Ahmad Amsyar memang suka ngempeng malam-malam. Dia akan bangun menyusu setiap 2jam tau malam so korang bayang sendiri aku ni tidur ke tak. hahah Tak cukup tidur pun ye kot.. So hari kejadian tu siang tu aku ada jamuan raya company so pepaham laa jamuan raya ni ada macam-macam tapi ketupat pulut semua memang aku tak makan. Cuma aku ingat aku makan ABC tapi sikit je sebab tak sedap dan manis sangat. Kali ni aku tak pantang ais pun, masa Asyraf dulu memang aku pantang setahun ais. Petang tu lepas pickup anak-anak semua aku dah rasa tak sedap badan macam rasa lenguh pedih urat semua tau. Aku whatsapp laki aku suruh balik cepat sebab pakej sekali pening berpusing. Baby nangis pun aku tak boleh nak dukung dia. Bila laki aku sampai dia lumur minyak panas banyak-banyak dekat kaki semua baru rasa lega sikit boleh tidur.
Esoknya aku pergi kerja macam biasa sebab dah rasa okay kan. Sekali dekat office dalam pukul 9.30 pagi macam tu aku rasa tak sedap badan balik, sakit kepala lenguh badan semua laa so aku telan panadol pastu terus pergi klinik. Dekat klinik check suhu tinggi kot dan patut laaa tak sedap badan demam tapi demam kali ni lain macam lenguh so aku ingat mengurut boleh release banyak. Balik klinik dapat MC aku google spa ngurut yang best sebab last minute macam tu susah nak dapat tukang urut. Masa ni gamble gila pergi spa ngurut sebab biasa dekat spa bukan semua sedap mengurut kalau tak biasa kan. Since badan tak sedap aku redha je dan cari yang dekat dengan rumah.
Kayu Manis Spa
Actually aku takut nak try dekat spa lain sebab pernah ada pengalaman mengurut dekat spa masa di lombok. Lepas mengurut terus jalan macam robot weh sakit gila nak mati. Nasib baik last day baru mengurut so esoknya terus flight balik Malaysia kalau awal-awal dah sakit macam tu confirm rosak holiday aku boleh emo bertahun-tahun. hahahha.
Aku baca review semua kata spa ni best gila dan harga berpatutan so apa lagi terus serah diri straight away dari klinik. Sampai je dia bagi air teh halia. Asalnya nak mengurut je sekali ada promo apa entah murah dengan body scrub dan foot spa sekali so ambil je la. hehhe. Nanti orang spa tu akan tanya kita ada masalah apa-apa ke pastu aku cakap aku demam urat so dia suggest herbal body massage.
Foot spa - Mula sekali dengan foot spa macam best je weh dan lembut je orang ni buat. Bahagia gila bila badan tak sihat dapat macam ni. Terbaik sangat. Aku rasa semua bini-bini dan maka-mak sekalian wajib laa pergi spa untuk relaxing. Suasana spa sendiri pun korang akan rasa rilex gituuu.
Lepas foot spa baru start sesi mengurut. Ni suasana dalam spa tu dengan muzik balinese nya dan bau spa yang refreshing sangat. Staf sini pun bagus tau dan yang penting mengurut sini best sangat sebab lepas mengurut tu badan aku terus segar gila macam terus sihat. Demam tu terus kebah gitu weh. Tak lembik dan lemah macam sebelum tu. Mungkin betul demam urat atau bentan atau mungkin juga sebab tak cukup tidur. So kalau korang rasa ada ciri-ciri demam urat atau bentan sila la bawa diri ke spa atau mengurut. Wahai suami jangan la kedekut nak belanja bini korang pergi spa. Bila bini sihat kan penyumbang kepada keharmonian rumah tangga takde la bini tu nak emo je. hahhaha
Body scrub - Lepas mengurut baru body scrub tapi best ambil ni sebab macam double massage so lagi sekali rasa selesa je. Masa pantang tempoh hari aku tak sempat nak body scrub sebab takut lama pula baby meragam tu yang kali ni aku ambil je la body scrub. Lepas siap scrub mandi dekat bath tub yang disediakan. Relaxing gila weh dan tak menyesal langsung pilih Kayu Manis Spa ni dan patut la review semua cakap best. Dekat je dengan rumah aku yang penting. hehhe.
Aku bagi 5stars ^__________^
No comments