Kebanyakkan orang Malaysia nak pergi korea mesti suka pergi Korea Plaza dekat Menara Hap Seng Jalan P. Ramlee Kuala Lumpur. Sebab apa? Biasa nya dapat banyak voucher diskaun dan juga infomasi terkini semua event yang berlangsung dekat Korea. Tahun lepas masa aku start study pasal Korea trip ni yang baru tau pasal Korea Plaza ni. Even T-money (transport card Korea macam touch n go) pun boleh dapat dekat sana dengan menjawab survey di website. Tapi kena selalu tengok website dorang.
Tu cerita tahun lepas tapi ni update terkini untuk hari ni. Sebab baru je balik dari Korea Plaza Menara Hap Seng. Orang yang jaga dekat kaunter Korea Plaza tu bagitau so far belum ada apa-apa info untuk teruskan offer t-money tourist card dan voucher dalam masa terdekat ni. Masa aku pergi tadi pun rata-rata datang tanya pasal t-money la semestinya. Macam aku juga nak tourist t-money sebab ada banyak diskaun / offer dari kad tu berbeza dengan t-money biasa. Tu yang menarik sebenarnya.
Sebelum ni aku tengok orang yang pegi sana dapat kad t-money yang berharga 2500 won for free sekali topup dalam tu lebih kurang 10000 won. Kalau ikut rate sekarang 1000 won = RM3.90.. kalau dapat kad tu kan banyak boleh jimat.. hahahahah..
Korea Plaza - 11 March 2017
Ni apa yang aku dapat masa pergi Korea Plaza tadi. Yang menarik just dapat coupon book maksudnya ada coupon dalam tu dan juga maps untuk rujukan nanti.
Okay laa yang bagi aku happy sikit pergi sana ada juga coupon masuk Everland 30% off. Kalau aku rasa nak masuk Everland la dan juga diskaun masuk Petite France kalau sempat.
Info : kalau nak tiket masuk Everland/ Seoul tower/ etc kat korea murah boleh beli di 11street tapi kena beli awal sebab proses dia kebanyakkan nya atleast 5hari bekerja.
Muslim traveller
Dari pamplet dan booklet ni juga ada info mengenai tempat solat, makanan halal dan juga info logo halal. Siap bagi cara cakap dalam bahasa korea kalau nak minta makanan halal, tunjuk jalan, toilet dan sebagai nya. Okay la tak dapat t-money kita dapat info. (Sedapkan hati lagi) hahahahahha
Kad T-Money
Ni rupa t-money, kawan aku offer kad dorang sebab dia cakap ada banyak lagi balance dorang tak sempat claim aritu sebelum balik. Okay la boleh jimat sikit tak perlu beli kad just nanti beli kad untuk anak aku je la kalau perlu. Heheheh
Okay ni je yang aku boleh share info apa aku dapat dari Korea Plaza. Aku sarankan siapa yang jauh better call dulu sebelum pergi sebab kalau tak ada apa yang menarik buat penat je pergi. Lagi pun kalau setakat coupon tu boleh ambil di Incheon airport nanti je. Lagi banyak kata nya. Kalau nak juga pergi sila kan.. heheheh boleh ambil macam2 pamplet kat situ. Sekian
No comments