Trip ke Jepun - Osaka Day 3.1 (Shinsekai, Osaka Castle, Matsuri Osaka)

Disebabkan hari ke 2 ada tempat kena skip maka hari ke 3 kita mula awal sikit. Ada 2 tempat kena cover sekali untuk hari ni iaitu Shinsekai dengan Umeda Building. Kalau ikut plan asal hari ketiga ni kita akan ke Kuromon Ichiba Market, Osaka Castle dan Dotonbori/Namba/Shinsaibashi suji (area sama). Tapi mengenangkan ramai budak ni dan terkenang kan suasana pasar barang basah tu terus tak jadi pergi ke Ichiba Market. Tak berapa sesuai dengan budak ramai-ramai ni. Maka semua sepakat skip Ichiba Market tu.

Shinsekai - Tsutenkaku Tower


Maka tempat pertama yang kami lawat adalah area Shinsekai. Masuk je sini terasa macam masuk kawasan ultraman. Sumpah nampak je Tsutenkaku Tower korang mesti terbayang ultraman menyerang. Sebelum bergerak memang kena check juga weather forecast sebab musim kami pergi tu musim peralihan. Hari tu dijangka akan hujan so standby la payung dan baju hujan siap-siap. Kebetulan sampai dekat Shinsekai tu memang hujan gerimis sikit tapi ku gagah juga la sebab nak bergambar dekat area situ.




Kawasan tu cantik untuk bergambar dan kena pergi awal pagi supaya gambar korang tak diganggu orang ramai. Sebab tu tour guide pun suggest pergi sini dulu pagi-pagi. Aku dah siap google spot untuk bergambar semua. hahhaha Tu yang sampai situ laju je aku cari tempat bergambar tu. Kawasan sini memang sibuk sebab terkenal sebagai tempat hiburan dan banyak kedai makan tapi kebanyakkan non-halal la.


Lorong ni nampak macam kawasan ultraman kan? hahah



Lepas siap bergambar sini dah mula nampak ramai orang tunggu turn untuk bergambar juga. Terus lega sebab berjaya juga bergambar sini tanpa kelibat orang ramai. heheheh Kami tak naik pun menara tu sebab hurmmm entah tak rasa pun nak naik. Round area situ je bergambar then teruskan ke destinasi seterusnya.

Osaka Castle


Disebabkan kami ni private tour dengan minibus je so tak penat sangat. Agak santai je dari satu destinasi ke satu destinasi. Bagus untuk yang ada org tua dan budak-budak. Lebih selesa macam ni. Masa nak ke Osaka Castle ni memang kena jalan jauh sikit dari tempat bas berhenti. Maklum la castle kan luas so nak masuk pun jauh la. Ada je buggy kalau nak naik tapi memasing nak jalan je so jalan je la.




Dari luar pun boleh nampak tembok besar ni. Atau kalau takut sesat boleh je tanya orang dekat sini. Map pun ada je tunjuk tepi jalan tu. Kalau ikutkan boleh je masuk castle tu dan naik observation deck tu tapi semua tak rajin nak pergi dekat. Lepak dekat bawah ni je. Burung banyak dekat sini, budak-budak seronok bagi makan burung lagi dari pergi tempat lain. hahahaha. Biasa la budak-budak ni bagi main dekat tempat lapang macam ni pun dah seronok lagi pun masa dekat sini pun hujan kejap. Nasib la bawa payung. Tapi lega sebab hujan on off gerimis sekejap je. Kalau lebat aku tak tahu la mana nak lari sebab tempat ni memang kawasan lapang tak ada tempat berteduh pun.


Mungkin juga aku dah tak sanggup nak jalan dah so memang dapat bergambar depan ni pun dah cukup. Lepas tu baru perasan dekat dengan castle tu ada construction.


Kami pergi kan awal musim luruh so daun pun baru belajar nak kuning. Nampak pokok macam ni pun dah excited kejap. hahahah tapi yang bagus tak payah susah nak pakai baju berlapis-lapis.Cukup pakai tshirt lengan panjang. Tapi kalau angin lalu tu boleh tahan sejuk. hahah

Ini kalau betul tengah musim luruh mesti cantik gila. hehhehe

Macam-macam la dua beranak ni.


Kalau pergi masa peak season masa musim bunga atau luruh memang akan nampak ramai orang berkelah atau banyak festival dekat sini. Tapi masa aku pergi ni tak ada apa yang special pun lagi. So seronok berjalan je la. Bergambar pun tak nampak musim luruh sebab pokok masih hijau.


Dekat Jepun ni kan banyak kedai serbaneka (konbini) so memang asyik la ulang masuk beli air la makanan la. aiskrim la. Keluar je dari castle ni lepak dulu dekat konbini Lawson. haha

Makan tengahari di restoran Matsuri


Lepas tu ke Matsuri untuk makan tengahari. Finally dapat makan makanan jepun halal. Nak makan makanan jepun ni masa kena jaga sebab restoran jepun memang limit masa operasi kalau tidak kena bungkus je. Tak boleh makan dekat dalam. Lagi satu kebanyakkan restoran jepun ni sempit so tempat sangat limited. Rezeki kami masa pergi ada tempat tapi itu pun kena tunggu kejap sebelum dapat semua masuk. Maklum la kami ni ramai juga.

Ni depan kedai tu. Kalau dah lepas waktu lunch boleh take away je dekat tingkap tu. Tak boleh makan dalam ni.

Separuh duduk dekat meja kerusi area depan ni. Memang ini rupa kedai makan dekat Jepun. Sempit dan memang muat-muat lalu dan duduk je.

Ada jual macam-macam juga tu makanan halal tapi aku pun tak sempat nak tengok apa barang yang dijual belakang aku tu. Sibuk melayan budak aktif sorang ni. Sambil tunggu yang lain siap bawa dia jalan depan kedai tu dulu. Nak lepas dalam kedai mana boleh sebab sempit. 



Dekat sini memang macam-macam la kami order. Dapat merasa ramen original, okonomiyaki, japanese curry, takoyaki dan apa entah lagi adik ipar aku order. Kongsi rasa la apa ada. Tapi takoyaki tu sumpah sedap. Ramen pun sedap gila. hahahha Mungkin sebab kami lapar juga. Cuma sushi je aku tak order sebab semua macam tak masak. hahahha terus tak reti nak makan sushi dekat jepun ni. Semua nampak raw gila so memang tak la aku makan. hahaha Masa makan ni elok anak aku tidur so senang la nak melantak.

Okonomiyaki - 638yen

Takoyaki - 748yen

Ramen - 825yen


Separuh duduk dekat area sebelah dalam ni. Ni masa mula masuk memang berlaga la dengan orang meja belakang sebab tu orang jepun duduk pun ada gaya kan tapi orang kita nak bersila la berlunjur la. hahahahha Masa ambil gambar ni orang meja sebelah baru keluar. Laki aku tu kerja dimana jua.


Disebabkan cerita panjang kita sambung post lain la ye. Ni baru cerita sampai lunch je belum sampai ke malam lagi. hahhahaah Seterusnya kami singgah solat dekat Masjid Osaka, Umeda Building dan juga merayau mencari glico man. Icon osaka itu.

No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...