Aku jarang cerita pasal budak kecil ni dalam blog aku. Tiba-tiba malam ni rasa nak cerita pasal si kenit ni. Rambut dia ni lebat betul sekarang dan kalau diikutkan masa lahir memang tak ada rambut sangat pun. Aku ingat memang jenis rambut nipis je masa tu. Ramai juga tanya rambut Asyraf ni ikut siapa? hahahhahaha Kalau orang tengok gambar masa baby ni mesti tanya apa aku buat rambut dia jadi lebat kan. Beza sangat..
Dulu aku pernah juga terbaca tips nak lebat kan rambut anak. Antara tips yang aku baca kena rajin cukur licin botakkan dan pernah juga dengar kena cukur botak 44 kali. Eh macam-macam pula kan tapi idok la aku percaya sampai 44 kali tu. Lepas tu kena rajin sapukan minyak kelapa dara dekat kepala dan banyak la lagi tips lain tapi aku ingat 2 perkara ni je la.
Cuma nya pengalaman aku dengan Asyraf ni aku pernah botak licin 3 kali je sepanjang umur dia ni dan hasilnya rambut dia selebat-lebat nya. Minyak dan seangkatan aku tak sapu la pula sebab aku tak suka benda berminyak. hahahhaha Tak pasti la rambut dia lebat ni kebetulan ke atau hasil cukur botak tu. walahhualam.. korang boleh la cuba eksperimen dekat anak masing-masing tapi botak masa baby la weh.. Kesian pula dah besar nak botak lagi-lagi baby girl. Kalau baby girl boleh la try botak masa baby sebab dah besar kesian kalau gegirl botak. Buat naya je kat anak. hahahahha
Sempena cuti krismas dan nak masuk new year ktorang bawa dia potong rambut. Nampak bigboy sangat rambut baru. heheheh Dah rambut lebat macam cendawan rasa sayang nak potong, tu biasa aku biar je rambut dia gitu. Just potong depan kalau dah nak masuk mata je. hahahha Ikut kan hati nak je biar panjang masa kecil ni sebab kalau dah masuk sekolah sure tak boleh biar panjangkan. hahahah
Asyraf ni aktif dan bila peluh nampak alahai kesian nya rambut panjang lepas tu dia suka biar rambut tu tutup telinga, kalau aku selit belakang telinga mesti dia tarik balik tutup telinga dia. hahahhaha. Saja aku nak blog pasal rambut Asyraf sebab mana tau lepas ni tak dapat biar rambut jadi cendawan dah ke. Next year dia dah start tadika. Hari-hari minta pergi school so hantar je la awal. Awal tak awal sangat laa dah 4 tahun 2018 ni. Kita tengok next potong rambut dia bila pula. hihi
Selain tips lebatkan rambut dan kalau nak tau tips penjagaan kulit masa musim sejuk boleh refer blog kak dila atau tips cari skincare. Kalau nak cari pasal cara turunkan kolestrol boleh tengok blog huda. hihihi.. sharing is caring korang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Oh kena botakkan kepala berkali-kali yer
ReplyDeleteBetul, dulu fatin macam tu jugak, rambut susah nak naik. Lepastu mama la slalu potong, sampai sekarang dah xlarat dah rambut smpai jadi lebat.
ReplyDeleteoh anak kite kene botak lg la ni.hahah lambat nau tumbuh rambut
ReplyDelete