Solat di Masjid Osaka
Masjid osaka ni aku difahamkan tak ramai pelancong yang datang sebab tak ada access train terdekat. Kalau nak kesini kena naik bas atau teksi. Kawasan sini alahai jalan lengang sangat. Nak baring dekat jalan pun boleh. Aku pun bebas je bawa anak aku main dekat jalan tu sambil bergilir dengan laki aku solat. Bawah masjid ni pula kedai runcit produk halal. Boleh nak beli stok makanan halal dekat sini. Tapi jangan la expect ada kicap kipas udang ke apa. hahah Kami nak cari susu pekat pun pelik bentuknya. Kebanyakkan produk dari Indonesia dekat kedai ni.
Tapi memang selesa la masjid ni dan agak luas. Masa singgah solat ni memang kami je ada dekat sini. Masa dah habis tu baru jumpa orang lain juga yang singgah solat. Tapi kawasan sini memang sunyi sepi. Macam kawasan kena tinggal pun ye. hahah Anak aku main tengah jalan pun tak risau sebab kalau ada kereta lalu pun slow je jalan nya.
Umeda Building
Agak lama juga dekat Masjid Osaka untuk solat semua dan terus ke Umeda Building pula untuk tengok view bandar osaka. Ini pun sepatutnya cover hari kedua tapi tak sempat kan so lega la boleh cover sekali hari ni. Dekat sini pun lama sebab best tengok view tempat tinggi.
Ni gambar aku ambil seberang jalan nak ke Umeda Building ni sebab bas kami berhenti dekat sini. Masa sampai sini nampak orang makin ramai sebab dah waktu petang. Mungkin orang mula nak balik kerja kot. Sempat la satu gambar selfie bawah ni sebab ingat nak cepat naik dulu lepas tu baru bergambar dekat bawah ni sekali apa bila naik atas tu lama dan bila turun dah malam hahahah so jadi la satu gambar dekat bawah ni. hahhahaha
Untung ikut tour guide ni dia bawa jalan tak ramai orang lalu ikut lif lain macam mana entah. Tau-tau dah sampai atas sebab sini ada banyak lif. Aku ingat memang tak ramai orang nak datang melawat sini sebab tengok kosong je. Rupanya tour guide bawa jalan lain untuk naik atas. Masa turun tu baru nampak panjang berlingkar orang beratur tunggu nak naik atas ni. hahahahah Kalau la keadaan macam tu untuk naik atas aku gerenti kami tak akan dapat naik. Nak beratur dengan budak-budak ramai ni memang tidak sama sekali. hahahah so ni kira rezeki juga la kan lepas naik keatas tanpa sebarang drama.
Ini rupa sekitar kawasan atas ni. Antara tempat wajib datang kalau pergi Osaka tapi kalau taknak pun tak apa. Sini pun guna OAP tu je. Ini je kot gambar yang ada 4 beranak sebab Asyraf dah sibuk nak ikut makcik pakcik dia. Lepas bergambar ni dia terus lesap. Dekat Jepun ni aku kurang risau dekat dia sebab rasa selamat tapi still kena la pantau. Masa dia lesap tu rasa nak luruh juga la jantung aku ni.. hahahha
Basically dekat sini memang gambar view je la. Buat 1 round dah cukup la sebab nak bergambar macam sama je semua angle. hahahah Lepas tu aku perasan mostly akan ambil gambar dalam escalator ni. Aku pun ambil la juga. hahahah tapi cuak tak yah cerita la sebab escalator ni panjang gila kebawah. Memang curam betul dengan aku pegang stroller lagi. Lepas tu escalator ni jenis sempit muat sorang je. huhu
Escalator ni masa nak turun nak balik. Haa masa turun ni la baru perasan orang beratur panjang nak naik keatas. So selamat la kan. Turun tu memang dah gelap pun. Tapi belum terus balik sebab ada lagi tempat yang nak pergi. hahaha
Namba - Dotonbori - Shinsaibashi suji
Ni sebenarnya macam shopping street. Kalau rajin jalan dari namba terus ke dotonbori dan masuk ke shinsaibashi. Satu jalan yang sama straight je jalan. Kalau masuk sini kena alert la family memasing sebab sini kawasan padat gila. Memang jalan berlanggar orang la masuk sini. Jalan je ikut orang ramai sampai la jumpa billboard glico man yang famous dekat Osaka ni dan juga giant crab tu. Tempat wajib bergambar kalau datang sini. Lepas tu pepandai la cari spot yang tak ramai orang sebab sini jangan harap la nak lengang dan kosong sebab sentiasa ramai tak kira siang atau malam. Dekat sini juga ada sungai dan boleh naik cruise round tapi memang tak la kami naik. Kebetulan masa kami sampai ni masa peak orang ramai gila. Aku main jalan je la ikut orang. hahahahah
Bila aku nampak king crab ni aku dah excited sebab selalu tengok orang kan bergambar sini. Masa sampai sini anak aku dua-dua tidur so faham-faham je la perasan makpak dia masa ni. Walaupun tau kejap lagi dorang bangun habis la kami. hahahah Tapi lega dorang tidur tempat sibuk macam ni tak penat nak kejar dorang. hahah
Paling ramai dekat area glicoman ni. Kira untung sangat la kalau dapat bergambar dekat sini ruang kosong macam ni. Mula-mula kami ambil gambar tu gelap sebab ye la malam. Lagi pun hp pun bukan jenis hebat untuk gambar malam. Sekali ada orang datang bawa lampu terus terang cerah gambar. hahahhaha
Tengok betapa ramai nya umat manusia dekat sini. Lega betul anak tidur dekat sini. Tengok lorong belakang aku tu? Itu la laluan kami nak sambung redah. Sebelum glico man ni pun laluan macam tu juga. Sini kalau siapa suka shopping dan suka tempat happening boleh la cari airbnb dekat area sini. Aku rasa dekat sini je aku jumpa manusia teramat ramai. Pergi tempat lain dah macam kawasan tinggal dah. hahaaha
Masa jalan area Shinsaibashi ni ternampak Luke Lobster. Kalau ikut list makanan wajib cuba ni antara nya la. Terus minta dengan laki aku nak order juga ni. Harga macam dalam menu tu tapi jangan convert. Hahaha Masa ni anak masih tidur so kami berdua la yang makan. Not bad sedap juga cuma kalau la ada sos cili mesti lagi sedap. kah kah kah. Isi lobster banyak tau tak kedekut.
Area sini banyak lorong tapi kita lalu je straight jalan orang ramai tu sampai la ke hujung. Sepanjang jalan tu banyak je kedai kami masuk shopping. Kedai beg LV dengan branded lain pun relax je longgok macam tak bersalah. hahahah Aku tengok je la sebab takde nafsu nak membeli apa-apa pun. Daiso sini pun besar bukan main. Uniqlo pun besar bertingkat-tingkat haaa.
Nah belanja satu kedai branded. Hanya begitu sahaja dekat sini. hahah boleh masuk jangan segan-segan. Tapi aku teruskan perjalanan sampai kehujung dan tidak dilupa masuk 7E atau conbini demi sedikit kudapan. Kalau nampak uniqlo ni dah kira penghujung Shinsaibashi dah so tunggu je la area sini bas datang pickup.
Sempat cari aiskrim. Tak faham sungguh dekat tempat sejuk pun nak juga makan aiskrim. Tu yang balik dari Jepun teruk aku batuk. Habis sini masa tunggu bas tu anak aku baru bangun. Ya dia bangun dikala makpak dia dah penat. Rasa nak balik tidur. hahahah tapi anak? fully recharge. Tuhan saja tahu tapi well standard la nak berjalan kan. Benda macam ni kena hadap. hahahha... Serik tak? gila apa serik kalau dapat berjalan. Dengan family la syok.. hehehehehhe
So mari pulang ke sarang untuk berehat dan bagi anak makan pula. Muka mak dia dah penat tak yah cakap la. heheh.
No comments