Review diapers atau "pampers" anak yang best 2018

Lama juga tak update blog ni sejak habis pantang. Bagi la peluang mak dengan baby baru nak biasakan diri. Nak kena urus anak-anak sendiri pula tu. Kalau dulu husband kerja normal hour okay la boleh sama-sama jaga anak, kemas dan masak segala sekarang kena buat sendiri so memang huru hara la. Anak sorang okay tapi bila anak 2 dengan baby suka merap wahhh mak kau hijau la juga. Sementara nak bagi masa dekat baby to cool down atau nak melepasi fasa merap dia tu since dia baby lagi kena sabar banyak-banyak lah. Rumah kecah pun kena pejam mata je sebab sendiri tak ada kudrat. hahahhaha Buat mana mampu sudah dan nasib baik dapat husband tak marah rumah sepah. Kalau dia ada masa dia yang tolong kemas apa patut sebab ada certain suami ni tak berapa nak kenang jasa bini. Tau nak mengarahhh je dan nak rumah kemas sentiasa tapi jaga anak malas. durghhhh Eh mak emo pula.

Berbalik cerita pampers ni. Aku panggil pampers je walaupun pampers sebenarnya jenama diapers tapi nak sebut diapers tu macam pelik pula. Sama macam tupperware, brand bekas tapi semua bekas kita panggil tupperware kan. hahahha.

Masa zaman anak sulung aku Asyraf dulu aku dah cuba beberapa brand diapers juga tapi itu dulu dalam 4 tahun lepas dan mungkin yang baru brand dan kualiti berbeza so untuk adik aku kena try & error balik which diapers suit him best kan. Zaman abang aku paling suka brand mamypoko extra dry pek biru sama ada tape atau pants macam gambar google image bawah ni. Dua-dua the best. Tips nak dapatkan mamypoko murah dulu, kena beli hanya dekat AEON masa promo sahaja. Lagi satu BabyLove playpants. Sekarang asyraf dah off diapers tapi tidur malam aku pakaikan juga la. Now standby huggies pants biru je sebab pakai kejap2 untuk tidur atau jalan jauh.


Kali ni untuk adik sebelum aku kembali guna mamypoko aku nak try diapers brand lain dulu. Sekarang ada banyak pilihan brand diapers. Banyak sangat sampai aku siap survey tanya member aku yang baru bersalin diapers apa best sekarang dengan harga berpatutan. hahah Ini antara brand yang aku dah guna dekat baby. 

Drypers, Huggies hijau, Genki, Fitti (tiada dalam gambar) dan terbaru Tesco Loves Baby.



 (dari kiri tesco loves baby, genki, huggies ultra diapers, drypers wee wee dry semua saiz M)


1) Drypers wee wee dry


Brand ni paling famous la dikalangan ibu bapa. Kalau taktau nak try brand apa ni antara 1st choice la. Aku pun beli brand ni untuk newborn tapi awalnya beli 1 pek je dulu sebab nak kena tengok saiz baby masa lahir besar ke kecil takut tak boleh guna lama saiz newborn. Tapi baby aku sempat guna 3pek saiz newborn lepas umur 20 hari upgrade saiz S.

Drypers ni aku tak suka sebab ada bau, kalau yang dah besar guna macam busuk sikit. huhuh.. macam bau baby popo je padahal tak pun. But still drypers antara yang aku repeat beli bila perlu. Harga pun berpatutan dalam RM31 macam tu dan kalau ada promo boleh dapat below than that dengan kuantiti yang banyak. Tak silap aku beli saiz newborn drypers dekat Manjaku boleh dapat dalam RM26 je 64 pcs. Okay la sebab masa pantang banyak tukar pampers kan.

Drypers wee wee dry saiz M ada 74pcs dalam harga lebih kurang RM31.


2) Fitti 


Brand ni aku saja beli masa pantang sekali dengan drypers wee wee dry nb tu standby sebab masa pantang kan banyak guna pampers so tak perlu yang mahal-mahal pun sebab nak guna banyak. Tapi aku kurang suka sebab macam nipis dan plastik tu keras. Aku pegang pun tak selesa tapi masa baby kan kerap tukar so okay la tak guna lama-lama pun haaaa tapi baby jadi ruam merah-merah. Tak pasti la sebab pampers ni ke atau apa. Baby banyak berak masa ni.

(beli genki dapat free genki pants tapi aku belum pernah cuba lagi. semua ni saiz M)

3) Genki


Ini brand baru aku cuba sebab baca banyak review bagus. Dekat pek siap tulis technology Japan lagi so sepatutnya bagus la kan. Harga murah dari drypers tau tapi ni aku beli online la dapat murah sebab tempat lain tak pasti macam mana harga.

Pertama kali guna aku dah suka gila sebab material lembut gebu sangat. Tebal dan nampak selesa dengan anak aku. Anak aku kuat meragam malam so kalau boleh malam aku tak berani nak tukar pampers dia sebab kalau dia terjaga masak la aku. huhuh.. Yang best aku guna genki ni anak aku tak merengek malam sangat dah dan bila bangun pagi aku rasa pampers tebal banyak kencing tapi dalam maintain kering tak melekit atau bocor pun. Memang terbaik lah so far.

Baby kuat meragam better cari pampers elok so kita tak perlu nak kacau dia selalu untuk tukar dan dia pun selesa je tak merengek ruam ke apa. Harga pun murahhhh..

Genki saiz M ada 75pcs dalam harga RM28.50 gitu je. Below RM30.


4) Huggies Ultra Diapers - pek hijau


Ni huggies pek hijau tau dan paling bagus. Masa asyraf dulu aku tengok ramai beli huggies hijau dan kalau tengok harga dekat supermarket lebih kurang je mamypoko tapi aku tak pernah cuba pun sebelum ni. Setia dengan mamypoko je masa tu. hahhaha.

So kali ni aku cuba juga huggies pek hijau ni. Betul best lah cuma jangan la beli dekat supermarket mahal ya rabbi. Kalau nak beli tunggu promo tau. Harga yang kira murah adalah RM37/pek kebawah. Tunggu aeon promo. Aku rasa kan pampers mahal-mahal ni dekat aeon je la murah bila promo. So bila promo tu mohon borong sesiap lah ye. hahahhaa. Aku beli bila murah je kalau normal price memang tak la aku beli.

Bila guna huggies hijau baby selesa la tak bocor tak basah dan juga tak ruam sebab material bagus menyerap. Maintain kering. Sekarang kalau nak tidur malam aku pakaikan je huggies hijau ni. Dah tak perlu risau bocor atau ruam kalau lambat tukar. Jimat pun jimat sebenar nya sebab tak perlu tukar kerap pampers. Bila tukar kerap pampers murah pun jadi mahal. (Do your math please)


5) Tesco Loves Baby


Ini aku terpengaruh dengan orang sebab ramai cakap elok dan murah maka aku cuba la beli. Harga dalam RM27.50 la lebih kurang untuk 81pcs saiz M. Aku baru start guna semalam sebenar nya tapi macam lebih kurang fitti cuma material tebal dan lembut sikit. Peha anak aku debab bila pakai aku macam cerut peha dia lepas tu cawat dia besar kebawah. Aku suspect akan senang bocor. Ini aku tak boleh review sangat. Nanti aku update kemudian.


Semalam sebelum tidur aku pakaikan tapi anak aku tak nak juga tidur lepas tu rasa pampers dah tebal terus aku tukar pakai huggies hijau lepas tu. Pastu macam eh cepat pula berat pampers ni bila anak aku kencing. huhuhu..Mungkin kebetulan. Takpe nanti aku update balik sini ye.


Kesimpulan nya pilihan ditangan anda, kalau ada promo best baru aku borong la huggies ultra diapers tu banyak-banyak. hahahah.. harga diapers ni bukan menentu sangat dan sama la dengan duit kita. kah kah kah... bukan sentiasa ada.

4 comments

  1. Akak dulu guna Drypers & Pet Pet utk si kembar

    ReplyDelete
  2. Setuju sgt part dryers wee wee dry tu... Mmg bau poo kuar...sy try masa anak dlm pantang... Mmg xboleh accept btl... Huggies hijau mmg highly recommended... Sbb anak sy mmg pakai tu je kalau tdo mlm n kua lama sikit...
    Tapi jgn beli Huggies yg red colour.. Tu x bagus.. Cepat sgt bocor... So jgn beli..
    2 years pakai Huggies hijau... Skrg sy tukar mommy poko extra dry skin... Sbb yg ni dia punya pampers tu lebar sikit...

    ReplyDelete
  3. Agree sgt2 pasal drypers tu... Bau poo2 baby kua dr pampers dia... Pakai kejap masa dlm pantang... Then tukar pada huggies hijau... Review huggies hijau tu mmg btl.. Bagus sgt pampers ni.. Tapi.. Pricey sikit lah...2 years sy pakai ni... Then now... Terbekenan kat mommy poko extra dry skin.. Ni sbb cutting dia lebar sikit... So skrg anak sy pakai ni... Tdo malam sy pakai kan anak sy mommy poko air fit... Sbb dia mmg xbocor... Heeee...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...