Kenapa join Young Living Essential Oils

Aku dah terjebak daftar ahli Young Living ni sekali, itu pun selepas nak dekat setahun lebih guna YL ni. Dasyat pula rasa. Mula-mula terjebak sebab anak aku kena HFMD penyakit tangan kaki dan mulut. Masa ni virus tu macam merisaukan sebab bahaya kan so cuak punya pasal macam-macam aku google dan cuba. Ramai advise guna essential oil produk Young Living (YL) ni so aku beli laa untuk cuba. Ada sampai kawan aku hantar ke rumah tau sebab dah aku kena kaurantin sekali dengan anak. Bila dia tidur gigih aku google cara rawat selain kaurantin dan jaga water intake dia.


Masa tu nak beli semua tak mampu so kawan aku tolong dilute kan essential oil thieves dengan purification dengan cuba eo lain yang murah macam lemon. The rest is history. Kalau tengok post HFMD tu pun dah nampak eo aku makin bertambah kan tapi guna berjimat la. hehehhe. Lama bertahan sehingga la baru ni sebab boleh dikatakan semua eo aku dah nak habis. Bila fikir aku nak bersalin dan mungkin eo ni boleh membantu masa pantang nanti maka aku register terus jadi ahli set PSK ni. hahahahha.


Set PSK (Premium Starter Kit) akan dapat diffuser dan extra 2 eo lemon dan lavendar. Sebab kan aku dah ada ni maka aku letgo yang ni dekat kawan aku. Okay jimat sikit dah. Lagi pun bukan setakat dewdrop diffuser aku ada. Aku siap beli ORB diffuser lagi yang kecil comel macam telur tu. Itu portable boleh guna usb dan powerbank sahaja. So senang untuk travel. Guna dekat office atau dalam kereta. Aku beli sebelum register ahli lagi.



Orang kata set ni mahal sama macam aku awal dulu, memang berkira tapi sebab nampak banyak kebaikan lepas guna eo ni maka selepas setahun setengah guna baru register ahli. hahahahhaha. Kalau korang just nak guna macam aku tapi nak harga best. Boleh pm tepi aku. Aku beli untuk guna sebab best. Anak demam pun cepat baik Alhamdulilah. Tak melarat berhari-hari. Yang penting memang aku beli ni untuk anak dan satu family boleh guna. Semua sihat kita pun senang kan.


Kalau orang tanya aku dalam banyak-banyak ni mana bagus dan best? Aku bagi ikut eo mana aku selalu restock la kan. Ini soalan standard kalau kita baru nak cuba kenal eo YL ni sama macam aku dulu. Tapi mesti la nak yang mampu milik sebab yes tak semua eo ni murah, itu aku akui laaa kalau tak tidak la berzaman baru aku register ahli kan. hehehhe

Young Living essential oils paling best 


Untuk aku ini paling banyak guna dan harga mampu milik - RC, Peppermint, Lemon, Lavendar, PurificationFrankincense pun best tapi sebab ni mahal dan aku dah ada yang diluted so pejam mata je tak beli so tanam niat beli set terus nanti dapat free. heheheh. Lepas tu Thieves bagus untuk calit dekat tapak kaki anak sebelum hantar pengasuh atau taska untuk protect dari virus dan bakteria. Thieves ni lama tau baru aku beli sebab ini agak mahal tapi berguna sangat. So ini je laa essential oils yang aku mampu beli dulu itu pun kumpul sikit-sikit.

4 comments

  1. huda tak pernah tahu pun apa guna EO ni.. cam best gak, nak try beli lah

    ReplyDelete
  2. saya pun guna EO ni. memang best sangat

    ReplyDelete
  3. saya sama mcm awk setahun guna eo baru ni register ahli sbb da tau banyak kebaikan eo yl ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...