Itinerary Korea Day 4
(itinerary day 4 - plan)
(itinerary day 4 - actual)
1) Ewha Womans University
Gambar bawah ni yang sebelah atas tu adalah pemandangan harian dari boa nak menuju ke jalan besar ke arah hongik station. Memang banyak kedai hipster juga tapi tak kan la setiap masa nak masuk coffee shop? hahaha sebelah kanan simpang tu starbuck tapi aku tak pernah masuk sepanjang kat sana. Terlalu banyak coffee shop yang lagi best so macam pandang gitu je lalu. hehehe..
Hari ke empat ni memang awal la kami keluar jalan. Cepat-cepat aku ready kan breakfast so dua hero tu siap terus makan je dan keluar. hahahahha Kalau nak tidur je baik duduk rumah pasang je aircond maximum pun sama macam Korea kan. Aku plan ke Ewha University dulu sebab paling dekat dan kawasan sini memang cantik. Kalau last sekali pergi takut dah gelap pula sampai sana tak dapat bergambar kan.
Ni jalan dari Ewha Univ station ke arah Ewha University, masa ni nampak ramai student rushing nak pergi kelas mungkin. Kemain laju dorang jalan kan. Area sini pun best gila shopping dari fashion, kosmetik dan juga souvenir. Murah dan cantik!!! hahahahhaha. Masa aku sampai ni kedai-kedai pun baru buka sebab awal kan kami sampai.
Bila sampai je pintu masuk university ni aku macam kagum kejap sebab cantik sangat design dia. Kalau masa cherry blossom mesti lagi lawa ni sebab walaupun tinggal ranting pun cantik. hehehhe..
Spot wajib bergambar bila masuk ewha womans university ni. Deka glass door tu macam bilik kuliah dorang je aku tengok. Futuristic sangat bangunan dorang ni. Awal pagi tak ramai orang sangat lagi so agak rilex la tapi kawasan lapang dan bertangga ni la anak aku nak lari-lari.. fuhhhh.. seram je tengok.
2) Namdaemun
Next kami terus gerak ke Namdaemun market. Macam chowkit dekat Malaysia la kira. Ada baju longgok murah-murah. Antara tempat jual souveir murah dekat sini laa.. Namdaemun juga terkenal dengan tempal jual brooch tapi tak tau kenapa aku tak minat. hahahha.. Aku lebih tertarik cari makanan je. Orang cakap strawberry dekat Korea sweet dan besar so aku nampak terus la aku beli kan.
Kami exit dekat dengan Gate 5 Namdaemun Market. Depan gate ni ada jual banyak buah-buah. Boleh pula sampai sini anak aku tantrum jenuh nak pujuk. Kawasan ni aku perhati memang majoriti orang tua. Dah nama pun market kan dan memang ramai gila orang dekat sini.
Actually aku banyak jumpa gerai odeng (fish cake) dengan tteokbokki (spicy rice cake) tapi tak confident nak cuba sebab banyak campur hotdog sampai la aku jumpa couple dari Malaysia tengah makan dekat satu kedai ni. Sekali tengok menu dia memang takde yang bercampur benda meragukan. Terus aku join makan. Aku ada tegur dan sembang juga dengan dorang. Dah banyak cucuk rupa nya dorang makan kat situ. hehehhe Aku pun terus confident join sekaki.
Namdaemun ni kawasan dia luas gila siap ada peta untuk Namdaemun Market ni sahaja tapi tidak la aku nak tawaf semua sebab nya tak de apa nak shopping pun. Kami jumpa satu rombongan dari Malaysia, laki aku la sembang dengan dorang sebab aku busy dengan anak aku. Heyyyy biasa la bawa budak tengah nak membesar. Sabar kena lebih. Dorang tanya laki aku dah cover mana sebab dorang sebenar nya pergi dengan agen cuma haritu free and easy tu dorang singgah Namdaemun. Agen yang bawa dorang tu pergi tempat mahal dan tempat dorang pergi berbeza dengan kitorang. Kesian juga dengar. Lagi pun tu kira last day dorang dah.. fuhhhh.. kesian je dah la bayar mahal.
Kalau tanya aku nak pergi dengan agen atau ikut pakej boleh kalau korang jenis tak kisah dan follow saja. Jangan complain la lepas tu. Kalau korang kisah makesure korang study juga tempat mana best nak pergi then baru compare dengan pakej yang agen tu bagi. Kalau tak setuju cari agen lain kan senang. heheheh.. Bayar mahal makesure puas hati la kan.
3) Dongdaemun
Sampai area sini dah lunch time sebenar nya so apa lagi terus tuju kedai ikan bakar dongdaemun yang famous gila tu. Dah tak pandang kawasan keliling walaupun memang kawasan shopping sebab memang fokus cari kedai makan je dah lapar. Nak pergi tempat ikan bakar ni agak tricky sikit sebab tak biasa. Aku pusing ada la dekat 3 kali area situ. Mungkin expectation aku kedai tu macam besar ke atau nampak area restoran ke rupanya takkkk ye.. Kedai ikan bakar ni macam kawasan lorong kecil je.
Dari exit 8 Dongdaemun Station pusing kanan dan jalan je dekat kaki lima tu straight. Kalau refer gambar atas ni jalan dekat kaki lima dekat bangunan yang nampak ni. Gambar bawah ni kami dah seberang jalan tau sebab nak nampak view dia. Laluan tu akan jumpa JW Warriot Hotel kalau tak silap then bangunan sebelah dia macam bangunan jual fabric dan textile. Jalan je straight lagi dan sebelah kiri akan nampak pemandangan gambar macam bawah ni. Bangunan Pyoung Hwa clothing market sebelah kiri tau.
Ni rupa laluan dia. hehehhe jalan je straight sampai jumpa jalan macam gambar bawah ni dan pusing kanan masuk jalan ni. Lebih kurang lalu 2 bangunan sebelum jumpa simpang ni. Dekat simpang ni banyak kedai jual leather.
Masuk simpang kanan ni jalan sampai bumbung hijau tu dan masuk kiri. Kat sini memang banyak gerai makan dah. Dekat lorong kecil je. Macam mana tak berpusing cari sebab memang tersorok sikit kedai nya. Mungkin kawasan fabric taknak kain semua berbau makanan ke kan.
Bila masuk lorong tu dah boleh nampak dan bau orang bakar ikan kot. Memang satu deret ikan bakar je tapi kami pilih kedai pertama dari deretan tu siap ahjumma tu boleh cakap melayu sikit-sikit sebab ramai sangat Malaysian yang makan dekat situ. hehehhe..
Ahjumma kedai tu pakai baju purple dengan tukang bakar posing sekali. hehehhe memang baik layan kami ni ha yang tak biasa. Siap bagi tau patut order apa yang biasa Malaysian lain order. Dia pun sebut sotong pedas. hahahha
Kami order ikan bakar dan juga sotong pedas as recommended. Besar gila sotong dia dan banyak nya wehh makanan sebab korean food ni memang pakej dengan side dish. Strawberry tu yang beli dekat Namdaemun Market. Ya Allah lapar nya tengok makanan ni rasa nak beli tiket flight pergi Korea je sekarang.. wuwuwuwuuw..
Bila dapat makanan ni rasa berbaloi berpusing-pusing cari kedai. Kedai ni nampak kecil tapi 2 tingkat. Sebelah bawah ada kerusi meja dan sebelah atas style duduk bersila je. Kami duduk atas selesa sikit dengan asyraf. Dia nak main ke apa takpe. Tengok anak aku dah siap berdoa nak makan tapi mama dia nak bergambar juga lagi.. hahaha..
Lepas makan aku masuk la juga bangunan sebelah yang jual kain bagai tu. Dia punya comforter best gila weh. Kalau korang biasa tegok cerita korea yang set dorang tidur dekat lantai tu. Haa macam tu laa dan aku sempat la rasa-rasa kain dia.. Fuhhh kalau shopping tu memang terus balik bilik la sebab gila apa nak ngangkut set comforter tu. hahaha..
4) Dongdaemun Design Plaza (DDP) - Doota Mall
Asalnya nak kearah train station untuk ke DDP ni tapi bila google maps eh dekat gila so kami decide jalan je laa boleh tengok pemandangan. Seberang jalan dari area dongdaemun tu je. Kawasan DDP ni memang dikelilingi shopping mall besar-besar termasuk lah Doota Mall dan juga Lotte Mall.Dongdaemun Design Plaza ni berbentuk macam UFO dan memang bangunan dia nampak futuristic sangat la. Nak ambil gambar nampak semua tu susah kecuali kalau korang masuk shopping mall dekat situ dan ambil gambar dari atas boleh la nampak tapi aku taknak masuk shopping mall. hahahah. Area sini aku share gambar je okay. Kalau malam cantik sebab ada LED rose garden dan kalau siang macam ni je la.
5) Yeouido Park - Hangang River
Aku nak pesan awal-awal kalau musim sejuk tak payah la pergi area sini tapi sebab ni antara "a must visit" so pergi la juga kejap lagi pun ikut maps dekat dengan guesthouse. Lagi satu sebab aku nak pergi adalah kerana alphabet "I SEOUL U". Kena la juga cari sebab nak pergi. Kalau sebab nak tengok bunga atau daun luruh memang tak la. Sana kan taman dan padang je. Pokok pun semua togel tinggal ranting saja. Yang sadis nya memang sehari hari tu cuaca mendung sangat. Tengok gambar atas ni pun tau kan. Petang lagi mendung dan of course makin sejuk dan semua gambar kat sini memang suram, tak reti nak edit dah bagi okay. hahhahha Pengajaran next time kalau pergi musim sejuk kena beli baju color striking baru la ceria gambar. hahahahaYeouido park ni dekat dengan KBS building dan juga 63 building. Kalau masih larat boleh je jalan atau naik bas area situ. Teksi pun banyak tapi sebab fikir kan cuaca mendung macam tu terus takde mood dah nak menapak. Kami lepak area sini je.
Gambar atas ni dari Yeouinaru Station exit ikut lif sebab dengan stroller dan anak aku tengah tidur. Kalau ikut lif kena lintas jalan nak ke arah hang river tu. Aku main assume je masa ni tengok orang ramai pergi mana.
Tengok semua pokok togel ni, kalau dekat Malaysia ni dah kira pokok mati. hahahha... Tapi ada banyak la pokok ni. Kalau datang ngam masa cherry blossom atau musim bunga memang cantik gila laa sebab memang banyak pokok just musim sejuk je agak sedih. hahahha.. nasib kau laaa datang masa ni.
Yang bangunan tinggi color coklat tu 63 building yang famous tu tapi aku malas dah nak pergi. Walaupun takde bunga yang cantik tapi still ramai yang datang berkelah. Siap bawah khemah pun ada. hehehhe
Cukup la gambar togel ni semua. Nak join picnic delivery ayam tak boleh kan. So aku pandang laki aku dia pandang aku cukup. muahahahhaha.. nak bagi anak main basikal dekat sini pun dia tidur. Aku je la syok sendiri dah laki aku pun dah penat nak jalan. hahahhah Dekat sini ada disediakan public toilet atau boleh solat je mana-mana korang rasa nak solat. Takde orang peduli tapi air tu sejuk gila takyah cerita. Kebas segala isi badan. hahahahha..
Masa nak gerak balik la baru jumpa sedikit keceriaan (bunga). Pokok tulip pun baru nak nampak putik bunga. hahahahhaha hoiii sadisnya laaa. Macam kena repeat ni. hahaha alasan baik kan? Masa nak balik ni pun tengah fikir nak ke tak pergi KBS tapi aku google balik apa je best dekat KBS.. Macam takde apa sangat so aku ajak laki aku balik je laaa.. hahaha Memang hari paling penat la sebab cover tempat hari ke 3 yang tak dapat pergi tu sekali semua. fuhhhhh..
Belanja hari keempat
Topup Tmoney : 10000won X2Namdaemun market
Odeng 1000 + Teokbokki 2500 + Strawberry 2500 + FM 7000
Lunch ikan bakar + sotong: 15000
Yeuoido coffee : 1000+1100 & choc 2000
roti + minion : 2700
Balance Tmoney : 6500 (athirah) + 7300 (husband)
No comments