Trip ke Singapore

Singapore Day Trip


Bukan main lama aku peram entry ni kan padahal bertahun aku mengidam nak jejak Singapore negara jiran ni. Sepanjang 5 tahun belajar dekat Johor dulu pun tak pernah masuk Singapore tapi kawan-kawan aku yang lain ada je yang masuk. Mana mampu masa tu walaupun RM 1 masih bersamaan SGD 1. Bila dah kahwin ni pula tiap kali ajak laki aku pergi Singapore mesti tak jadi. hahaha sampai la ada seorang geng blogger aku ni ajak ikut day trip Singapore. haaa kauu gila tak excited? Dia yang tolong uruskan booking semua dan trip kali ni aku bawa adik aku seorang, laki dengan anak aku memang tak ikut.


28-29 april 2017 (Jumaat-Sabtu)


Singapore trip ni bermula dari KL Sentral menaiki bas, semua diminta berkumpul di KL Sentral sebelum pukul 10 malam untuk taklimat dan pendaftaran. By the way dah lama juga aku survey day trip Singapore yang dari KL tapi tak ada dan yang banyak dari JB je. Aku dah pernah tanya few agen sebelum tu tapi memang tak ada dari KL so bila kawan aku offer pakej ni terus la ambil. Murah sangat dan memang boleh dipercayai. Tak lupa juga terima kasih banyak buat suami ku sebab izinkan pergi. hehehe


Duit poket RM397.51 = SGD127
Currency SGD1 = RM3.13
Pakej Bajet Singapore RM129/pax including breakfast 
Entry fee, parking, tax & etc = SGD10/pax 


Masa dalam perjalanan tu ada juga beberapa pit stop untuk ambil orang tapi hanya sepanjang perjalanan tu je sebab tak kan orang duduk nilai kena pergi KL sentral kan. So yang memang dari arah selatan, travel agen ni dah provide kan hentian yang berdekatan mereka. So masa on the way tu boleh pickup. Mudah kan?

KL ke Johor (Gelang Patah) tak jauh mana pun kami berhenti sebelum subuh dekat R&R Gelang Patah untuk rehat, mandi dan makan. Lepas subuh dah boleh terus masuk imigresen kan untuk elakkan jem. Biasa hujung minggu memang ramai orang keluar masuk Singapore so timing kena jaga betul-betul. Masa dekat R&R ni kami dapat white card untuk di isi. Ni form imigresen, biasa la kalau masuk mana-mana negara memang ada form yang nak kena isi so kalau tak tau nak isi atau tak pasti sila tanya tour guide korang tu. Setiap trip memang ada tour guide bukan korang naik bas menonong je. Masa naik bas dari KL Sentral tu memang tour guide yang sambut dan akan brief sebelum bertolak. 



Aku rasa jarang la kalau trip beramai-ramai kalau tak ada tragedi apa-apa kan? Lagi-lagi kalau satu bas yang memang ramai orang tu. Trip kami tu pun agak terlewat dari jadual asal sebab ada seorang ahli trip kami ada masalah dekat imigresen Singapore. Masa mula masuk dekat imigresen Malaysia okay je tapi sangkut dekat Imigresen Singapore. Kes dia passport dia lunyai ke ada stapler. Aku dah lupa, kira isu passport dia sendiri. So aku nasihat kan jaga la elok-elok passport korang. Jangan la berlipat ke lunyai ke kena air ke sebab terus tak sah nanti. Kalau nak selamat sebelum trip check dulu kondisi passport tu okay ke tak okay. Oleh sebab terlalu lama nak tunggu so tour guide terpaksa tinggal kan dia siapkan isu passport tu then dia kena jumpa kami dekat next port kami ke. Ye la tak kan 1 bas nak kena tunggu sebab seorang. So bila kes macam ni kena faham-faham la. Tapi bagus la tour guide kami ni. I like! Pandai handle situasi gitu sebab dah berpengalaman kan.


Singapore - City

Pakej trip ni aku tengok tempat attraction dia sangat banyak kalau ikut jadual compare dengan trip agen lain. hahahha bab ni aku memang particular dan kalau boleh nak pergi semua tempat menarik yang ada. Aku kan biasa travel sendiri dan jarang ambil pakej dengan agen sebab sejenis manusia yang kalau boleh nak pergi semua attraction yang ada. Bila aku tengok itinerary yang agen bagi dengan harga pakej yang super murah aku teruja sangat-sangat. Boleh kata cover semua tempat okay! heheheh. Dari imigresen port tu akan menyusuri laluan Singapore City macam atas ni dan Singapore ni memang bersih sangat. Sepanjang jalan tu susah aku nak nampak sampah. Destinasi pertama kami adalah ke Esplanade Park.


Esplanade Park


Dekat sini juga la Singapore River, Merlion Park, Cavanagh Bridge, Mirror Balls, Esplanade (Theaters on the bay), Victoria theatre dan banyak lagi. Semua nya walking distance. Lupa nak cakap masa dekat Malaysia memang ada tour guide dari Malayisa yang akan jaga kami sepanjang perjalanan dan bila masuk je Singapore akan ada tour guide Singapore sendiri. Memang konsep nya macam tu. Tour agen luar tak boleh bawa tour kecuali orang Singapore sendiri. So bila sampai dekat destinasi pertama tu tour guide Singapore akan take over dan yang akan guide kami sepanjang dekat Singapore tu.


Ni muka orang excited jejak Singapore. Mula-mula sampai. hehhehe aku berkepit dengan adik aku je laa.. Kawasan ni ramai gila pelancong dan keliling kawasan ni semua bangunan cantik-cantik tapi panas lit lit sama je macam Malaysia haaa.. Panas kering tapi masa ni dah mula mendung macam nak hujan cuma nasib baik tak hujan so just nice la aku rasa.

TIPS ke Singapore
- spek hitam jangan lupa
- baju seluar cotton
- tudung jangan beria sangat lilit
- standby payung lipat dan juga topi
- selfie stick
- air mineral


Gambar atas ni berlatar belakang kan Esplanade (Theaters on the bay) pastu jalan je dekat jambatan Esplanade untuk ke Merlion Park. Gambar bawah ni typical picture semua yang jejak Singapore kan. Ramai gila orang weh. Kali pertama beli selfie stick sebab nak bawa pergi Singapore ni. hahaha.. Pergi Korea pun tak bawa selfie stick tau so lesson learnt gitu.



Ramai gila orang, nak tunggu kosong memang tak dapat la. Yang bangunan belakang tu Marina Bay Sands yang famous itu. Kalau aku kaya nanti boleh la tidur sana 1 malam ke kan.. koh koh koh. Tour guide tu memang ada cerita semua sejarah pembangunan kawasan ni tapi aku pun dah lupa. Siapa suruh peram lama sangat entry Singapore ni. hahahha.. 


  Merlion Park 



Marina Bay Sand


Kalau incase korang pergi area sini boleh jalan kaki semua attraction yang ada. Macam kes aku ni dia cakap pergi area Esplanade, Merlion dan Victoria Theatre je tapi sebab aku dah study juga attraction lain yang berdekatan so berlari dengan adik aku pergi cari juga macam Cavanagh Bridge dan Mirror Balls. Aku baca blog orang nampak macam cantik je kan so pergi la tengok sendiri gitu. Bas stop dekat park tu dan berjalan dari Esplanade ke Merlion dan ikut je orang ramai jalan ke Victoria Theatre. Cavanagh Bridge dengan Mirror Balls dekat dengan Asian Civilisations Museum. Kawasan ni macam muzium,banyak tugu, patung gitu. Boleh refer map bawah ni aku dah printscreen.



 Singapore River

Victoria Theatre


Satu group bergambar dekat sini tapi lepas pada tu aku dengan adik aku pergi cari mirror balls dan kawasan sekitar. Nasib la mendung so tak panas terik sangat cuma air jangan lupa ye standby memang dahaga gila la. 

 Mirror Balls


 Cavanagh Bridge



Seronok kan kami 2 beradik posing sini pastu intai group tadi dah takde tinggal kami 2 je so berlari la. hahhaha padan muka syok sendiri. Dekat Singapore ni jangan main lintas je jalan, kena lintas dekat laluan untuk melintas dan tunggu lampu isyarat kalau korang lintas juga dan kalau nasib tak baik kena saman mohon bayar ye. hahahhaha Semua dah kena berkumpul dekat Park mula-mula turun tadi. Situ bas tak boleh tunggu lama atau parking so memang kawasan untuk drop off atau pickup je, kalau lambat pepandai naik teksi ke pergi jumpa dekat next destination gitu. Tapi kami sempat je ikut group cuma tak sempat beli ais krim. huhuh sedih beratur tunggu aiskrim dan bas pun sampai. hahahha




Depan park tunggu bas ada event. Belakang tu Mahkamah Singapore. Yang macam UFO tu aku tak ingat bangunan apa. hahaha.. Sila komen siapa yang tau. Destinasi seterusnya ke Mustafa Center.

Mustafa Center - Little India


Sini kata nya barang murah-murah. Barang berjenama dan juga perfume gitu. Duty free ke apa entah. Aku tak berniat nak shopping so sekadar masuk tengok je. Kawasan sini macam lebih kurang masjid india KL gitu dan juga dikenali sebagai Little India.


Little India




Design kedai ni menarik perhatian aku sebab design lama. Masa nak lintas jalan ke Mustafa Centre. Aku masuk kejap je Mustafa Centre lepas tu aku dengan adik aku merayau cari makan sikit sebab dah kebulur haaa. Nak makan heavy tak boleh sebab nak simpan perut makan murtabak Singapore so cari makanan ringan je.


Bugis Street


Kemudian kami terus ke Bugis Street tempat souvenir Singapore. Lalu Ophir Rd dan dengar cerita pasal harga hartanah dekat Singapore ni mahal gila nak mati. Majoriti rakyat Singapore duduk rumah pangsa tapi harga dah macam teres dekat Malaysia. Seram pula dengar haaa.


Gambar bawah ni antara rumah orang Singapore. Betul-betul depan Bugis street ni.



Ni tempat kami beli souvenir. Singapore Souvenir Centre. Aku suka magnet fridge je so beli tu sikit dan adik aku beli untuk kawan-kawan dia juga. Agak murah juga la dekat sini macam borong gitu. Dalam bangunan ni banyak kedai lagi. Aku ingat ni je kedai nya sekali aku ajak adik aku masuk. Wahhh menarik betul memang kawasan borong macam uptown dah. Ada kawasan jual baju je then kawasan jual makanan saja. Ada yang halal dan juga non halal so pandai-pandai la. Souvenir pun banyak lagi dekat dalam. Kalau tengok harga SGD memang murah la tapi sebab RM makin teruk maka mahal la jadinya.



Ni suasana Bugis Street. $10 je tu heheheh. Adik aku nak beli jambu potong dalam $5 kot haaa kau macam dekat Malaysia takde je.. Dekat Malaysia bukan sepotong tapi berbiji dapat tau. hahahha







Aku ingat boleh buat satu entry je Singapore Trip tapi rasa kena sambung next entry la. Panjang sangat sebab banyak tempat menarik kami pulun walaupun sehari tau. hahaha. Tak lupa juga terima kasih UMobile sebab bagi free data streaming sepanjang dekat Singapore.

Itinerary Singapore Trip


Boleh baca sambungan Singapore trip dibawah;

1) Part 2 - Masjid Sultan & Restoran Zam Zam
2) Part 3 - Sentosa Island
3) Part 4 - Palawan Beach & Garden by the Bay

No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...