Kadar parking TBS naik bermula 15 Disember 2016

Ni pengalaman pertama parking dalam tempoh lama dekat TBS (Terminal Bersepadu Selatan) lebih kurang 5 hari juga la. Sebab fikir nanti balik sampai sini sebelum subuh kang susahkan laki aku nak ambil dengan anak lagi so aku fikir baik aku bawa je kereta park terus dekat sini. Semua cakap murah je. Dalam RM4 sekali masuk parking dekat TBS ni.



Tapi masa aku masuk ni tengok banyak banner rate parking lain dari apa yang aku baca dan tanya orang. Masa ni dah pasrah dah berapa pun kena sebab tak kan la aku nak patah balik semata parking mahal? hahahhaha... Lepas tu masa jalan nak masuk tu baru tengok dekat mesin parking ni. Terus rasa lega sebab rate parking baru tu berkuatkuasa 15 Disember 2016. Tapi banyak gila naik dari RM4 per entry/day jadi RM10 untuk 24jam (sehari). Apa je yang murah dekat Malaysia cuba cakap sikit. Nasib baik laaa masa aku parking ni masih murah..



Lepas tu nampak banner yang RM4 ni. So okay laaa masa ni masih RM4 sehari sekali masuk. Total aku kena sepanjang aku tinggal pergi roadtrip ke Thailand tu dalam RM20 dari hari Rabu malam (9pm) sampai Isnin pagi (4.30am). Biasa nya aku parking dekat Putrajaya sentral kalau ke luar negara tapi sekarang aku tak pasti kalau dekat situ pun rate naik juga. Sedih nyaaaa.... boleh ber huhu huhu sama-sama ni.



9 comments

  1. Wow. Naik 150% tambah. Haibat. Untung buat bisnes parking kawasan sesak ni

    ReplyDelete
  2. Itulah pasal. Apa je yang murah kat Malaysia ni. Nak join ber huhu huhu. T_T

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Wahh mahal betul bayar parking sekali masuk. Sana masih bersih lagi ke

    ReplyDelete
  4. Sy park every weekend rm16.. Skrg dah jd rm40.. Last 2weeks kreta sy kena pecah.. Batry kreta, smart tag, touch n go.. Habis duit syiling pun d kutip.. Kunci rumah n Kad petron pun dikebas.. Dia x umpil ikut cermin pintu.. Tp kopak tempat masuk kunci kat pintu.. So beringat la masa nak park.. Just peringatan.. Padahal start dr tbs operation sy dah park situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang kita ni terdesak parking je kan.. mmg tawakal je kalau parking. tp sepatutnya kawasan cmni dh byr mahal. security pun kena alert la.

      Delete
  5. sebelum ni parking rm4 je sehari..semalam parking terkjut terus naik dari rm4-rm10..jauh beza tu ha..mujurlah p kl cntrl naik KTM n monorel..semuenye mahal..putrjaya central pon dah naik..dulu sehari rm2 (6am-1am) + rm2 (1am-6am)=rm4..now rm2 (6am-12am) + rm4 (12.01am-6am)= rm6 sehari

    ReplyDelete
  6. sebelum ni parking rm4 je sehari..semalam parking terkjut terus naik dari rm4-rm10..jauh beza tu ha..mujurlah p kl cntrl naik KTM n monorel..semuenye mahal..putrjaya central pon dah naik..dulu sehari rm2 (6am-1am) + rm2 (1am-6am)=rm4..now rm2 (6am-12am) + rm4 (12.01am-6am)= rm6 sehari

    ReplyDelete
  7. Berkuatkuasa 15 Januari 2017, setiap 24 jam akan dicaj sebyk rm6 shj. Xlagi rm10.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...