Persiapan menyambut baby baru - senarai barang keperluan

Aku tak pasti orang lain macam mana buat persiapan. Beza betul sambut anak pertama dengan anak yang lain sebab nya bila tengok senarai Alhamdulilah tak banyak barang nak kena beli. Guna je mana ada dan ikut pengalaman lepas, tak banyak pun barang yang guna so aku listkan barang yang betul-betuk guna sahaja. Jangan membazir dalam keadaan ekonomi kita yang teruk ni. Gitu haa siap pesanan ikhlas masyarakat aku bagi.



Gambar atas ni masa Asyraf dulu semua beli baru dalam plastik lagi. Beza dengan adik just tambah sikit dan yang penting je macam minyak yuyi, wet tissue dan sedikit baju baru. Actually napkin tak perlu pun sebab masa Asyraf dulu tak guna langsung. hahahha.



No. Items

BABY STUFF
1 Set baju panjang
2 Set baju pendek
3 Set sarung tgn & kaki
4 Barut
5 Tuala mandi
6 Napkin
7 Kain bedung 
8 Set toiletries 
* sabun
* syampu
* bedak
* baby oil
9 pampers newborn/s/m
10 baby wipes
11 minyak yuyi /telon
12 grooming set (nail clipper, sikat, termometer)
13 nappy cream
14 baby stroller /carrier
15 car seat baby
16 set tilam baby
17 set baby cot
18 kelambu baby
19 changing mat
20 sapu tangan
FEEDING
1 breastpump set
2 plastic storage
3 botol 
4 cooler bag /pack
5 thermos
6 botol susu
7 berus botol
MOMMY
1 tshirt
2 kain batik
3 seluar 
4 tudung sarung
5 stokin
6 set bersalin - sendayu tinggi/shaklee/nona roguy
7 nursing bra
8 tungku
9 maternity pad / kotex long night wing
10 minyak panas
11 bengkung
12 sweater
13 Milo, biskut, kurma


Aku dah list kan senarai barang keperluan untuk menyambut baby. Barang si abang dulu cantik lagi aku jaga dan simpan elok. Yang kuning pun dah putih bersih dah aku cuci tempoh hari. Kali ni just perlu beli pampers, wet tissue tapi ni tak perlu banyak sebab aku lagi prefer cuci dengan air je dari guna wet tissue, minyak yuyi, plastic storage untuk stok susu masa pantang dan set toiletries. Itu je kot yang wajib beli. Yang lain kita guna je mana ada tapi aku beli la beberapa pasang baju baru untuk adik. Font yang aku bold dan italic atas ni yang aku rasa tak penting pun lagi dan boleh beli kemudian. Changing mat aku tak guna sebab aku rasa sejuk je letak anak atas tu so nanti aku lapik juga dengan kain batik so tak guna juga benda tu. hahahah..


Breastpump aku nasihatkan beli yang biasa dulu untuk permulaan dan tengok keadaan korang. Kalau supply tinggi berbaloi la invest breastpump mahal atau kalau ada bajet lebih tak salah pun kalau nak beli yang elok terus. Aku guna je yang lama dan aku harap masih elok la. Belum hantar servis pun lagi. Standby juga manual pam untuk emergency ke. Kalau tengah bengkak susu manual pam penyelamat. huhuhu..

9 comments

  1. saya tak beli apa-apa pun lagi. huhu.. tapi dah tak banyak benda dah nak beli. Banyak ambik yang kakak dia punya dulu

    ReplyDelete
  2. teringat yaya nak beli hadiah untuk 2 orang member yang baru lepas bersalin..
    perempuan pula tu 2-2

    ReplyDelete
  3. terbaiklah.. leh jadi panduan untuk aku cari barang baby nanti insya-Allah.. tq Tirah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome.. tp anak 1st biasa untung sbb kita pun excited kan.. mst laa nk yg terbaik..

      Delete
  4. semoga dipermudahkan segala urusan nanti.

    ReplyDelete
  5. saya dah prepare sedikit..apapun semoga urusan bersalin athirah dipermudahkan oleh Allah SWT

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. tq atas info.. due sy bulan 8 ni ..tp skrg dah prepare brang sikit2 dah. utk dlm wad dlu. .tggal napkin dgn towel ja .excited dlm msa yg sama takut.. haha .myk angin apa smuaaaaa tu blum beli lg ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...