Review Arte Plus Ampang

Masa aku share pasal aktiviti sepanjang dekat Arte Plus tempoh hari. Memang banyak message aku dapat yang tanya pasal tempat ni. Aku ingat ramai je tahu rupanya tempat ni memang brand new service residence dan tak ramai lagi tahu. Tempat ni idea kawan-kawan aku la untuk buat "Sleepover Party" untuk sorang kawan kami ni.

Cloud Concept Lifestyle - Ni macam cafe/bar buka malam je kot sebab masa aku pergi ni tutup dikelilingi pool




Mula-mula plan nak pergi sorang je dan tingal anak-anak dekat husband tapi last minute dalam sehari sebelum tu aku decide untuk bawa je husband dan anak-anak. Amsyar kan masih breastfeed so takut payah nak tidur ke apa so bawa je sekali. Kami booking apartment lain.


Arte Plus Ampang ni kena pandai pilih sebab ada banyak host. Kira macam guesthouse atau homestay la sebenarnya. Kan dah banyak condo atau apartment buat konsep macam ni kan sekarang. Lagi pun kebanyakkan condo/apartment sekarang design modern dan lawa-lawa sangat.


Jenis bilik / apartment Arte Plus Ampang



Untuk aku dan kawan-kawan kami booking 1 apartment 2 bilik. Apartment tu aku baca review paling tiptop la so far. Nak check in pun ada lobby sendiri. Compare dengan apartment/studio yang aku booking last minute sebab itu je sebenarnya yang available. Hahahah. Ni host lain kena jumpa dekat parking je untuk serahan kunci.

1) Arte Plus Suite (KLCC) RM252/night


Ni unit yang aku booking untuk party. Memang tak ada gambar keseluruhan unit pun sebab belakang tu dah sepah pun. Dapat pula yang lawa dan sesuai untuk buat party. Unit ni agak complete dengan semua keperluan yang diperlukan seperti kettle, microwave, iron, freezer, dapur dan mesin basuh pun ada.





2) Arte Plus by Easy Suites RM178/night


Tak sempat ambil gambar sebelum tu elok-elok. Sepah sikit. Tapi interior design apartment sini memang lawa. Tempat baru kot memang la lawa. Unit aku ni yang tak best nya letak mircowave tapi pinggan cawan bukan untuk microwave so sama tak berguna pun. hahahha. Stress sungguh. Buat susu anak guna air sejuk je okay. kah kah kah Nak masak air semua atas dapur pun thermos tak bawa so macam takpe la, tak payah berusaha sangat. hahahha




Bilik pertama yang aku booking tu apartment 2 bilik tapi yang kedua tu aku booking apartment 1 bilik tapi yang dapat studio so okay je la. Cuma yang tak bestnya memang TV tiada siaran. Internet pun tak ada. Line pun memang macam siput. Kalau pergi dengan budak baik check betul-betul sebab macam kes aku main booking dan tak baca pula pasal TV dan internet tu. Mana nak sangka tempat area KL takde kemudahan tu kan. Hahahhaha boleh bayang ke husband dan anak-anak aku buat apa tanpa internet dan TV?? Hahahaha  Malam tu memang me time aku dan kawan-kawan aku je. Tapi both bilik kami dapat tu memang lawa la design dan decoration. Apartment aku dapat yang kedua tu memang banyak la kekurangan compare dengan yang pertama so aku ingatkan korang untuk check dan tanya dulu.

Apartment dekat sini ada lif sendiri untuk setiap unit. Oleh itu lif untuk orang awam sangat terhad dan aku rasa masalah paling besar dekat sini memang lif la. Seksa sangat weh nak menunggu lif. Macam mana entah nak explain. Setiap unit akan dapat kad untuk touch untuk guna lif dan masuk rumah. Tapi bila dah checkout dan pulang kad tinggal 1 lif awam je boleh access untuk keluar ke parking. Bayangkan bila reramai check out? Hhahahahh


Tapi lepas tengok gambar bawah ni mesti korang dah tak peduli pasal lif ke takde line ke sebab Arte Plus ni memang modern dan cantik sangat. Yang special design dekat sini setiap tempat tu tak sama. Memang sesuai untuk instagrammer tegar atau untuk OOTD. Hahah

Percaya tak sepanjang dekat sini kebanyyakan yang datang memang untuk party. Turun lif ada yang pakai baju seragam la bertema la bawa belon la kek laa pakai fancy2. Serious dah macam dekat dunia lain je. Macam kami ni tema pyjamas dan mula-mula macam segan nak keluar pakai macam tu sekali apa yang lain pun sama juga. Terus tak segan sebab malam kawasan luar area lobby sangat-sangat lawa. Birthday party ada bachelorate party dan macam2 ada boleh jumpa dekat sini. Sana sini belon dan party deco. Hahahah

Makanan


Okay ni bab yang agak susah sebab ni brand new apartment. Belum ada kedai runcit ke apa so sebelum check in better beli sesiap bekalan. Untuk breakfast ke lunch dan dinner boleh order guna grabfood atau food panda. Tapi kena ingat line limited masa aku datang. Tak semua tempat ada line. Seksa sungguh. Hahahha takut tak boleh order online kena drive out pula. So pepandai la korang kan. Ni aku review sepanjang tempoh aku dekat sana ye.. Harapnya sekarang makin okay la sebab ni tempat baru so kena consider juga.


Kemudahan dan fasiliti di Arte Plus


Swimming pool dekat sini ada beberapa jenis. Tapi yang best dan paling unik aku rasa Lazy River ni. Lazy River terletak di Tower 3. Oh by the way dekat sini ada 3 tower dan setiap tower design architecture berbeza. Masa check in staf akan bagi map building ni. Aku punya dah tak tau mana letak sebab sibuk dengan anak aku tempoh hari. 


Lazy River



Lifestye Pool



Level podium ni tempat access ke tower lain. Dekat sini juga ada Floating Fantasy Garden macam avatar tu bila malam. Ada swimming pool dan juga Cloud Concept Lifestyle.

Cloud Concept Lifestyle



Floating Fantasy Garden



Ni aku cakap tempat macam avatar. Lighting memalam cantik sangat. Tempat duduk tu macam kena beratur tunggu turn okay malam tu sebab ramai sangat. Yang honeymoon la birthday party la bachelorate party la. Memang boleh jumpa macam-macam event dan tema kat sini. Kami slumber juga la dengan pyjamas kami. hahahahha Terus jadi tak segan. Memang sini sangat sesuai untuk event atau party kot.


Ingat malam tu nak pergi Swedish Garden juga dekat Tower 1 tapi maklum la bila perempuan bergambar. Swedish Garden dah tutup malam tu so tak boleh pergi. Tower 2 pula ada gym tapi tu kami memang tak masuk langsung la. hahahha

Actually kami turun melawat kawasan lepas ber party dekat atas. Ni sempena nak celebrate "Bride to Be" kawan kami yang sorang tu. Dia sampai tak sempat makan apa terus turun tapi dia sampai pun dah lambat. hahahha Nak kejar takut tempat avatar ni tutup sebenarnya. Bukan on 24 jam ye. heheh


Swedish Garden

Ni kami pergi sebelum check out. Memang lawa sangat tempat ni. Memang sesuai sungguh untuk mereka yang suka posing bergambar ke instagrammer ke sebab semua tempat cantik dekat sini. Setiap lobi tower pun design berbeza dan lawa sangat korang. Macam sangkar burung pun ada.






Tak perlu explain panjang kan sebab tengok gambar pun dah boleh agak best ke tak. heheh. So ni gambar penutup sebelum semua balik. Ada yang terus nak pergi kenduri la dan aktiviti lain lagi. Kami anak beranak sambung ke MidValley pun. kah kah kah. Aku rasa now mesti dah banyak okay dari segi services bilik kot sebab masa kami pergi ni pun tengah upgrade sikit-sikit.


Our Memory of Arte Plus Ampang 16-17 March 2019


Arte Plus Fantasy Facilities Map


Aku nak update sikit tambahan sebab dah jumpa pamplet pasal Arte Plus ni. Mungkin membantu sesiapa yang nak ke sana. Lagi-lagi cuti sekolah ni. Ni general map yang aku cerita dekat atas ni. Lokasi tempat yang menarik untuk korang patut pergi kalau stay dekat sini. 



No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...