Semua kedai celup tepung pun letak banner udang 45 ekor RM10. Mungkin nak tarik orang ramai dan boleh kata semua kedai penuh. Panjang orang beratur.
Kedai Celup Tepung Cikgu, Pantai Penarik
Sempena balik raya haji baru ni dan kebetulan laki aku suka balik lalu LPT maka aku request la nak merasa celup tepung viral tu. Aku tak tengok sangat nama kedai yang viral tu sebab masuk je kawasan jalan pantai ni berderet kedai dengan banner celup tepung. Sampai area sana ngam masa lunch terus stop je mana-mana kedai. Kami pilih kedai celup tepung cikgu. Banner udang 45 ekor RM10 pun ada dekat sini.
Kedai semua nya betul-betul sebelah pantai dan cuaca pun cantik je. Masa aku sampai ni dah mula ramai beratur. Niat asal nak tapau je sebab anak aku tidur tapi macam tak best je makan dalam kereta so aku minta laki aku kejut je anak. Makan je situ. Sambil aku beratur laki aku tunggu meja kosong. Ramai la orang haaa.
Sambil beratur ni aku tengok je sotong besar lengan ha semuaaa. Harga bergantung pada saiz sotong. Tapi nampak segar weh. Sotong laku keras. Angkat dari kuali terus habis so orang ramai beratur sebab tunggu sotong dan udang. Angkat habis letak habis. Memang segar dan panas-panas celup tepung nya.
Udang celup tepung RM10 untuk 30 ekor bukan 45 ekor
Niat asal nak 2 ekor sotong tapi masa giliran aku tu sotong tinggal sekor atau kalau nak juga 2 ekor kena tunggu. Hey perut dah lapar memang malas la nak tunggu. Aku order mee goreng sepinggan, sotong sekor, udang RM10 lepas tu ambil hotdog dengan keropok lekor la sikit. Haaa bab udang ni rasa tertipu sebab kat sini 30 ekor RM10! Tapi banner tulis 45 ekor RM10. Malas nak kecoh sebab dah lapar so makan je la. Kalau korang jenis berkira sila tanya dulu laa betul ke tak RM10 untuk 45 ekor. hahahha.
Oh macam mana aku tau? Aku tanya macam mana kira semua ni lepas tu orang yang jaga tu bagitau udang 30 ekor RM10, sotong ikut saiz. Sotong aku tu besar lengan lelaki sado RM15 seekor. Ketam pun ada tapi ketam ni kecil je RM8 seekor. Ikan aku tak tanya pun. Udang tu tidak la pula aku nak kira betul ke tak 30 ekor. Melampau sangat haa. hahah
Air macam biasa la kalau tepi pantai mesti la minta air kelapa kan. Ni apa yang aku order. Udang RM10, Sotong RM15, mee goreng, keropok lekor RM2 dan hotdog. Udang 30 ekor tu tak habis pun. Sotong seekor pun tak habis juga dan nasib baik tak ambil 2 ekor. hahahha. Kami minta bungkus. Semua sedap! Adoi terbayang-bayang pula sotong udang ni. Balik kelantan nanti kena lalu sini lagi lah kan. hikkksssss
Pantai Penarik Setiu Terengganu
Kedai ni betul-betul sebelah pandai. Pantai ni pun nampak bersih. Mampu tengok dari jauh haa panas lit-lit sebab dalam pukul 1 ke 2 petang masa ni. Nak salai badan ke apa pergi pantai tu. hahahahha. Tapi angin pantai tu best la.
Cuaca cantik masa ni maka gambar pun lawa. heheheh Terus rasa nak pergi beach vacation. kah kah over sangat. Tak sabar nak pergi holiday lagi. Tapi nahhh perjalanan Kelantan ke KL jadi 12 jam hokey termasuk jalan-jalan cari makan Terengganu. Jem pun start dekat Karak. Kira okay la tu. Hari yang sama aku dengar kawan aku share yang lalu jalan gua musang tu jem teruk gila. Kira kami ni terselamat dari azab jem teruk tu siap boleh jalan-jalan kan. hehehe
Hahahahahaaa salah kedai laa tu
ReplyDeletetapi semua kedai pun letak banner udang 45ekor.. hahaha saja nak tarik pelanggan kan. kalau la yg betul2 kira qty udang tu haaa naya. hehehhe
Deletetapi still murah la kan?
Tapi rase kalau 30 ekor pun ok kot harganya.... Adoi.. Nasib baca entry ni lepas makan...
ReplyDeleteKalau takkkkk.......
hahahha boleh la merempit ke sana weh.. asyik ke utara je
DeleteAda jugak yang letak rm30 10 ekor Thirah.. kena tgk btol2 hehehe.. yang viral tu yg ada banner ngan ikan selaynag rm1.90 tu.. Kita duk dekat sgt2 tapi tak pergi sebab tgk org duk beratur panjang rasa cam malas nak g beratur hehhee..
ReplyDeleteHarga untuk udang mmg dah murah laa..takle nak lawan tempat lain dah harganya.. biasa mana dapat rm10 30 ekor udang.. hehehehe.. mungkin masa thirah pegi tu udang yang rm10 45 ekor dah habis daa kot.. ada yang rm10 30 ekor jer kot masa tu.. sbb tgk saiz katanya hehhee..
ReplyDeletemungkin juga.. x tanya la pula kenapa bukan 45ekor. dah lapar kot so layan je. ni pun dah murah
Deletemgkin size besar kot dia bg 30 ekor kot...
ReplyDeletetapi ni pun dah kira murah.. walaupun 30 ekor. saiz agak besar la.
Deletemcm seronok je..boleh p ni..
ReplyDeletewww.kickstory.net
sila pergi kalau ada masa
DeleteCantiknya suasana tempi pantai kat setiu ni
ReplyDeleteTeringin mama nak sampai
keropok lekor kat sini pun banyak ikan
sedap
masa tu fokus seafood so keropok lekor tak makan sangat. dah lupa psl keropok terengganu.. haha
DeleteSelama ni pergi Terengganu tak pernah pulak nak singgah Setiu. Pergi pun setakat ke Agro Farm. Ada program kat sana. Boleh la nawak family ke sini pulak. Cantik sangat pantainya. Thank you for shsring 😊
ReplyDeletekalau ada masa dan memang dekat sana boleh laa pergi
Delete