Penapis pilihan - Coway

Kalau sembang pasal penapis air mana bagus 4 hari 4 malam pun tak habis. Sebelum aku decide nak ambil penapis coway ni pun sama. Merata aku tanya orang even dekat facebook pun aku ada tanya. Komen bukan main panjang orang debat pasal penapis air ni. Aku tak nampak kesudahan nya sebab semua ada pro and con masing-masing. Aku sendiri nak pilih jadi makin dilema teruk nak decide pilih yang mana. Ni kira komitmen kita juga bukan sebulan dua guna lepas tu nak stop. Kalau kau kaya boleh je just bayar penalti remaining months tu.


Penapis air coway - model Villaem



Kesimpulan nya aku pilih brand coway dari brand-brand yang lain. Kalau tanya kenapa? Pertama sekali sebab dekat rumah parent aku pun guna coway dan coway ada servis setiap 2 bulan. Brand lain pun ada juga servis berkala nya. So sama je dan aku tak ada strong reason pun. hhahahaha. Yang penting memang perlukan penapis air sebab dah tak larat nak angkut dan beli air mineral. Masak minum semua aku guna air mineral sebab takut nak guna air paip.

Okay la dah narrow down brand coway tapi coway sendiri ada banyak jenis pula. Tu satu masalah juga. hurmmmmmm Aku dilema antara penapis air RO ke mineral pula tapi endup aku ambil RO model Villaem jenis RO dengan sewa beli RM125/sebulan. Sebab saiz dia besar dan juga ada 4 jenis suhu - Panas, suam, sejuk dan suhu bilik.

Kalau coway model Neo jenis mineral dan hanya ada 3 suhu air - panas, sejuk dan suhu bilik. Saiz kecil sikit. Tak ingat berapa liter tapi Villaem lagi banyak liter la.


Servis coway kali pertama


Selepas 2 bulan dan sebenar nya aku tak perasan pun dah berapa lama aku guna coway ni. Sekali dapat call kata nak datang servis. Aku pun okay je dan sefaham aku memang coway akan cuba hantar service person perempuan. Biasa kan suri rumah je dekat rumah so mungkin sebab tu kot. Aku pun excited nak tengok apa hasil selepas 2 bulan guna coway. Aku tunggu je siap tanya bila air karat nak keluar sekali orang tu cakap belum kak. Saya buang air dulu. hahahha punya gelojoh tak sabar nak tengok berapa karat aku simpan air haaa.


Masa dia nak cuci filter ni dia panggil aku, nah kauuuuu lepas tengok air ni lagi seram aku nak guna air paip. Dulu ingat nak guna filter besar dekat main pipe air sekali JMB rumah tak bagi. Kalau rumah teres boleh la pasang kalau rumah apartment dorang tak bagi takut bocor ke apa gangu orang lain. Itu yang kami cari penapis air je.


Kalau sesiapa tengah cari penapis air mana bagus tu aku nya advise mana-mana pun bagus janji air ditapis tapi tengok la bajet korang macam mana. Yang penting korang guna la penapis air sebab air sekarang teruk dan banyak penyakit punca dari air. Kalau mampu invest la yang rasa elok kalau tidak pun beli la penapis biasa tu ke dekat giant/supermarket aku ada nampak. Paling kurang ada juga ditapis sikit dari direct guna buat masak atau panaskan. Seram tengok air karat ni. fuhhhh

2 comments

  1. betul..bila nak carik water filter ni macam2 debate RO lah mineral lagi bagus lah.. actually mana2 pun bagus asalkan tapis airnya.. we ended up guna cuckoo

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...