Cara pos barang ke luar negara
Kebanyakkan orang kenal poslaju kan. Nak pos barang je yang pertama sekali korang mesti fikir poslaju walaupun ada je servis lain macam citylink ke skynet ke tapi ramai orang kenal poslaju termasuk lah aku ni. Kalau poslaju yang biasa ada banyak jenis kan tapi aku biasa guna poslaju prabayar atau kalau pek prabayar habis baru guna yang timbang ikut berat tu. Dua-dua sama laju sepatutnya. Untuk poslaju domestik ni aku tak perlu cerita pun sebab aku nak share pos barang ke luar negara guna flexipack.
Poslaju Flexipack
Untuk pos barang ke luar negara boleh guna timbang macam biasa atau guna flexipack yang konsepnya sama dengan poslaju prabayar. Serius tak perlu takut sebab senang je. Mana la tau korang ada customer dari luar ke atau memang nak kirim apa-apa dekat family dekat luar negara ke. Post ni aku share pengalaman aku sendiri. Mulanya terkial-kial la juga sebab takut banyak prosedur ke apa tapi rupa nya senang sangat.
Sebelum tu aku nak ingatkan yang penjualan sampul flexipack ni hanya ada dekat poslaju utama atau yang terpilih sahaja. Sebelum pergi baik korang call dulu cawangan yang berdekatan. Tanya dulu mana yang ada stok flexipack. Macam aku, masa aku call poslaju cawangan dekat rumah, mereka bagi tau yang kena refer ke poslaju utama iaitu paling dekat dengan aku adalah poslaju shah alam. So aku ke sana terus la. Aku share step nya ye. Boleh tanya dekat kaunter pertanyaan kalau tak faham.
Cara guna flexipack
1) Pastikan kod warna negara yang nak kirim tu dulu. Rujuk gambar diatas (aku ambil dari page poslaju Malaysia). Flexipack terbahagi kepada 2 zon. Masa ni aku nak pos ke Abu Dhabi, UAE so kira zon 2 iaitu color biru.
2) Pilih sampul ikut berat barang, macam barang aku tu ringan je so aku ambil saiz XS dan harga dalam RM8 je. Murah kan sebab aku ingat pos ke luar ni mahal. hehehe
3) Tracking number - ini terpulang nak tambah ke tak tapi aku ambil sebab senang nak trace barang nanti. Tambahan untuk tracking number dalam RM4.60 je.
4) Isi macam biasa dan pastikan betul. Pegawai pos tu cakap poskod penerima tu paling penting tapi UAE ni memang tak ada postcode weh so nak buat macam mana. Aku isi alamat yang di bagi je la. hahhaha.. Tapi alhamdulilah barang sampai dengan selamat. Yang penting isi betul-betul.
5) Isi juga bahagian custom declaration ni dan siap. Handover dekat kaunter lepas dah siap isi ye. Simpan tracking number sahaja untuk update.
Senang kan dan harap membantu. Terima kasih yang sudi baca.
salam, nk tanya..harga pos ke uae rm8+rm4.90 tu je ke? xde additional dh ye?
ReplyDeleteye betul. itu saja
Delete4.60 hanya boleh track jika parcel dalam mesia je. kalau nak track luat negara kena yg rm 9.
DeleteSalam kak nak tanye kalau nak post dari Malaysia ke Amerika Syarikat bokeh kee.. ☺️
ReplyDeleterasa nya boleh.. masuk kategori negara-negara lain la kot. boleh tanya dekat kaunter
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian sangat membantu
ReplyDeleteBoleh tahu ke berapa lama barang sampai ke UAE sana?
ReplyDelete1-2 weeks kot. dh lupa plak
DeleteKotak Flexipack 2Kg kecik sgt bg saya. Tak muat kalau barang besar skit. Kena guna kotak sendiri dan pos mahal skit.
ReplyDeletekalau barang guna kotak sndiri blh ke? sbb brg yg nk post byk dan lbh 2kg.. around 4kg camtu
ReplyDeleteKalau hantar brg ke filipin bole kah
ReplyDeletebrg sy da 2minggu lbih tk smpai lgi, tkbole trace ke after kluar mlysia brg tu
ReplyDeleteSy nk pos Brg dlm kotak size 23cmx23cmx29cm Berat 600gram ke afrika selatan brp Kos nye
ReplyDeleteSy nak kirim brg ke mesir..bolehkah
ReplyDeleteSalam, Bole saya tau berapa lama prosesnyaa yee?? Kalau saya nak anta barang ke indonesia...
ReplyDeleteSy pernah hantar biasanya dlm 2 minggu
DeleteSaya nk pos ke mesir.. Berapa anggaran pos ye
ReplyDeleteHai, Sy nk POS brg ke Bali Indonesia adakah charge govement tax
ReplyDeletehai Sy nk POS brg ke Bali indonesia. agak2 rape lame bole sampai lya
ReplyDeletekalau hantar pil ke usa boleh ke?
ReplyDeleteHai. Nak tnya ni. Kita perlu beli tracking number apa kalau nak trace sampai rumah customer?
ReplyDeleteSaya nak Tanya nak beli plastik ni kena ambil nombor ke sis
ReplyDeletenak tanya, klu nak post barang kecil tak sampai 1kg pon,nak kene beli kotak yg harga sampai rm50 ke sis?
ReplyDeleteNak tanya musim covid ni boleh post barang ke Indonesia ke
ReplyDeleteakak, barang akak yg guna tracking rm4.60 tu dah sampai ke belum? saya btul2 nak tahu sbb xleh track :(
ReplyDeleteSis tracking yg harga rm4.6 RR xsilap saya hanya track dalam malaysia sahaja.. Untuk yg rm9 LP bru boleh track smpai luar negara
DeleteSis yg tracking rm4.6 RR hanya boleh track smpai malaysia sahaja... Untuk tracking ke luar negara ambik yg hrga rm9 LL
Deletesalam. nak tnya nak post brg kr korea bole ke?
Deletesalam awak. nak tnya, boleh pos ape2 barang jer ke? klu nak pos makanan ke indonesia, boleh jgak tak?
ReplyDeletemusim pko ni buka ke ??? nak pos ke thailand ..
ReplyDeleteHai.. Assalamualaikum sy nak tnya kaalu nk pos brg ke thailand boleh je kan? Ada limit tak berat brg tu kalau nak pos?😬
ReplyDelete