Palawan Beach, Sentosa Island
Sambungan dari Singapore Trip - Sentosa Island (Part 3).Walaupun ini hanya day trip tapi entry sampai bersambung-sambung sebab kami pulun pergi banyak tempat. Dah makin petang muka pun makin berlemoih orang utara kata (comot). So abaikan je la yang penting gambar pemandangan tu tau. haha. Aku difahamkan Palawan Beach adalah pantai yang paling lawa dekat sini dan istimewa nya adalah ada jambatan gantung antara pantai ke pulau kecil comel tu. hehehhe.
Masa kami sampai ni ramai orang dekat sini sebab ada event kolej ke universiti dekat sini. Ramai student-student. Ni rupa jambatan gantung ni. Boleh muat seorang cuma kalau ada orang nak patah balik kena bagi la ruang sikit. Muat je kalau selisih tapi masa ni ramai betul orang nak lalu. Seram juga sebab goyang-goyang cuma kurang takut sebabnya bawah tu laut dan tak tinggi sangat. Yeke? Aku rasa tak dalam kot. hahaha sempat pula fikir kalau jatuh.
Pemandangan dekat jambatan ni cantik tapi kena cepat sebab belakang aku ramai orang tapi semua pun jalan slow dan rilex sebab sibuk bergambar juga. hahahha.
Ni kawasan sekitar pulau kecil, ada tower peninjau. Boleh nampak sekeliling tapi mengah juga naik sampai atas. Dah penat jalan weh. So sampai atas sekali tu aku rilex dulu dan nasib la ada gak bawa air sikit. Kalau tidak matilanak penat gila dan dahaga. Aku tak nampak kedai pun dekat situ. Kalau pantai dekat Malaysia banyak la nampak peniaga naik motor ke basikal jual air tepi-tepi pantai kan. Ni tak ada weh atau aku yang tak jumpa kedai sebab dah penat sangat. Boleh refer peta Palawan Beach dekat bawah. Ramai juga tak naik pun menara ni sebab malas nak daki tangga tu tapi aku ni dapat tenaga dari mana entah. Sampai atas aku naik. hahahah
Hasil keliling pulau kecil ni aku jumpa sign batu sentosa. Kena la rajin menapak sikit kalau dah alang-alang pergi tempat orang. Lagi pun aku bukan jenis reti duduk diam. hahaha. Rupa nya ramai juga tak pergi pun pulau kecil ni. Semua melepak dekat pantai je. hahahah Nampak sangat semua dah penat gila. Yang bawa budak kecil tu aku tak pasti la macam mana sebab aku tak sempat usha orang buat apa. Aku tahu buat hal aku dengan adik aku je pastu sibuk bergambar. hahahah
Lepas tu hanya rehat kejap dekat sini sebelum gerak balik. Kalau ikut peta bawah ni macam ada kedai. Oh yaaa kawasan water park bentuk kapal tu aku tak pergi pun tapi situ nampak ramai la orang dengan swimming suit. Kawasan sini tak nampak pun semua tempat sebab laluan jalan dia dikelilingi pokok macam hutan tu. So kalau nak pegi macam pool bentuk kapal tu kena ke susur sana la kot. Dari susur jalan memang tak tau pun ada tempat apa lagi sepanjang jalan. So aku nasihatkan kalau korang memang nak spend time dekat sini boleh refer peta kawasan tu dulu kalau tak rugi je tak perasan.
Garden by the Bay Light Show - Marina Bay Sand
Dekat sini memang sengaja datang petang senja sebab start pukul 7malam ada light and water show. Kalau biasa trip orang datang siang kan tapi sempena masa tu ada show so tour guide adjust pergi malam ngam-ngam untuk tengok pertunjukan lampu. Mula-mula aku pun blurr show apa tapi masa ni dah ramai gila orang tapi masih macam tak faham show apa sebab kawasan situ macam taman dan pokok-pokok cantik maka aku dengan rilex pergi cari makan. Kami makan Texas Chicken dekat sini. Oh yaaa kalau request nak bahagian ayam tu kena cas tau. hahahah berapa sgd entah kena. Kalau kita biasa minta bahagian peha ke dada okay je tapi sana kalau request kena cas. oh lala.
Tengok makin nak gelap makin ramai orang, dari kosong kawasan sign tu terus penuh. Nasib kami awal sikit je. Ni gambar adik aku dengan tour guide Singapore kami. hehe walaupun pakai heel tinggi gila tapi jalan laju kot dan sangat banyak dia share pasal Singapore.
Lepas makan tu kami keluar terus tengok taman tu penuh orang dah booking tempat nak baring dan aku masih curious kenapa orang pakat cari port nak baring. hahahah sengal gila. Bawah ni gambar depan restoran Texas Chicken. Garden by the bay betul-betul mengadap Marina Bays. Aku pun dah confuse banyak nama bay ni hahah.
Gambar atas ni ada jambatan gantung antara light tower ni, plan asal nak naik tapi panjang ya amat orang beratur nak naik. Terus rasa macam tak sempat je so cancel. Naik ni kena bayar tapi aku tak ingat brapa sgd seorang. Aku cari port untuk tengok show je la. Tunggu masa.
Meriah betul orang ramai bawa family tengok show ni. Aku tak pasti la tahap kebersihan lantai tapi semua pakat baring masa show start. Actually ni pertunjukkan lampu dengan irama muzik. Cantik sangat. Aku nak share video takut berat sangat pula nanti dan video aku sangat lama. Aku macam rekod dari mula sampai nak habis juga kalau tak silap. Lebih kurang sejam pertunjukan ni.
Bila malam hanya lampu ni je berkerdipan dengan irama muzik. Memang best gila la weh dan cantik sangat. Maybe korang boleh tengok dekat youtube ke mesti ada. heheh. Sempat beli aiskrim sedap dekat sini tapi tak habis sebab kenyang makan Texas Chicken. haha
Tamat sudah Singapore Trip aku
Singapura. Negara kecil saja
ReplyDeletetapi semuanya di jaga
Kita pun datang sana
Malaysia ni tempat banyak. Tak dijaga sangat
rugi
Menarik tempat ni.
ReplyDeleteRindu lak kat kampung halaman...
ReplyDeleteEh! Macam ada kampung. Hehee