Singapore Trip - Masjid Sultan & Restoran Zam Zam (Part 2)

Singapore Day Trip


Sambungan dari entry lepas Trip ke Singapore. Oleh kerana banyak sangat nak share sampai entry panjang berjela so kita buat sambungan dekat entry baru tau.

Arab Street - Masjid Sultan



Lepas habis shopping souvenir dan merayau area Bugis street, kami bergerak ke Arab Street atau kawasan Masjid Sultan untuk makan dan solat. Dekat sini juga la Istana Kampung Glam. Bas parking tempat lain so lalu kawasan Malay Heritage Centre dulu untuk ke Arab Street. 



Malay Heritage Centre


Bangunan Taman Warisan Melayu ni juga sebenar nya bekas Istana Kampung Glam kalau ikut sejarah. Kalau nak tau lebih lanjut aku sarankan anda semua google takut salah fakta. Aku pergi melawat je tengok negara orang. hehehe


Dekat sini ada banyak pilihan makanan, tapi bila sampai Singapore memang dah target nak makan dekat Restoran Zam Zam kan. Sampai sini berpecah la mana korang nak makan. Aku tak survey makanan lain dan memang nak Zam Zam. Sampai sana guna google maps je cari kedai tu. Masa agak terhad sebab masa dekat imigresen tu dah tertunda kan so kena rushing sikit la untuk makan dan juga solat jamak siap-siap dekat sini. Sepanjang jalan tu sempat la bergambar kui kui.




Actually kan restoran zam zam ni betul belakang masjid dari arah gambar atas aku ni. Tapi sebab tak tau makanya aku jalan je straight jalan belakang tu then baru buka google maps. Kalau tidak patut belok kanan je dari jalan atas ni. Semua walking distance je tak mungkin sesat cuma jalan jauh ke jalan dekat korang guna. hahahha. Keliling masjid ni macam-macam restoran ada.

Restoran Singapore Zam Zam




Ohh yaa masa ni rombongan bas aku tu kebanyakkan pergi makan dekat restoran Victory tu tapi aku dengan adik dan kawan-kawan aku makan dekat Restoran Singapore Zam Zam. hehehe Misi murtabak singapore dan nasi beriani. yahooooo. Kedai ni 2 tingkat dan agak luas tapi ramai betul orang. Tak putus-putus orang masuk. Rezeki kami sampai tu ada meja kalau tidak kena la juga menunggu kot.



Murtabak Singapore ada saiz tau, kalau rasa memang tengah lapar gila boleh la amik saiz paling besar tu. Kawan aku dorang share murtabak besar tu, aku dengan adik aku order beriani sorang satu dan juga murtabak size biasa je. Tapi korang kena tau portion nasi dia besar okay. Aku tak habis bagi adik aku je semua. hahahha Harga murtabak singapore dari $5 sampai la $20 bergantung kepada saiz dan inti apa. Kambing ada ayam ada daging ada rusa pun ada.. Pilih la mana nak.


Nasi beriani ada beberapa jenis, ayam, ikan, daging dan kambing. Harga dalam $6.50. Dalam gambar ni nampak kosong je nasi beriani tapi lauknya bawah nasi haaa. Kitorang dah lapar gila masa ni terus makan dan lupa dah nak ambil gambar. Pinggan ni saiz besar kot. Aku tak makan kambing so order murtabak daging biasa je. Yang lain tak ingat murtabak kambing ke rusa dorang order yang saiz besar tu. hahahha Memang puas hati la sebab tengah lapar. Murtabak tu tak habis walaupun kongsi 5 orang oiii.. 1 murtabak kecil 1 murtabak besar. hahaha



Masjid Sultan

Masa agak terhad kan lepas makan terus ke masjid untuk solat jamak. Masjid ni cantik sangat dan kebetulan ada majlis kahwin masa ni. heheh sempat juga tengok orang Singapore nikah.





Selesai makan solat semua terus ke Sentosa Island. Nak ke sana ambil masa sikit boleh la rehat dan perut pun dah kenyang kan. Letih juga banyak jalan ni sebab nak cover semua kan dan terus rasa bersyukur ambil tour dengan bas dari berjalan dengan mrt. Adik aku cerita lagi penat naik mrt sebab nak kena survive sendiri. Cari jalan semua dengan panas-panas lagi. Kalau negara sejuk sedap la juga nak jalan macam tu kan. hahaha Adik aku yang seorang lagi pernah travel sendiri dekat Singapore yang cerita, patut dia ikut tapi last minute tak dapat cuti so yang ni ganti kan seat dia gitu. Dia pun cakap pakej ni macam full sebab masa dia pergi dulu banyak tempat tak sempat nak cover. Penat berjalan. Ini senang memang bas dah tunggu dekat check point dan siap aircond lagi. Boleh rilex saja. Kalau ikut plan asal aku nak naik flight then mrt sendiri je kalau nak pergi sebab cari pakej bas tak jumpa dari KL. Fuhhh nasib baik blogger Yanie ajak trip ni. Mekasihhhh.


Cerita dekat Sentosa Island pun panjang so izinkan aku sambung entry lain untuk kenangan aku gitu. Tak nak la upload gambar ala kadar sebab aku sendiri suka baca balik travel post aku bila teringat. hehehe

Bersambung di Singapore Trip - Sentosa Island (Part 3).


2 comments

  1. salam, boleh share, ambik trip pakej mana ye?, tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, saya amik pakej dengan ayden averroes travel. boleh google atau tengok fb.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...