Sebelum sambung cerita ke destinasi seterusnya kita share dulu pemandangan jalan raya sepanjang perjalanan tu. Jepun ni tak ramai guna kereta so susah nak jumpa tempat sesak. Perjalanan setiap hari rasa tenang je tau. Kalau korang perati jalan ni kosong macam kawasan tak ada orang kan. Aku tak pasti la kenapa jalan kami lalu semua nya kosong dan tak sibuk. Hahhaa.. Dah rasa macam bandar kena tinggal je.
Lagi satu kopi latte dekat 7E Jepun ni masa aku pergi tu ramai share kata sedap gila. Lagi sedap dari Starbucks kata nya so aku try la juga. Okay memang sedap dan murah banyak la kalau nak bandingkan dengan Starbucks. Dekat sini aku rasa kerap kami masuk konbini beli kudap-kudap makan dalam bas tu. Biasa la budak pun ramai kan. Ok jom ke destinasi seterusnya.
Arashiyama Bamboo
Pemandangan dekat sini lawa sebenarnya dan kalau datang masa kemuncak musim luruh tu boleh tengok daun bertukar warna. Cantik sangat dekat sini pemandangan bukit dan sungai yang luas. Dekat sini la boleh jumpa orang ramai sikit. Kalau tidak rasa macam kawasan terbiar je kosong. hahahah
Masa ni kami berjalan nak masuk ke area buluh. Kawasan wajib la kalau datang Kyoto ni. Sepanjang area sini banyak je kedai cuma kedai makan halal ke tak tu aku tak pasti la pula sebab takde plan nak makan area sini. Lagi pun masa ni kira awal lagi belum masa makan tengahari. Kalau tak silap ada je restoran halal dekat sini.
Dari kawasan kedai dekat atas ni akan ada lorong untuk ke kawasan buluh tu. Boleh ikut je orang ramai. Bila masuk je situ memang dah redup sejuk je penuh buluh kiri kanan dan pandai-pandai la korang nak ambil gambar tanpa ada orang lalu belakang. hahahah bab ni mencabar sikit.
Gambar bersama anak kangaroo ni laa haiii. Taknak bagi dia berlari kita tangkap dia masuk karung. hahaha lepas tu nak balik kena lalu jambatan panjang belakang tu rentas sungai.
Ni area sebelum seberang jambatan tu. Dekat sini banyak je aktiviti lain lagi kalau memang nak stay lama dekat sini sebab kawasan sini luas tapi biasa orang pergi dekat kawasan buluh tu je kan. Macam kami ada tempat lain lagi nak pergi so dekat sini tak boleh nak lepak lama sangat dan masa kami nak balik orang makin ramai. Lega la juga kan keluar sebelum lebih sesak.
Halal Ramen Ayam-ya
Lepas tu makan ramen dekat kedai ayam-ya. Ayam-ya ni wajib cuba bila dekat Jepun. Ramai review sedap dan semestinya halal. Nasib baik masa sampai sini masih buka dan restoan dekat jepun ni semua kecil molek je so disebabkan kami ni ramai kena la bergilir masuk makan tapi tak ada masalah sangat sebab depan kedai ni ada surau. So bergilir la solat dan makan dekat sini.
Tu lorong masuk ke ayam-ya dan bertentang kedai ni surau macam gambar bawah ni. Kawasan nak masuk sini macam satu lorong kecil je dan tak sibuk sangat. Budak-budak ni boleh main lari dekat sini.
Ni surau tu. Kena naik tangga ni ke atas. Tangga dia curam gila weh so orang tua atau budak kena hati-hati sikit naik sini. Surau yang nampak langisr putih atas tu. Selesa untuk kita nak solat. Boleh la korang plan sampai sini untuk makan dan solat.
Ruang dalam kedai memang sempit. Sebelah meja ni ada meja orang lain juga. Tak ambil pula gambar penuh dalam kedai sebab ada orang lain juga. Taknak la ganggu orang lain kan. Belakang tu dah dapur dan ada table bar top dekat situ juga untuk orang makan.
Ktorang mesti lah order ramen dan untuk anak order ayam dengan nasi ni. Aku pun tak ingat dah apa nama menu ni. Try la zoom balik mesin order tu kot nampak list menu ke. hahahha maklum la ni cerita dah lama tapi baru nak update blog kan. Balik dari Jepun lepas tu sambung pkp nya hilang terus jiwa dekat blog. Padahal kalu nak ikutkan lama kan kena duduk rumah. Boleh sangat kalau nak update blog ke apa tapi itu lah jiwa nya hilang entah kemana. hahahhahahah
No comments