Lepas tu lepak dekat tepi tu sambil tunggu orang lain.
Kami tunggu area sini sebelum keluar balik dekat tempat masuk tadi. Macam keliling je sini. Sebelah sini area taman dan ada anak sungai bawah jambatan ni. Daun masih hijau dan kalau dah kuning oren tu mesti cantik gila sini.
Ini pula betul-betul kawasan sebelum masuk tokong atas tu. Yang area belakang aku tu jalan keluar nak balik. Dekat situ banyak kedai jual makanan dengan cenderamata macam gambar bawah ni. Macam potato tu semua boleh la kita makan. Aku tak ingat dah apa aku beli dekat sini.
Keluar sini dah senja weh terus gerak pergi dekat tempat parking. Siap lalu jalan keretapi sekali. Pastu kena tunggu keretapi lalu dulu sebab jalan tutup. Sempoi je ye jalan-jalan macam ni. hahahha Punya la lama rasa tak berjalan ni bila taip post untuk trip jepun ni terasa rindu nak berjalan lagi.
Kalau naik train ini la kot station nak ke Fushimi Inari tu. Tak pasti la kalau ada station lain yang lagi dekat. Dekat jepun tak dapat merasa naik train dia langsung. Mungkin kalau ada rezeki kita try ke Tokyo naik train. Osaka tak dah la sebab dah sampai kan. Kena explore tempat yang belum pernah jejak lagi.
Masa aku pergi tu ramai betul nak botol coca cola ni. Aku simpan botol aku minum je sebab dari aku beli botol ni saja bazir. Tapi memang ada jual set ikut musim.
Ni dekat area parking bas. Kebetulan sampai sini langit tengah cantik. Sempat gambar laki aku je gambar langit ni bila suruh ambil gambar aku terus gelap gelita je belakang. hahhahahaha
Starbucks Ninenzaka Yasaka Chaya
Dari awal aku duk ulang tanya tour guide sempat tak singgah sini. Sebenar nya tour hari ni dah lari sikit timing. Aku punya plan sampai Starbucks ni petang sebab sini kawasan cantik. Kedai sini semua masih guna bangunan-bangunan lama yang berusia lebih 100 tahun. Boleh try google kalau nak tahu lebih. So memang aku nak sangat singgah sini tapi sebab kami naik bas so boleh lagi adjust ke sini cuma dah gelap la. Bila sampai sini malam agak sedih la juga sebab tak dapat view bangunan-bangunan lama dekat sini tapi okay laa sebab dapat juga sampai. Kalau naik public transport mesti tak dapat dah.
Starbucks je antara kedai yang masih buka. Kedai lain memang banyak dah tutup la sebab dah malam kan. Boleh je kan nampak design bangunan dekat sini. Starbucks sini guna tatami tapi kami tak minum situ pun. Datang beli bungkus je sebab dah gelap. Ada lagi tempat lain nak pergi lagi. Dah malam pun tetap berjalan ye.
Deco dalam ni pun lawa sebenarnya tapi tak sempat sangat nak explore. Korang yang ada plan ke Jepun sila la masukan tempat ni dalam itinerary tau. Cantik tau sini. Hp aku masa ni tak berapa mesra malam la. Hishh geram pula. Masa ni famous hp Huawei yang cantik ambil gambar malam. hahahha
Okay dah puas hati dapat juga singgah walaupun sekejap dan malam. Kalau korang tengok gambar dari google lawa gila weh dekat sini. Memang rasa macam real Japan la dekat sini. Ada juga tempat sewa kimono dekat area sini tak silap aku. Pastu boleh ambil gambar sekitar...eh lawaaa la kesimpulannya.
Mega Don Quijote
Dah tapau kopi malam mesti la biji mata segar bugar maka kita sambung shopping lagi dekat Donki ni balik. Rasa macam setiap malam dah ni singgah sini. hahhaha Rasa tak semua ikut masa ni. Driver drop kami shopping sini lepas tu balik hantar yang lain dekat rumah dulu. Lepas tu baru datang ambil kami balik.
Sini macam mydin je kalau tengok rak-rak tu semua cuma branded item pun sama dalam longgokan tu juga weh. hahahah Unik kan. Handbag mahal-mahal pun slumber longgok je. Tapi aku tetap la cari makanan je la lepas tu souvenir tu ada la sikit-sikit. Biasa la aku lebih pada berjalan bukan shopping so begitu je la. Pastu nailclipper tu ramai ye kirim order so aku beli la untuk aku satu. Itu je la kot. Lepas tu dah balik la rehat sebab esok nak ke Universal Studio Japan (USJ) pula.
No comments