Awal pagi berkumpul dekat sini. Sebelum tu ada briefing dulu cara guna ATV dan juga mengenai keselamatan. Benda wajib ni dan bukan semua orang biasa main ATV kan. Yang biasa naik motor pun jangan ingat dah terer sangat. Kena juga dengar. Lepas briefing tu kami di minta untuk test drive ATV pusing depan tu dalam 5 kali macam tu. Kawasan test tu pun ada batu dan curam juga so boleh la agak-agak kan.
Aku di beri tahu yang kami akan pergi 2 jenis air terjun bermaksud 2 jalan yang berbeza. Ada pakej dekat sini. Nak yang panjang ke susah ke apa semua ada la. Aku tak tahu la yang kami pergi ni pakej air terjun mana tapi yang pasti memang 2 air terjun la dan jalan maha dasyat juga. Aktiviti lasak bukan untuk semua orang pun sebenar nya. Kalau rasa diri tak berapa kuat baik la undur diri awal-awal. Bahaya juga kalau tak larat nak handle takut menuju ke gaung atau curam bukit sebab memang alahai sipi sangat dengan lurah bukit. Tapi kalau ikut maklumat dalam group whatsapp tu kami ambil pakej B dan C iaitu;
Pakej B - jarak yang diperlukan adalah 2 km perjalanan. Masa yang diambil termasuk rehat di air terjun Batu Asah lebih kurang 1 jam 30 minit ke 2 jam.
Pakej C - jarak keseluruhan 5 km dan masa yang diambil termasuk rehat di air terjun Sofea Jane lebih kurang 2 jam ke 2 jam 30 minit.
ATV route pertama - air terjun sofea jane kemensah
Ni masa baru nak mula ke air terjun pertama. Aku terlebih excited sebenar nya so tak peduli dan tak dengar sangat nak pergi air terjun mana ke apa jenis jalan ke. Orang tengah syok terlepas dapat main benda kegemaran kan. hahahahha Aku harap betul la nama tempat pertama ni ke air terjun sofea jane. hahah kalau salah sila komen je nanti okay.
ATV ni kan naik sebaris straight je so setiap seorang guide akan bawa 4 peserta so memang ramai guide yang akan ikut. Kami agak ramai juga dan nama pun aktiviti pejabat kan. hehe Tak silap aku dalam 30 orang juga kot.
Ni antara laluan ATV ni tapi boleh je google search video kalau nak tahu lebih sebab memang tak dapat la nak ambil gambar atau video masa jalan. Nak selfie memang tak sanggup kang tercampak hp tu menangis tak berlagu aku. hahahah. Siapa suruh tak bawa go pro. Tapi jalan ke sofea jane ni agak mencabar weh aku ingat ala biasa la akar pokok semua tu. hahah Bergegar tangan hoi nak control. Memang pengalaman menarik gila bagi aku. Curam rasa nak terbalik pun ada dengan tanah licin berbatu. Naik bonggol tebal semua la. Macam-macam la jalan yang jumpa. Kalau tak pandai control boleh terbalik weh. Ada kawan pejabat aku terbalik ATV. Agak scary bukan so main la elok-elok ye. Kalau pregnant ke ada masalah kesihatan jangan nak gatal ikut main pula.
Dan akhirnya kami sampai dekat air terjun sofea jane ni. Jumpa satu keluarga dengan anak kecil. Gigih tau hiking ke sini budak tu. Bagus betul. Dekat sini agak ramai jumpa orang sebab ramai yang hiking ke sini.
Kalau plan nak mandi baik mandi dekat sini agak luas dan best. Air terjun satu lagi tu kecil je so patut la kat sini yang ramai jumpa orang lain. heheh Aku konon taknak mandi nak ambil gambar orang je tapi last-last masuk juga. Kang rugi nanti kalau tak mandi sini. Air sejuk gila. best sangat.
Ni tempat parking ATV sementara yang lain semua pergi mandi air terjun. Haaa lupa nak bagi tau yang better bawa bekal dalam beg sikit sebab sampai sini mesti lapar. Ni baru satu check point. Ada satu lagi check point. hehehhe
Sebelum sampai ke sini memang laluan curam gila. Ni paling gerun aku rasa tapi kena juga lalu. Lepas puas mandi mari la kita menuju ke air terjun seterusnya. Bila jalan agak tenang je aku berani ambil gambar maka nampak macam relak je la laluan semua kan. heheh
ATV route kedua - air terjun batu asah kemensah
Aku cakap dekat guide ni scary gila curam tu tadi sekali dia kata nak ke tempat seterusnya ni lagi curam. Kau rasa? tapi laluan pendek dari yang pertama tu. Aku ingat yang ni dasyat rupanya ada lagi dasyat. hahahah. Nak ke air terjun satu lagi kena keluar balik jalan utama. Nampak macam biasa kan sekali betul seperti dia kata laluan lagi scaru siap guide semua turun standby nak tolak kalau sangkut. hahahahahha tepukkkk. Tapi aku berjaya yeayyy. Laluan sini lopak selut teruk weh sampai terpecik ke muka badan la. So tak payah nak melawa sangat kalau nak main ATV just pakai apa yang selesa je.Laluan kesini tak lama pun cuma jalan je teruk dasyat lebih. Batu curam selut cukup semua pakej. Salah control ke curam bukit jawab nya. Tu yang menakutkan siap kena lalu titi kayu weh macam tak kukuh je aku tengok. Takut la juga.
Sini air terjun kecil sikit dari yang pertama tapi syok juga la mandi. Dah alang basah kan sebab kena selut kita masuk la mandi lagi apa salah nya kan.
Bagus jadi antara yang awal sampai so bila sampai air terjun dapat duduk lama sikit sementara tunggu semua sampai kan. Lepas sini terus patah balik dan masing-masing dah kebulur lapar weh. Tak sabar nak balik makan. hahahah Gambar terakhir sebelum gerak balik ke tempat berkumpul. Ni dekat air terjun batu asah.
ATV Adventure Park KL
Dekat sini selesa senang parking, ada tempat mandi, makan, solat dan juga pool kalau nak mandi. Tapi aku tak kuasa la nak mandi situ. Sampai je terus cari makan je ha lepas tu bersiap la mandi nak balik. hahahah
Kolam ni boleh mandi ye. Cantik sangat view. Ni antara gambar yang sempat aku ambil masa tu. Aku suka pemandangan sini.
Yang gazebo open bumbung biru tu ruang untuk solat. Boleh solat dekat situ ye. Gambar bawah ada la tempat kami berkumpul untuk dengar taklimat sebelum main ATV. Ruang mandi juga ada disediakan dekat sini.
Akhir sekali harga pakej ATV yang ada. Boleh la pilih mana nak ye. Aku ingat nanti kalau ada masa nak bawa anak-anak datang mandi air terjun dekat sini sebab macam syok je. Banyak jenis air terjun dan tempat riadah area kemensah ni. Mesti budak-budak tu suka. Sekian perkongsian aku mengenai ATV.
Wowww ini memang mencabar ni, last naik ATV ni di Bukit Gambang, tapi takde laa sampai masuk hutan gini...best gilee!!
ReplyDeletemandi sungai..main ATV ....lepas tu singgah makan bbq kat sebelah ATV tu mmg ngam laaaa
ReplyDeleteMenariknya. Tak pernah lagi try ATV tu. Dari dulu teringin tapi tak ada peluang. Air terjun tu pun haih, best nye tengok
ReplyDeleteBoleh tak Rawlins jadi teringin nak pergi mandi lepas baca your entry? ATV tu maybe takut sket la especially tempat curam
ReplyDeleteMacam mana air terjun tu bole dapat bama sofea jane ek? Agaknya pelajon sofea Jane suka ke sana kut atau dia owner tempat ni.. apa pun nampak genbira u alls. Laki tak join lak?
ReplyDeletewow air terjun ni cantik. wish to go there. it has been a long time pergi air terjun
ReplyDeletejealousnya tengok naik atv dekat kemensah, dah 2 kali zul lalu situ tapi tak kesempatan nak naik atv. tengok air tejun sofea tu macam best je
ReplyDeleteTeringin jugak nak bawak atv ni tapi belum ada rezeki lagi. In shaa Allah suatu hari nanti. Dah lama jugak saya tak mandi sungai atau air terjun ni :)
ReplyDeleteSis last naik kat filipine..mmg syiok jugak le. Now kalau naik mau patah pinggang sis dibuatnya..skrg mmg x larat nk buat aktiviti lasak..
ReplyDeleteSeronoknya dapat pegi air terjun. Lama dah tak berekreasi mcm ni. Naik ATV apatah lagi memang tak pernah. Boleh try la nanti nak cuba cabar diri buat.
ReplyDeleteTak pernah lagi try sukan AYV ni... Teringin jugak nak cuba. Tapi mmg lama dah takmandi air terjun! Geram pulak tgk air tu😝
ReplyDeleteWah..kat Kemensah ke ni? Nampak bestnya tempat ni! Kak min last naik ATV ni masa kat Tadom Hills last year
ReplyDeleteKat Kemensah mmg best sbb banyak aktiviti2 yg berkaitan nature dekat situ. Best mandi area dlm tu. air sejuk je.
ReplyDeleteada program ATV juga time trip Shaklee ke phuket hari tu. tak sangka pula mahal juga pakej dia. untung dapat aktiviti camni
ReplyDelete