Melancong ke Korea - Day 5

Kalau ikut itinerary asal hari ke 5 dan ke 6 adalah bebas. Kalau sempat cover semua dalam masa 4 hari tu baru la pergi Everland iaitu salah satu themepark yang best dekat Korea. Aku memang dari awal tak mengharap sangat untuk masuk Everland sebab nya masih musim sejuk kan. Kisahnya masa sehari sebelum tu bincang dengan laki aku dan aku ada juga tanya dekat group K-Ciput (FB) apa yang menarik dekat Everland masa tu untuk menarik hati pergi kan. Ramai la geng Ciputer (geng fb) share siap hantar gambar kau. Bila sembang dengan group lain yang kami jumpa dorang cakap best Safari dan juga sebab ada Tulip Festival dalam Everland. haaa kauuu aku ni dengar je bunga tulip terus teruja gila. Yela berhari dekat sana mengadap pokok kering kontang je kan. hahahha

Itinerary Korea Day 5




Cara ke Everland Korea


So sebab kan memang aku tak plan Everland, malam tu aku gigih la baca pamplet dan tanya orang macam mana nak ke arah Everland terdekat dengan Hongdae. Aku memang tak mengharap so tak study langsung route ke Everland okay. kah kah kah. Malam tu baru aku tanya orang dan tengok route. Actually kalau dari Hongik Univ ada suttle bus direct tapi agak mahal la tambang dan kena ikut masa ditetapkan untuk naik bas tu. So lepas baca pamplet tu cara paling jimat dan senang adalah naik subway ke Gangnam Station Exit 10 then baru naik bas 5002 dari situ. Boleh refer pamplet Everland bawah ni.

 



Tiket Everland murah



Since ni unplanned aku memang tak standby beli tiket awal-awal pun. Just bawa voucher discount 30% Everland tu je. Nak beli dekat kaunter nanti je plan asalnya masa tu. Sekali masa kami sampai Gangnam Station Exit 10 tu jadi blurr kejap arah mana nak tuju naik bas. Aku duk faham keluar je exit terus bus stand. hahahaha.. Sapa suruh tak study langsung ke Everland kan. hahaha.. Cut story short masa pusing nak tanya orang aku nampak Tourist Information Centre office kaca sebelah Exit 10 tu. So terus pergi sana sebab mesti dorang pandai speaking kan. Tanya orang tepi jalan macam ayam dengan itik pula kang. hahah.


Gangnam Tourist Information Centre (TIC) - refer gambar atas ni dekat exit 10 jalan sebelah kanan ada nampak lif subway terus je sebelah tu. Sila abaikan muka sebesar alam sebab takde gambar dekat sini selain yang ini.. hahaha


Masuk je situ petugas dekat TIC tu memang sedia membantu siap maps jalan kearah stesen bas kot. hahah nampak sangat ramai yang singgah tanya kan. Lepas tu dia tanya dah beli ke tiket nak masuk Everland dan kalau belum boleh terus beli dekat situ. Dia cakap boleh dapat diskaun sama 30% dan tak perlu tunjuk voucher discount pun untuk pelancong. Lagi satu dia cakap kalau beli siap-siap sampai sana tak perlu beratur beli tiket dah so aku proceed je dekat situ.



Kenapa aku cakap tiket murah beli dekat situ? Sepatutnya harga tiket 52000won seorang dan kalau tolak 30% jadi 36400won kan tapi yang aku pelik dia bagi harga 35000won sahaja. Mungkin aku yang tak sure harga asal tiket?? hahahha dan resit dia kira total 70000won terus untuk 2 dewasa kecuali anak aku free. Lagi jimat tu. hahhaha.. Rezeki kami la kan..

Bas 5002 ke Everland dari Gangnam Station


Cara nak kearah bas stesen ni. Exit 10 Gangnam station tu terus je jalan straight kedepan okay. Kearah macam dalam gambar ni. Tapi kalau nak ke TIC, exit 10 tu kena pusing kiri kearah belakang tau.


Jalan je straight sampai nampak kedai WHO.A.U ni refer gambar bawah. Bus stand tu betul-betul depan kedai ni dan orang dah siap beratur tunggu bas. hahahha.. Terik nya matahari masa ni, aku rasa dah gerak awal pagi tapi macam tengah hari.


Boleh check dekat signboard tu no bas yang nak naik ye. Ingat naik bas 5002 sebab ada bas lain juga stop dekat sini. Dekat area sini ada kedai KAKAO FRIENDS juga sebelah WHO.A.U tu. Cute overload barang-barang dalam tu, sempat gak aku masuk kejap. Oh yeee naik bas pun guna T-money tau dalam 2500won sehala.


Merasa juga naik bas dekat Korea ni. hehhe. tapi aku nak muntah naik bas ni tak pasti kenapa. huhuh. Dan anak aku pun muntah juga sikit. Nasib baik standby plastik. Terus dia cakap tak nak naik bas dah. hahahha


Everland Korea - Tulip Festival


Dekat Korea ni semua nya macam kena common sense la tapi masalah aku masa ke Everland ni memang tak study langsung dan just remark Everland dalam itinerary asal. hahahha aku anggap naik subway direct macam tempat lain dan sampai terus dekat entrance Everland tapi weyyy salah. hahaha.. Dari subway naik public bus dan bila sampai kena naik shuttle bus pula ke entrance Everland. hahahahaha.


Boleh ke masa aku sampai tu aku macam eh peliknya themepark takde orang dan tak nampak carpark langsung. Sempat aku posing-posing dulu sambil gelak-gelak jalan kat sini rupanya orang yang ramai-ramai dalam bas sekali dengan kitorang tu jalan laju-laju masuk shuttle bus nunn depan sana. Kami 3 orang ni last naik shuttle bus rupanya, nasib baik dorang tunggu. Shuttle bus dari sini free ke Everland tau. So bila turun je bas tu mohon cepat-cepat la ke arah shuttle bus ikut signboard tu. Bukan syok sendiri macam kami. Nasib baik pergi hari biasa so tak ramai orang.


Lunch Shrimp Burger - Burger Cafe America

Alhamdulilah here we are. Sampai je dah nampak bunga tulip betul punya. Masuk sini benda pertama sekali adalah pergi cari makan kot. Lapar gila tu yang ambil maps Everland sebab nak tengok tempat makan apa yang boleh di makan. Dalam ni banyak gila jual hotdog, dengan aku sekali terliur. hahaha. Sebelum main apa-apa kami lunch dulu shrimp burger ya rabbi sedap gila. Dekat Malaysia ni takde ke shrimp burger? Nanti nak kena cari gak laa. Sedap sangat.



Semua jenis shrimp burger boleh makan. Tapi aku request ala carte la without cheese dan ayam goreng. Tambah french fries dan coke je. Kami ada je bawa makanan lain tapi macam wajib makan shrimp burger je. Semua pun recommend suruh rasa shrimp burger kalau dekat Korea. Serius sedap gila.




Lepas dah siap makan study dulu maps tengok apa nak mula dulu sebab taknak buang masa. Target mana yang best dulu je, kawasan besar kan. Tapi kami silap tak study awal pasal Everland ni sebab unplanned dan ingat taknak masuk asalnya. So masa tu la baru nak tengok maps. wuwuwu




Tulip is everywhere. Happy sangat tapi anak aku tak duduk diam walau sesaat so hasilnya semua gambar aku macam tak ready sebab ambil gambar sambil mata perhati je dia lari kemana. hahahha.. Travelling with small kids is actually challenging but we did it!! Dah terbiasa bawa dia dari baby jalan-jalan kan. Apa yang aku nampak bila dah besar sikit ni dia okay bawa pergi mana-mana tempat baru. Tak cranky atau tantrum melampau cuma melasak which is normal bagi aku. Kalau penat tu standard la. Bagi aku dapat jalan-jalan ni kira rezeki anak juga.


Gambar apa patut upload dulu ni sebab banyak sangat yang best tak boleh move on. hahahha.. Collage kan aje sebab ni blog bukan album travel kau athirahassin oi. Kalau biar aku dengan tulip memang tak pergi mana tau. Anak aku pun sama bila dia jumpa tobot dia. Oh yaaa anak aku ni si pengikut tegar kartun-kartun korea. Mak dia drama korea so bapak dia tukang layan kan je kami 2 orang ni. hahahah. Ada tempat mainan tobot tapi kami tak sempat tengok tu apa dia sebab nak jalan ke dalam lagi. Tempat tobot sebelah pokok besar tu.


Adilkan gambar ni? Mama dengan bunga, si asyraf dengan kartun-kartun. Abah tukang ambil gambar kami je. hehehe


Panda world - Masa ni belum pernah masuk lagi tengok panda dekat Malaysia kira first time tengok panda adalah di Korea. hahahah. Balik Korea baru pergi zoo negara tengok panda tu pun entry belum up nak bagi settle post Korea trip dulu. Special betul panda ni kan tempat panda bukan main selesa tau. Sini sejuk original dan panda tu happy je tengok. Nampak dia dah biasa dengan manusia ni sebab mesra je. Manja dan comel gila panda weh. Agak lama juga kami kat sini sebab ralit tengok gelagat 2 ekor panda tu.



Safari world - Anak aku dah mula menunjukkan tanda nak tidur so kami apa lagi cepat-cepat tuju safari sebab tu antara sebab nak masuk Everland kan. Memang nak tunjuk dekat dia binatang-binatang ni. Masa kami sampai tak ramai lagi sekali nah belakang kami dah mula beratur panjang sampai ke luar haaa. Kami awal sikit je tapi tengok anak aku, boleh dia tidur juga masa tengah beratur nak masuk bas safari. Mama is geram!! hahahahha.. aku cubit suruh bangun pun tak jalan so sudahnya bapak dia sorang excited tengok wild animal dekat-dekat macam bear, tiger, white tiger, lion dan seangkatan. Siap ada harimau yang panjat kereta dan datang dekat tingkap. Bear pun jinak driver bas tu bagi makan. Kalau pergi zoo binatang semua dalam kandang kan tapi ni kita yang masuk kandang binatang tu. heheh


Gambar bawah ni aku campur gambar safari dan juga live show sea lion. hahahha masa sea lion dia tak tidur lagi siap balik dia demo cara sea lion tu melompat engsot badan (jangan bayang) hahah tu paling lawak la asyraf buat.


Wild animal tu biasa la kan kita pernah tengok dekat zoo walaupun dalam kandang tapi paling special aku rasa. Polar bear hahahha sebab binatang ni hidup dekat tempat sejuk je.



Habis safari pun anak aku still tidur.. adoi la nakkk lama nya tidur. So tu kami pusing sambil cari tempat solat. Tapi nampak T Express sejenis roller coaster yang wajib cuba kalau masuk Everland. Hanya laki aku yang naik sebab aku kan alergik benda berpusing-pusing. Belum habis pusing kang naik terus 'out' susah laaa. Buat spoil je sebab belum separuh okay pusing Everland ni.



T Express - Roller coaster kayu tercuram nombor 4 dunia, no. 9 terlaju, no. 4 tertinggi dan ke 6 roller coaster kayu terpanjang (info wikipedia). haaa kau special lagi mengerikan bunyi nya. laki aku pun cakap best gila roller coaster tu. fine la cerita dekat aku macam apa aku kisah kan. hahahahha sebab memang tak boleh nak naik pun. Sambil aku tunggu laki aku main tu aku sembang dengan orang Malaysia yang ada dekat situ. Dia tunggu anak dia ulang naik dah masuk 3 kali. hahahhaha Mentang-mentang tak ramai dia pulun nya ulang-ulang. Anak aku pun tidur so tunggu je la situ diam-diam.

 Surau Everland - Mystery Mansion



Kalau nak cari surau dekat Everland ni sila rujuk lokasi Mystery Mansion sebab dalam maps memang tak ada mention "prayer room" tau. Tapi memang ada surau siap tempat wuduk so selesa la cuma kena share lelaki dan perempuan. Nampak pintu kayu sebelah kanan gambar atas ni? Itu la surau, dekat pintu tu baru ada tulis "prayer room". Masa aku pergi solat tu dorang buat gilir-gilir bagi perempuan dulu solat then baru lelaki pula masuk solat.



Sambil tunggu laki aku main macam biasa aku pergi la cari makan ke atau jadi penunggu yang setia gitu. hahahha Anak aku bangun elok lepas kami selesai solat so senang la. Tapi cuaca sini makin petang makin sejuk dan berangin terasa ke tulang haa sejuk. Aku guna warmer pun macam tak rasa sangat. huk aloh laaa.







Banyak lagi gambar tempat best tapi cukup la ini je tau. Kawasan air pun ada, aku ingat musim sejuk takde orang main sekali kau ada. Sejenis kulit yang kebal kot main yang water splash tu. Aku lalu tengok pun dah sejuk rasa. hahaha


Tulip for sale as souvenir. Geram nak beli tapi aku risau belum sampai Malaysia tinggal tanah je asyraf kerja kan. Dia duk geram nak cabut bunga kot dan juga masuk air terjun yang ada dekat sana. Banyak gambar dia nangis sebab nak masuk kolam air tu. Gila sejuk macam ais dia nak mandi. omg anak oii. jangan jakun begitu sekali.. malu mama.. hahahaha nasib orang korea tak faham "asyraf nak main air kolam".


Sampai gelap kami stay sana maka mari la kita pulang ke pangkal. Makesure korang pergi ke arah datang tadi tau. Naik shuttle bus ke bus stand. Orang dah beratur panjang tunggu bas. Aku tak pasti bas last pukul berapa dan kalau korang plan nak tunggu pesta cahaya ke apa malam tu makesure kena alert dengan waktu bas terakhir la ye. Atau mungkin ada cara lain juga yang aku taktau. hahaha. 



Sila beratur dekat no bas 5002 juga ke Gangnam station. Sampai Gangnam kami jalan-jalan dulu area situ. Yang best kedai underground Gangnam banyak fashion cantik-cantik dan murah juga la. Color pun sweet je. heheh Dari gangnam stn. macam biasa ambil subway ke Hongik Univ.

KAKAO FRIEND

 Gangnam underground

Belanja hari kelima

Tiket Everland : 35000won X2
Public bus 5002 : 5000won return (Tmoney)
Shrimp burger & fries : 18100won
Churros : 3300won
Air : 1200won x2
Topup Tmoney : 5000 + 3000 (tak pasti mana hilang few won Tmoney aku maybe double charge bas kot)
Instant rice : 1550won + air minion 1700won



2 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...