Cara perap lamb paling sedap

Sempena new year ni husband request lambchop. Aku memang tak makan laaa tapi boleh tolong masak kan je. Laki aku ni suka makan lamb tapi biasa makan dekat luar mahal dan tak puas makan sebab standard la portion sikit je lamb maka laki aku request masak lamb dekat rumah gitu. Menu tahun baru 2018.






Masak sendiri memang la puas hati dan jimat banyak kot. Dia nak makan puas-puas katanya sekali nah banyak betul lamb dia beli. Ada 4 ketul besar lepas tu aku kena potong 2 lagi sebab tak muat bekas nak perap kalau biar panjang tu. Besar sangat ni. Dalam RM25 je lamb tu. Macam boleh 4 kali makan haaa. Yang sedapkan lamb chop tu bergantung cara kita perap so aku nak share resipi perap lamb ni semalaman.


Resipi perap lamb

- sos blackpepper paling banyak guna
- sos tiram 2sb
- kicap pekat manis ABC
- serbuk blackpepper sesedap rasa
- halia tumbuk hancur
- hirisan lemon tapi sebab lemon tak ada aku ganti young living essential oil lemon few drops
- rosemary nak bagi wangi tapi aku tak letak pun sebab tak ada

Cara nya gaul semua tu dan perap dalam bekas tertutup dan masuk peti biar semalaman. Lagi lama perap lagi sedap kan. So biasa perap malam dan masak esoknya.


Kalau ikut resipi chef grill lamb sekali hirisan bawang putih, halia dan marjerin nak bagi wangi dan sedap la kot tapi aku guna planta je grill lamb ni. hihihi.. Husband puji sedap gila daging perap ni. hehehhehehehehehe... walaupun aku tak makan tapi cuba juga rasa memang cukup rasa perapan ni. Actually resipi ni aku ubah ikut suka hati aku sebab sebelum ni aku perap dengan sos blackpepper dengan halia je tapi bila tambah semua tu lagi sedap cukup rasa la. hihihi.. kebetulan semalam rajin sikit.



Lagi satu yang aku perasan untuk perap apa-apa guna kicap ABC mesti sedap compare dengan kicap kipas udang. Selamat mencuba korang. Makan dengan thousand island dan mayonis. Sos blackpepper tak payah dah sebab daging perap tu dah cukup rasa blackpepper. hihhih.. tapi kalau rajin nak tambah sos blackpepper pun okay je.

No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...