Trip Cuti Sekolah - The Haven Resort Ipoh sebelum lockdown

Selalu tengok orang jalan-jalan cari makan dekat Ipoh Perak ni. Sebelum ni dah pernah pergi dengan keluarga mentua tapi memang pergi water themepark Lost World of Tambun jela. Tak keluar jalan-jalan pekan Ipoh pun. Tapi kali ni plan family day keluarga aku pula. Plan asal nak ke Langkawi tapi sebab musim covid tengah baru mula dan nampak makin teruk maka kami tukar plan ke Ipoh Perak. Adik aku cancel booking resort dekat Langkawi dan tukar ke Haven Resort Ipoh Perak. Okay masa ni belum teruk lagi covid ni tapi memang kami tukar plan ke sini sebab fikir kurang orang. Paling tidak memang tak jumpa pelancong luar negara kalau nak bandingkan dengan Langkawi kan.



Haven Resort Ipoh Perak


Kebetulan dapat diskaun lebih 50% masa booking resort ni. Memang rezeki betul so kami proceed je la ke sini. Tempat ni memang cantik dan bilik pun selesa sangat. Kami ambil jenis apartment. Memang luas dan puas hati. Trip ni 3hari 2malam dari 15-17 March 2020



Trip ke sini aku ikut adik aku drive aku dengan anak-anak dari KL. Laki aku masa ni sibuk dan tak dapat ikut pun. Kalau di ingatkan balik trip ni paling kelam kabut sebab memang beberapa hari sebelum lockdown okay. Mana nak sangka 1 Malaysia kena berkurung dalam rumah dan di kawasan masing-masing kan. Pertama kali dalam sejarah. Setelah bertahun lama baru aku sempat nak update cerita dekat sini. 

Ini gambar dalam apartment kami. Gambar bilik lain tak ambil gambar la pula. Tapi apartment ni memang selesa la untuk kami.






View apartment kami menghadap bukit depan tapi okay je cuma pagar balkoni ni macam tak selamat untuk anak aku yang kecil tu. Masa ni dia baby lagi so macam muat je size dia celah tu. Maka balkoni ni banyak kena tutup sebab kalau buka dia mesti nak keluar. hahahha Bila fikir muat saiz badan dia tu terus meremang je rasa gayat. 


Resort ni best betul. Kolam pun besar. Memang puas la anak aku si abang mandi kolam ni. Dia tu dah biasa berenang so senang sikit nak jaga dia. Lagi pun pakcik-pakcik dia pun ramai boleh tolong jaga. Aku memang malas nak turun mandi basah-basah ni. hahhaha Kalau nak mandi sini kena pakai baju putih atau swimming suit je. Kalau tak ada kena buka la baju ye untuk lelaki. 



View ni cantik gila tapi tu la aku malas nak turun mandi. hahahha



Area sini pun ada taman dan tasik luas. Boleh la kalau nak pergi jogging ke round compound sini dengan pemandangan yang cantik. Aku round dengan adik-adik aku masa ni. Anak tinggal dengan mama abah aku dekat bilik. Turun kejap je round sini. Luas puas hati sangat la. Kalau yang nak kan ketenangan tu boleh sangat la datang sini. Family trip pun sesuai. 


Dia ni tak tau apa style. hahha masa kami stay sini memang macam tak ada orang sangat mungkin sebab masa ni dah kecoh pasal covid makin tinggi kes dan sebenar masa ni banyak resort dan hotel dah start tutup. Sebelum nak ke sini memang aku dah tanya adik aku tempat ni ada hantar notis tutup ke tak kan tapi sampai hari ktorang pergi tu memang tak ada sebarang notis tutup so proceed je la dengan plan. 




Bilik sini lagi cantik kalau korang boleh pilih bilik mengadap tasik sebelah sini. Mesti best gila. Resort sini ada breakfast sekali ye kalau rajin la nak bangun pagi turun makan. Aku musykil ni kenapa dalam folder aku gambar pergi breakfast tu semua tak ada. Tak silap aku macam ada ambil gambar masa tu. 

Jalan-jalan cari makan Ipoh


Ipoh ni pun banyak tempat famous dan cantik untuk bergambar. Ni dari parking kereta nak ke area concubine lane yang famous tu. Tapi area sini memang ramai orang sebab famous dengan macam-macam benda juga. Contoh macam gambar bawah ni. Lorong belakang macam ni cantik je. Banyak art sepanjang jalan ni. 







Cafe area sini semua hipster gila. Deco pun semua lawa weh. haahah tak silap gambar adik aku atas ni dekan plan B. Lepas tu dekat area plan B ni masa ni ada pameran apa entah area situ. Ada jumpa aiskrim kelapa dengan ais kepal. Biasa dekat sini benda ni wajib try so dorang beli la ni. Oh masa jalan-jalan cari makan ni aku bawa anak sulung aku je. Yang baby tu kena tinggal sebab panas-panas ni tak sesuai bawa dia. Parent aku pun tak ikut so kami adik beradik je pergi. 




Haa ni aiskrim kelapa dengan ais kepal yang kena try tu. Lepas tu jenuh nak makan kejap je cair. hahhah tapi yang penting try kan. Lepas tu terus jalan ke area Concubine Lane. Yaaa aku sangka tempat ni macam satu kawasan luas rupanya lorong-lorong kecil tepi deret kedai je. So kalau nak cari concubine lane ni landmark dia boleh cari plan B sebab macam terus seberang jalan dari plan B je. Itu pun kalau plan B tu masih dekat situ la. 

Concubine Lane

 

Korang boleh cari signboard ni. Memang lorong bangunan kedai je. Sepanjang lorong ni ada macam-macam pilihan street food. Tengok la mana yang halal tu boleh la makan. Jangan nak main bedal je sebab pelbagai kaum juga berniaga dekat sini. Boleh tanya dulu ye sebelum nak beli tu. 






Sini macam banyak pula aiskrim. Mungkin sebab cuaca panas kan memang sedap la makan aiskrim sejuk-sejuk. 

Platform 9 1/2 (Harry Potter)

Okay ni antara tempat wajib pergi kalau ke sini. Tapi dia macam ada limit berapa orang je boleh sekali masuk. Ye la sini bukan besar mana tapi deco kedai ni memang Harry Potter la. Sebenarnya sini cafe je tapi sebab deco kedai dia ni buat dia famous. Tapi bagus la dia buat sistem macam ni. Takde la crowded sangat dekat dalam kan. Kang nak ambil gambar pun susah kalau ramai-ramai ni. 




Disebabkan masa ni masih ramai dekat dalam so kami pergi kedai depan ni dulu. Makan dimsum dan juga roti cheese rainbow. Kalau tidak budak ni nampak seperti tak berdaya dah. Mana mahu dia nak tunggu beratur ni. 




Ni sebenar nya roti cheese rainbow. Kalau tarik tu memang cheese tarik tu warna warni macam rainbow tapi aku hilang gambar masa tarik tu. Mungkin aku ambil video kot masa ni untuk rekod. Korang google je roti cheese kuma concubine lane kalau nak tengok. hahahah Aku malas pula nak copy google image masuk blog aku. Lebih baik korang google sendiri la ye. hahahha Lepas makan tu baru kami pergi balik dekat cafe Harry Potter tu. Adik aku ada order air dia. 



So yeah ni la antara gambar sekitar dalam cafe ni. Semua angle pun cantik untuk ambil gambar. Nak share semua mau jadi album pula post ni. Aku rasa dah panjang berjela dah ni. Aku dah malas nak collage photo so aku masuk je semua satu-satu takat aku nak la kan. hahahhaha







Lepas pada keluar cafe ni kami round lagi kedai lain sekitar ni. Kedai jual perabot rotan pun ada. Adik aku dah berkenan tapi ala relax la kita window shopping je cukup la. heheh Dan akhir sekali beli food dan kek birthday untuk si kecil ni. Alahai dah 2 tahun umur dia masa ni tapi macam baby je lagi. Birthday dia 13 March so masa pergi ni kan 15 March so ngam je la sambut. 




Lepas tu masa balik apartment ni dah start kecoh dalam berita pasal nak lockdown okay tapi yela kita mana pernah darurat sampai kena berkurung dalam rumah so macam nak percaya dengan tak je. Aku ingat lagi esoknya lepas check out tu family aku dah was-was nak teruskan sambung bercuti dekat KL rumah aku atau terus balik Kelantan. Ikutkan kalau balik terus Kelantan jalan lain la dari Ipoh tapi sebab yakin je la teruskan plan asal so konvoi la kami ke KL.


Elok sampai KL petang tu keluar berita nak lockdown berkuatkuasa 12 malam tu juga weh. So aku ingat la date kita kena berkurung tu 18 March 2020. Pengumuman tu nak kena ada di kawasan masing-masing kalau tak terkandas la family aku semua dengan aku kan. Dah la kira baru sampai weh. Baru je punggah barang dari dalam kereta masuk rumah. Boleh bayang tak penat nya tu macam mana. Lepas tu kalau lebih pukul 12pagi kena ada surat polis. Kalut la family aku pergi balai sebab sure la lebih 12pagi kalau gerak dari KL-KB kan. Memang lepas berita tu solat dan terus angkut balik beg semua masuk kereta. Dorang kena gerak balik terus sebab nak kena ke balai polis dulu. Weh kalut gila masa ni. Balai polis ramai gila orang. Pastu orang balai pun panik sama agaknya nak keluarkan surat pun pening. Kalau korang ingat la kisah ni. Semua balai polis jadi tempat hot masa ni. hahahha Sekarang boleh gelak la bila ingat kan. Jadi kenanagan dah. Tapi tak silap nasib baik dorang terus gerak lepas sampai sebab lepas dorang dapat surat rentas negeri tu makin ramai gila orang pergi balai. 


Sebab kisah tragis ni juga la aku terus tak ter update kisah jalan-jalan ipoh ni. Masa ni sapa yang berjalan musim covid macam kena keji sikit. hahahha. Pergi kedai jumpa orang pun macam jumpa hantu. Pastu sorang batuk sikit pun dah buat orang semua pandang pelik. hahahhaha Begitu la kisah cuti-cuti kami tapi Alhamdulilah nasib baik ngam la juga lepas checkout nak lockdown pun. Kalau tengah bercuti nak kena kalut balik lagi naya kan. hahah

No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...