Standard kena minum air gula dimana korang ada sejarah keturunan kencing manis iaitu mak atau ayah korang (perempuan) ada kencing manis atau berat timbangan naik mendadak. hahahhahahahah tapi macam kes aku ni makpak aku tak ada kencing manis tapi berat badan masa mengandung naik menggila. kah kah kah. Masa mengandung Asyraf dulu dari berat 52.5kg masa awal pregnant sehingga nak bersalin lebih kurang 72kg. Kau rasa??? hahahhaha Asyraf masa lahir 3.15kg je masa 36minggu 6hari, yang lain tu apa? hahahhahahah
Berat badan mengandungkan Asyraf
1 - 8weeks - 52.5kg
2 - 13weeks - 57kg
3 - 17weeks - 60kg
4 - 21weeks - 64.5kg
5 - 25weeks - 66kg
6 - 29weeks - 68kg
7 - 31weeks - 69kg
8 - 33weeks - 70kg
9 - 36weeks - 71kg
Kalau tengok beza kadar kenaikan berat badan masa mengandung Asyraf dulu tak naik mendadak tapi still kena minum air gula juga masa Asyraf. Alhamdulilah bacaan gula okay dan tak ada pape cuma selera makan tinggi sama macam sekarang. Aku tak ada alahan cuma alah nampak makanan mesti nak makan. Kalau yang kenal aku mesti tau aku jenis kurang makan dan makan ala kadar je cuma berbeza bila mengandung. hahahha
Buku rekod kesihatan ibu Klinik Kesihatan
Yang kali ni nah kau beza 6kg tapi kalau tak silap aku masa checkup 22weeks tu ada ralat tapi sebab aku dah penat tunggu so aku malas nak bagitau masa checkup tu. Aku ingat lagi aku semangat cerita dekat laki aku nurse KK tulis berat aku 60kg dan patut tinggi sikit dalam 63kg gitu. Kalau la aku rajin sikit bagitau tak laaa beza nak mampus berat ni haaa. hahah
Berat badan mengandungkan adik Asyraf
1 - 10weeks - 56.5kg
2 - 14weeks - 58kg
3 - 18weeks - 59.5kg
4 - 22weeks - 60kg
5 - 26weeks - 66kg
Pemantauan tekanan darah dan simptom preeklampsia
Hasilnya bukan setakat kena minum air gula tapi kena checkup blood pressure (bp) 2 kali seminggu weh!!! hahahahhahahaha macam dah boleh buka khemah depan KK. Air gula KK ni yang pure bukan perisa oren tu okay. Ibarat macam air gula dibancuh secawan pekat masa korang nak buat air sirap tu. hahahaha sampai now rasa geli geleman tekak ingat air gula tu. Check bp ni kata nya baru sebab takut ada problem lain selain kencing manis kalau timbangan naik mendadak tu. Korang jangan pandang remeh kalau salah timbangan kalau checkup dekat KK tau hahahha ni akibatnya which is memang bagus tapi azab nya lahai nak kena ulang pergi tu.
Minum air gula di Klinik Kesihatan
Peringatan sikit kalau kena minum air gula tu sila pakai baju yang selesa dan senang untuk sinsing lengan sebab sebelum minum air gula nurse akan ambil darah banyak dekat lengan dan baru minum. Aku tadi pakai baju susah nak sinsing seksa oiii nasib baik lepas sinsing ke lengan kalau tak lagi azab kena ambil darah dekat tangan. Sakit! Lepas dah minum tu kena tunggu 2 jam okay 2 jam dan masih tak boleh makan atau minum. Duduk je situ sampai nurse panggil cukup 2 jam untuk ambil darah lagi sekali. Faham tak azab tu? Makesure start puasa dari 10 malam sebelum tu lagi. Jangan muntah pula lepas minum air gula tu sebab kena ulang balik minum segelas lagi dan tunggu 2 jam. Nak?? Taknak kannnn. hahahhahahhah
Doa result gula aku elok ye. Dalam seminggu kalau KK tak call result okay la tu dan kalau ada masalah KK akan call bagitau. fuhhh risau.. hahahah masa makan tak ingat kan... hehehhe
Selalu tengok mak mak mengandung citer pasal kena minum air gula sampai muntah. Hahahahaa
ReplyDeletekena bertukar beras lah, cuba beras perang. Ina dulu pun naik mendadak jugak..Sebab terlalu ikutkan tekak ni.. Last nya insoff lepas pergi ceramah pemakanan.Nasib tak kena minum air gula
ReplyDeleteKisah minum air gula ni mmg ramai dalam kalangan sanak sedara dan kawan2 saya... Adeii... Tak sangka, begini rupanya..
ReplyDelete