Aku stop dan park je tepi jalan dekat KK tu dan makesure takde halang sesiapa sebab nak cuba mati kan enjin. Kalau nak matikan enjin gear kena letak dekat P dan angkat handbrek kan? Aku dah letak gear P dan angkat handbrek tapi masalah nya dekat dashboard masih keluar D tapi sebab aku dah angkat handbrek kereta tak gerak la. Kalau aku turun kan handbrek kereta akan gerak macam biasa. Seram tak? arghhh masa ni dah confuse patut aku turun pergi je KK dulu atau pergi perodua servis terus? Jalan situ kearah perodua servis dah jem teruk so sebab aku tengah puasa untuk minum air gula baik aku pergi je KK dulu settle semua baru fikir. hahahha.
Prosedur minum air gula wanita mengandung
Untuk minum air gula kena start puasa 10 mlm sebelum tu hingga pagi tu untuk minum air gula. Sebelum minum air gula kena ambil darah lepas tu baru minum air gula tapi lepas minum air gula pun kena sambung puasa bermaksud tak boleh makan atau minum lagi. Muntah pun tak boleh selama 2 jam. Selepas 2 jam kena ambil darah lagi dan lepas tu baru boleh balik dan makan. Kesian tak? Tolong la kesian. hahahahahha Pening pula baca ayat aku ni.
Aku tawakal je matikan enjin walaupun dashboard keluar D tapi gear aku dah letak dekat P dan angkat handbrek. Aku cuba matikan enjin yes berjaya keluar kunci semua tapi saja try nak start balik tak boleh. Brek pun keras tak boleh tekan pun. Kunci pun tak boleh pusing. Locked terus semua. So kita cool hidu stress away young living jalan masuk KK. hahhaha lepas tu text laki bagitau pasal kereta yada yada. hahhahahhhahha Terus text office bagitau saya EL satu hari. hurmmmm.
Tahukah anda bahawa towing insuran adalah percuma? Dan juga windscreen claim?
Kalau tak sebab kereta aku mati ni dan tak boleh start langsung mesti sampai bila aku tak ambil tau pasal servis towing kereta ni. hahahah.. Kereta aku guna insuran AIG dan setakat ini aku belum pernah claim apa-apa lagi dengan insuran sepanjang usia kereta aku. Masa tunggu dekat KK tu sempat la aku tanya member-member pasal apa problem kereta aku dan semua pun cakap gearbox. So okay fine laaa sebab sis is redha dan cara nya memang kena towing pergi service centre je. Aku call juga perodua service centre yang aku biasa tu pun sama suruh towing tapi perodua suruh aku call towing no. yang ada belakang buku servis tapi sebab aku masih dalam mode tenang so kita tanya-tanya lagi orang.
Laki aku pun dah tak senang duduk dekat office tapi aku faham laa dia punya kerja busy so sebab aku masih bertenang (terlebih stress away agaknya) so rilex je lagi sambil whatsapp tanya geng KBBA9 sekali. Ramai cakap lebih baik guna servis towing insuran sebab free tapi ramai yang takut guna insuran sebab risau ganggu NCD kereta kan? Yaaaa termasuklah aku.
So aku cuba call free service assistance AIG 1300883933 lepas tu tanya pasal towing ni macam mana nak claim. Orang tu pun cakap AIG cover towing RM150 so kalau jarak jauh dan perlu tambahan baru dorang akan call balik bagitau. Jarak dalam coverage RM150 kira free la. Tapi sebab aku risau aku call AIG centre 1800888811 untuk kepastian betul ke towing AIG tak ganggu NCD, kena faham orang tak biasa. Better safe than sorry sebab kereta aku dah lama dan kalau kacau masak woi nak bayar insuran hanya kerana towing. hahahhaha Yang best nya aku dapat tau towing dan windscreen claim tak akan ganggu NCD pun. hahahahhahah gila noob. Alhamdulilah lega sangat. Nasib aku bertenang dan ambil keputusan untuk rilex dekat KK dulu baru settle kereta. So ada masa untuk berfikir dengan waras. hahahha Kalau tidak aku call towing perodua tu untuk jarak berapa jengkal tu sure dah mahal cas. Guna servis towing insuran ni senang je. Aku call cakap nak ambil dari mana dan kemana so dorang akan cek jarak dan bagi contact driver towing yang berdekatan. Tadi lambat sikit towing sampai sebab aku teragak juga nak bagi masa pickup since tengah checkup lagi dekat KK kan.
Overall aku puas hati pertama kali guna towing insuran sendiri ni. Call je free assistance breakdown tu. Siapa yang bayar insuran kereta tu sila la ambil tau kalau tak rugi je bayar insuran tapi tak guna khidmat insuran yang ada. Tak salah call tanya dulu dan lagi pun call semua recorded insyaALLAH okay.
Problem perodua myvi
Aku baru je servis kereta baru ni so memang tak pernah terfikir tempat lain so hantar ke perodua juga untuk check kan. Tapi aku lega sebab semua under warranty since ni rosak sebab part yang perodua hantar surat untuk tukar. Perodua ada hantar surat callback untuk tukar parts kereta tapi tiap kali aku call untuk appointment cakap takde spare part tu so asyik postpone. Ini la hasilnya. Aku ingatkan gearbox dah. Nasib baik laa all FREE. Alhamdulilah.. Nasib baik juga hantar ke perodua juga kalau hantar servis biasa mau kopak aku nak bayar weh.
Kesimpulan nya sila bertenang dalam apa jua keadaan. Baru la semua benda pun boleh settle. Gunalah stress away tapi macam terlebih tenang pun ye tadi. hahahahhaha. Kalau tak tau apa benda stress away tu sila google. Produk young living essential oil. hehhehe
kalau under warranty ok la, kalau tak, masak!
ReplyDeletetapi ape2 spare part memang lagi best pergi perodua sendiri, lebih bagus
pergh nasib baik ade free..kalau tak bayor ler..bukan murah
ReplyDeleteTowing services should consider offering more than just towing. These are more liable to utilize the wheel lift tow trucks, which are equivalent to hook and chain tow trucks but employ a metal strap up instead of a chain up. In many cases, roadside assistance can get the car under way without a tow. Best roadside help #1 MCA
ReplyDeleteGOOD
ReplyDeleteHey nice post man! Thanks for incredible info.
ReplyDeletehttps://www.westlandtowingservice.com/
I would like to say that this blog really convinced me to do it! Thanks, very good post. towing in addison tx
ReplyDeleteLepas towing tu ada kena sign apa2 tak ?
ReplyDeleteAlamak.. x igt plak.. rasa sign guna tab ke hp.. lupa
DeleteSaya masih menyukai Myvi 2020 lebih daripada kereta lain. Adakah terdapat maklumat lain mengenai Perodua?
ReplyDeleteWoh I like your content , saved to favorites ! . read review
ReplyDelete