Sempena tahun baru ni aku nak update percutian kami sekeluarga. Banyak dah aku hutang post cuti ni tapi yang ni masih baru so kita share la ye.Trip kali ni memang tak plan langsung. Yang aku tau aku ambil je cuti isnin sempena ada cuti Thaipusam selasa so jadi la cuti panjang sikit. Hari Jumaat pagi laki aku pesan packing je la baju sikit tapi tak pasti lagi nak pergi mana. Hahaha dasyat ye. Kalau ikut plan asal nak ke Langkawi kena cancel lepas tu plan pergi Legoland pun kena cancel. Hahahahahha oleh sebab dah banyak kali plan asyik berubah je so aku packing baju pun cincai je la. Ye la packing beriya sekali cancel lagi kan.
Pantai bersih dan dekat sangat dengan bilik. Bilik kami jenis “Ocean Suite” memang betul-betul dekat kolam dan pantai. Dekat juga dengan restoran. Senang nak breakfast kira sebelah bilik je. Sesiapa nak stay sini aku recommend sangat ambil “ocean suite” sebab sangat dekat dengan kolam dan pantai. Yang bilik sebelah atas tu semua kena naik turun tangga. Kena ingat kawasan ni berbukit kecuali memang nak stay bilik je taknak turun pantai. Lebih pada nak pemandangan cantik boleh la kot. View dekat sini memang subhanallah lawa sangat.
Ingat nak gerak malam Jumaat tu tapi laki aku pun balik lewat juga malam tu so aku assume tak pergi mana. Redha dah kalu kena cancel plan lagi sebab dah biasa kan. hahahaahha. Beg pun tak jadi nak sambung packing. Aku tutup terus letak tepi je. Hahahha sebab kan ni la baju aku masa bercuti macam tak siap tu sebab terus tarik je beg ni. hahhahaha
Sekali esok nya awal pagi Sabtu laki aku cakap jom. Kejut je semua anak dan suruh siap. Dia kata jom ke area pantai timur. Hahahahha begitu random ye. Masa dekat highway karak ke LPT nampak signboard Cherating dengan spontan laki aku cakap macam best je pergi pantai lalu masa tu juga scroll tempat nak stay. Hahahha
Royal Chulan Cherating Villa
Maka disini la kami bermalam. Tempat yang tak plan langsung dan begitu random. On the way tu juga la singgah kedai beli pelampung tepi jalan untuk anak dan apa yang ada je la. Maklum la tak study pun kawasan macam mana. Siap berangan nak beli makanan santai tepi pantai sebab dalam bayangan biasa pantai dan laut ni banyak orang berniaga tepi pantai kan. Sekali sepanjang jalan ke sini tak jumpa langsung seperti bayangan itu. Hahahahah mungkin kami lalu jalan lain. Guna waze je kan.
Tapi sini memang cantik sangat. Tak sangka jadi seronok trip kali ni sebab tak plan apa kan. Bila bercuti yang tak mengharapkan apa-apa ni seronok juga ye. Full of surprise gitu dan yang lagi surprise takde baju lawa nak “OOTD” tepi kolam atau pantai. Kedai baju tepi pantai pun tak jumpa yang banyak-banyak tu. Hahahaha Oleh itu terima la OOTD aku seadanya ini.
Nak masuk ke villa ni kena naik buggy. Kereta parking dekat dengan “Arrival Center”. Boleh refer maps atas ni. Lepas tu buggy akan ambil bawa ke lobby. Dari lobby pun kena naik buggy sampai ke bilik. Perkhidmatan buggy ni 24jam kata nya tapi bila dah masuk bilik memang dah malas la nak keluar weh. Lagi pun rasa sayang nak keluar sebab lawa betul kawasan sini.
Ocean Suite room
Ini rupa dalam bilik untuk ocean suite ni. Bagi aku cukup luas dan selesa sangat. Semua bilik dekat sini memang menghadap laut so bab ni tak perlu risau. Untuk yang ada budak kecil yang suka pool. Room type ni paling aku recommend la. Senang nak ulang pergi pool. Boleh tengok sendiri betapa dekat dan senang nya nak ke pantai dan kolam. Kalau bilik atas kena turun naik tangga tu macam tak rela je aku nak ulang alik bilik. hahaha
Balkoni bilik memang terus nampak kolam dan laut
Makanan - Sarapan pagi dan malam
Breakfast dan dinner dekat sini sedap juga. Harga pun kira ok. Bila dah masuk sini dan rasa jauh nak keluar ke kereta nak panggil buggy bagai. Laki aku suruh je order dine in je. Lagi pun memasing memang dah kebulur main pantai dan kolam kan. Nak bersiap keluar pun malas juga.
Ini hasil order ketika lapar. Anak-anak tak habis ulang tanya bila makanan nak sampai. Lapar penat mengantuk semua ada. Kalau keluar pun dah tak tau dekat mana juga kedai makan. Nak mencari kedai 1 hal, itu yang pilih order je dalam ni. Lepas makan terus pengsan budak-budak ni.
Esok pagi nya macam biasa aku dan Asyraf je bangun untuk breakfast. Si
abang tu pantang mama bangun mesti nak ngekor je. Awal aku bangun nak
jalan dekat pantai dulu sebelum breakfast. Tapi yang bagus nya mama ada
tukang ambil gambar kalau dia ikut. heheheh
Pantai Cherating
Pantai Cherating ni cantik dan boleh mandi. Depan villa ni tempat orang main surfing juga. Ombak sini cantik ke tepi. Pasir pun bersih je. Lepas main pantai boleh terus mandi kolam pula. Seronok ye dekat sini. Aku rasa sangat sesuai untuk keluarga dengan anak kecil stay sini. Kawasan pun redup je tak panas mana. Nak biar anak mandi laut pun tak risau sangat sebab pantai jenis rata je. Air nampak bersih.
Boleh nampak betapa dekat nya laut. Yang belakang tu ramai orang tengah
main surfing. Kebanyakkan yang main surfing tu mat saleh aku tengok. Boleh nampak clear dari pool ni. Pool pun luas dan tak ramai orang. Tak silap aku bilik sebelah atas ada private pool so mungkin sebab tu la kot tak ramai datang mandi kolam. Tapi bagus la kan bila tak ramai orang. Aku rasa memang chill dan relax gila bercuti kali ni walaupun tak prepare sangat.
Ini pemandangan dari balkoni bilik
Ini pemandangan dari SPA tapi aku tak try pun SPA nya sebab malas pula nak tunggu dalam tu. Ni saja aku round kawasan sekitar. Murah juga pakej SPA sini dalam RM100 macam tu kalau tak silap. Ini pemandangan kalau ambil bilik kawasan atas-atas kot. Cantik juga kan.
Sekian perkongsian di Royal Chulan Cherating Villa.
No comments