2D scan atau detailed scan penting atau tidak?
Ini antara persoalan sekarang. Ada yang kata perlu buat dan ada yang kata tak perlu buat tapi bergantung la pada hak masing-masing. Tapi sebelum tu korang kena faham yang detail scan ni hanya dibuat melalui 2D scan iaitu scan ultrasound hitam putih macam gambar dekat bawah ni. Aku bagi contoh gambar sekali masa detail scan Asyraf dulu dan detail scan ni hanya dibuat oleh pakar ultrasound (sonographer) sahaja.
Tapi tahukah anda bahawa dari 2D scan ni boleh detect macam-macam seperti perkembangan bayi, saiz bayi, kandungan air ketuban, jantina, kedudukan bayi, kecacatan fizikal bayi, degupan jantung, salur darah dan seumpama. Okay ini aku tak boleh explain detail sebab aku bukan pakar. Hanya sonographer yang tahu so aku just explain general je. Walaupun 2D scan ni tak menarik tapi 2D scan ni la yang bagus. Doktor dekat klinik atau hospital pun kalau masa scan dia nampak abnormality masa scan tu dia akan panggil sonographer untuk check detail. Tapi dari 2D ni boleh tau la sepatutnya. So bagi aku bagus buat 2D ni.
So korang agak penting ke tak atau trend? Aku tak rasa sebagai satu trend tapi lebih kepada perasaan ingin tahu setiap ibubapa. Mesti la excited juga nak tengok baby dalam perut. Dulu tak banyak tempat boleh scan baby tapi zaman sekarang ni senang je dan boleh cari klinik yang offer scan murah. Ni kena rajin survey tau atau dekat klinik kerajaan pun akan scan juga paling kurang sekali. Jika tiada masalah just proceed normal checkup atau kalau kategori kandungan berisiko mereka akan buat appoinment scan berkala.
(detail scan Asyraf tahun 2014 - 24weeks)
2D Scan
Biasanya normal checkup scan di klinik atau hospital hanya menggunakan 2D scan untuk mengetahui perkembangan baby. 2D scan ni ada beberapa jenis iaitu 2D growth scan, full detail scan dan juga partial detail scan bergantung kepada usia kandungan.
1) 2D growth ni standard scan dari 4-40weeks untuk check kedudukan baby, saiz baby, air ketuban, uri, degupan jantung baby tetapi tak boleh check kecacatan baby. Ini yang biasa kita scan dekat klinik atau hospital. Mereka memang tak check detail. Doktor klinik atau hospital hanya scan 2D growth saja.
2) Full detail scan biasanya 20-26weeks sebab masa tu biasanya saiz baby just nice untuk tengok fizikal baby sebab baby tak terlalu besar atau padat dalam kandungan. Detail scan ni boleh tengok tulang, bilangan jari kaki tangan, salur darah baby, struktur jantung, otak semua okay terbentuk. Boleh check organ dalaman baby. Masa ni kecacatan fizikal baby boleh di detect 80-90%.
3) Partial scan pula biasanya usia kandungan 24-30weeks masa ni baby dah padat dalam perut so ketepatan untuk check kecacatan fizikal dalam 50-60% sahaja. Boleh check tulang belakang baby, otak, organ dalaman, muka. Nak check bilangan jari ke saiz tapak kaki pun dah tak boleh masa ni tapi mungkin bergantung pada saiz kandungan juga kot.
3D/4D Scan
Masa Asyraf dulu dah ada 3D dan 4D scan. Aku buat appoinment dekat PMC juga dan ikut schedule sonographer sana. 3D ni lebih kepada nak tengok muka baby dengan lebih jelas. Kalau 2D nampak bayangan macam tulang rangka dan warna hitam putih je kan tapi 3D ni canggih sikit la dan biasanya gambar warna kuning atau oren macam gambar dibawah ni. Tapi perlu tahu scan 3D/4D ni tak boleh check organ dalaman baby dan ia lebih kepada nak tengok wajah dan badan baby je. Jantina pun boleh tengok tapi bergantung pada baby tu masa scan takut tersorok so tak nampak juga. hehehe Masa Asyraf memang jelas nampak jantina dia.
4D scan pula sebenarnya gambaran 3D dalam bentuk pergerakan macam video baby bergerak dalam perut. Itu nama nya 4D so jangan confuse sebab aku ingat 4D ni macam gambar baby siap warna ke apa kan. hahahhaha Dulu laaa sekarang dah study sikit so tau dah. hahahhaha. Dalam gambar ni boleh nampak muka tangan dan jari dia dah. hehehhe.
Dan dibawah ni gambar fresh from oven gitu.. Baru siap dibersihkan lepas bersalin. hahahha sama ke tak? Kalau tengok live video dia memang ada iras in real life tapi aku tak upload video dalam ni. hihihi.. Sedapnya bau baby.
HD / 5D Scan
Yang terbaru boleh scan 5D dan HD Live. Actually aku kurang faham apa beza dengan 3D/4D dengan yang ni sebab bila aku compare macam tak ada beza sangat. My bad tak tanya in detail pasal pakej yang aku ambil ni. Konon nak yang bagus so ambil la full pakej. kah kah kah.
Tapi bila aku study pasal 5D / HD ni sebenar nya tak ada banyak beza pun cuma penambahbaikan dari segi gambar je. Gambar baby nampak macam warna kulit sebenar la gitu tapi macam kes aku ni kedudukan baby keadaan songsang so sonographer tu dah explain bahawa gambar 3D/4D tak cantik sebab kedudukan baby. So okay la aku faham. Boleh buat detail scan semua cuma gambar dia memang tak lawa. Kalau baby duduk kedudukan normal insyaALLAH gambar clear cantik je katanya laa. Masa nak capture gambar ni semua pun susah sebab banyak ketulan dan bubble tu. Actually ketulan tu tali pusat dia so memang keliling muka baby terganggu dan kalau dalam posisi biasa boleh dapat gambar baby clear tanpa ganguan sekeliling. Itu apa yang sonographer tu explain la.
(scan baby AA 2017 - 25weeks)
Gambar warna oren tu 3D dan ditukar ke 5D refer gambar peach ke pink tu. 5D ni katanya boleh adjust warna gambar juga. Canggih sikit dari 3D. Macam video hd live pula kira upgrade lagi dan lagi smooth dari 4D so dipanggil HD laa gitu tapi sebab aku compare dengan detail scan Asyraf dulu nampak macam tak ada beza sangat pun still live moving semua. Nampak dia menguap bergerak senyum juga. Biasa la ni semua teknologi.
By the way detail scan latest ni aku buat dekat Klinik Dr Atiqah Sek27 Shah Alam sebab mereka offer pakej murah. Aku survey rata-rata detail scan semua lebih RM200 macam woww mahalnya. Masa Asyraf dulu aku tak ingat berapa tapi rasa murah je kot. hahahha. Ni aku ambil pakej scan 2D, 3D, 4D, 5D, HD dan detailed scan dengan harga RM190. Dekat sana ada banyak pakej tapi aku suggest ambil yang ada detailed scan. Tak kisah la berapa D yang lain pun tapi yang paling penting detailed scan. Macam aku lak rasa nak buat juga untuk new baby ni sebab abang dia pun ada gambar scan 3D so adik pun kena la ada. Adil bukan? hahhahahahah Alasan sangat.
Ni antara pakej dekat Klinik Dr Atiqah untuk siapa yang tengah survey scan baby murah. hikksss
1.SCAN 2D (BASIC SCAN , DATING SCAN AND GROWTH SCAN) - RM 55 (8 WEEKS - 40 WEEKS)
.
2.SCAN 2D + DETAILED SCAN - RM 120 (20 WEEKS - 26 WEEKS)
.
3.SCAN 2D + NUCHAL TRANSLUCENCY - RM 100 (11 WEEKS - 14 WEEKS)
.
4.SCAN 2D + 3D + 4D - RM 120 (28 WEEKS - 32 WEEKS)
.
5.SCAN 2D + 3D + 4D + DETAILED SCAN - RM 180 (24 WEEKS - 26 WEEKS)
.
6.SCAN 2D + 3D + 4D + 5D - RM 130.00 (28 WEEKS - 32 WEEKS)
.
7.SCAN 2D + 3D + 4D + 5D + HD LIVE + DETAILED SCAN - RM 190 (24 WEEKS - 26 WEEKS)
Info scan dari babycenter dan sonographr.
Moment buat scan anak ni pastikan takkan dilupakan oleh ibu dan bapa kan...seronoknya! Comel anak sulung tu gebus lahaiii...semoga dipermudahkan bersalin nanti ye
ReplyDeletethanks kak
DeleteTak sabar nak tunggu baby lahir...
ReplyDeletetu la... x sbr nk bau baby
DeleteTeringin nak buat..tapi bajet dah lari
ReplyDeleteboleh buat detail scan saja.. ada nampk org share dkt group ibu hamil tmpt murah below rm100
Deletesaya suka buat 2d detail scan sebab boleh tahu detail pasal baby. 5d tu sebab nak tengok muka baby jer. hehe
ReplyDeletesbb anak sebelum ni bt so kali ni pun nak buat juga..
DeleteSalam..lokasi klinik Dr. Atiqah ni kat mana ye?
ReplyDeleteJomla kite ibu2 study psl kelahiran alami @ gentle birth kt group fb Gentle Birth. Sy alhamdulillah dpt vbac lps study & tau psl elmu kelahiran bkn serah bukat2 pd doc utk decide. In sha Allah dgn izinNya juga. Boleh juga follow doc pro gentle birth Tan Ee Ping di fb beliau. Rmai lg doc g pro gentle birth lupe pula. Jomla belajar psl kehamilan & kenal badan kite sndiri. Tnpa elmu mmg trauma brsalin ni. Sy dh rse. 😢
ReplyDeleteJomla kite ibu2 study psl kelahiran alami @ gentle birth kt group fb Gentle Birth. Sy alhamdulillah dpt vbac lps study & tau psl elmu kelahiran bkn serah bukat2 pd doc utk decide. In sha Allah dgn izinNya juga. Boleh juga follow doc pro gentle birth Tan Ee Ping di fb beliau. Rmai lg doc g pro gentle birth lupe pula. Jomla belajar psl kehamilan & kenal badan kite sndiri. Tnpa elmu mmg trauma brsalin ni. Sy dh rse. 😢
ReplyDelete