Melancong ke Korea Day 1
Melancong ke Korea Day 2
Itinerary Korea Day 3
(itinerary day 3 - plan)
Kalau korang nak ikut itinerary aku ni boleh follow yang atas which is yang aku plan dan yang bawah ni actual dekat sana. Kami memang banyak lepak dekat Namsan Tower je. Hari yang kami pergi tu ada show pukul 3pm macam tu. Mula-mula ingat memang nak tunggu sebab tu lama dekat sana lastly rasa rugi dan belum solat so rushing la turun lagi beberapa minit show nak mula. Apa pun tak dapat. Kalau ikut apa aku search ada tempat solat area situ tapi kami cari tak jumpa so decide untuk balik je. Teruskan baca untuk lebih detail.
(itinerary day 3 - actual)
1) Seoul Comics Road - Maskot Robocar Poli
Direction : Myeongdong station Exit 3Kalau pergi Korea bawa budak boleh bergambar area sini atau lebih dikenali sebagai Seoul Comics Road sebab sepanjang jalan ni memang banyak kartun dan kedai kartun. Lukisan dan bangunan dia pun berlatarkan kartun. Memang cute sangat. Actually aku tau ni sebab ada orang share dekat group BBM tanya tempat mana semua kan. Anak bujang pula memang hantu kartun Korea ni macam robocar poli, super wing dan juga tobot. So kena la masuk dalam itinerary sekali dan bila tengok tempat rupanya dekat area Myeongdong dan juga Namsan Tower so kira pakej la. hahha.. Kalau yang tak ada budak dia tak heran sangat lalu kawasan ni tapi sebab aku ada anak kecil ni so memang peka sikit la area ni.
(gambar tak nampak sangat tapi boleh refer gambar map bawah sebelah tepi ada tempat menarik sekitar comic road ni)
Plan asal nak bergambar je dekat Robocar Poli tapi lepas tengok maps bawah ni la aku baru tahu kewujudan Seoul Comics Road heheheh dan jalan dia memang kearah tempat cable car juga. So gamble je lalu situ kira boleh bawa anak jalan tengok kartun dia suka kan. Tengok niat tu baik kan? hahahah dari robocar poli jalan kearah Pacific Hotel dan ambil jalan sebelah kiri. Memang dekat jalan tu dah siap ada tanda arah ke Namsan Tower so ikut je laluan tu. Yang orang share pasal kena daki beratus anak tangga tu aku tak pasti laluan mana sebab aku lalu sini elok je tak jumpa tangga siap dengan stroller aku bawa kot. Cuma laluan ni memang macam mendaki bukit curam tapi lorong ni cantik dengan lukisan dan kartun. hehehhe boleh nampak Namsan Tower dari laluan ni juga.
2) N Seoul Tower (Namsan Tower)
Kalau ke Seoul memang wajib la pergi sekali ke N Seoul Tower atau juga dikenali sebagai Seoul Tower dan juga Namsan Tower pun ye juga sebab aku pun confuse apa banyak nama daaa. Sebelum tu aku nak share beberapa option untuk ke Namsan Tower ni.
a) Myeongdong station Exit 3 - Jalan dari Maskot robocar poli
Jalan kearah Pacific Hotel dan agak mendaki bukit dan berpusing ke arah cable car station
b) Myeongdong station Exit 4 - Naik Namsan Ormi Elevator (lif ke cable car)
Keluar exit dan jalan (15 minit) terus ke simpang empat besar (traffic light Hoehyeon) dan belok kiri ke arah Namsan Park / namsan tunnel. Ni kearah Ormi Elevator ke Cable car station. Ormi ni memang sebelah jalan besar dan macam tempat tol tu.
c) Myeongdong station Exit 1 - By bus
Naik bas Namsan 05 atau Seoul City Tour bus. Kalau naik bas maksudnya memang terus ke Namsan tower dan memang tak naik cable car. Ini apa yang aku baca la. Dari segi bajet kira jimat naik bas terus la kot dan tak perlu naik cable car.
Nota : Cable car tutup hari ISNIN
Kalau pilih cara (a) & (b) kena naik cable car pula dan harga cable 1 way 6000won dan kalau beli return cable car 8500won seorang. Jimat beli return tapi mungkin ada masa balik nak jalan turun atau naik bus ke. Pilihan masing-masing la kan.
Kami ni masa nak ke Namsan Tower ni memang ambil option (a) kira gamble je sebab kalau ikut asal memang nak naik Ormi Elevator je. Awal jalan memang okay tapi bila dah penat mendaki dua-dua tak bercakap nak ambil gambar pun dah takde mood hehehe. Kami jalan je ikut orang ramai sampai la nampak rupa bentuk cable car station so assume sendiri je dah sampai. Nampak tak konfiden gila tu walaupun baru pertama kali. hahahaha.. Terus masuk beli tiket return dan kalau ada budak dan stroller orang situ akan minta ibu dan anak naik lif ke tempat menunggu sementara kaum bapa ni beratur panjang tunggu giliran cable car. Bagus kan?
Ni gambar dekat deck tempat menunggu. Bila dah sampai giliran baru masuk sebab faham-faham la budak ni mana boleh beratur sekali. Nak naik cable car tu stroller semua kena lipat kecil ye dan masa nak naik cable car ni memang padat gila dan tak nampak sangat pun pemandangan.. huk alohhh..
Bila keluar je cable car nampak view macam gambar atas ni. SubhanAllah cantik sangat. hehehe dan kawasan untuk padlock ni dah macam keliling area Namsan Park ni je. Merata ada dan cantik sebab warna warni. Suhu masa ni sedap je dalam 14 macam tu kot so sedap je nak berjalan lagi pun banyak lagi cahaya matahari. Bila dah redup tu yang start sejuk heheh..
Lagi satu yang best masa dekat sini ialah dapat pakai HANBOK. Pakaian tradisional Korea. Aku sebenarnya tak terfikir langsung nak pakai baju korea ni tau tapi kebetulan dekat sini sambil lepak-lepak tengok ada satu booth ni ada banyak baju-baju korea (hanbok). Aku ingat kena sewa then bila borak-borak dorang kata free je nak cuba dan kebetulan tak ramai orang so apa lagi terus la cuba juga. hahahha. So merasa la juga pakai hanbok ni weeeeee.. Aku rasa semua tourist attraction ada tempat nak cuba hanbok. Kalau korang memang plan nak merasa hanbok boleh la cari tempat-tempat tu tapi since aku tak kisah sangat hanbok ni so aku tak ada list tempat untuk hanbok ye.
Pakaian tradisional korea : Hanbok
Area belakang aku ni ada tempat padlock yang kira main location dia la tapi aku malas naik sebab kena naik tangga dan anak aku tengah seronok berlari kat bawah so aku biar je dia main.. hehehe.. Belakang ni juga ada banyak kedai untuk beli souvenir ke tapi heyyy banyak kartun-kartun dan mainan so okay bye-bye. Aku masuk kejap je lalu tu pun dia dah meraung nak mainan.. gggrrrr... Ramai cakap dekat area teddy bear museum dekat area bawah namsan tower ni ada tempat untuk solat tapi aku dah pusing tapi tak jumpa so kami decide balik lalu cable car tu je la senang (arah datang tadi) sebab tak jumpa tempat solat tu. Lagi pun area dalam namsan tower tu dengan stroller macam leceh sikit kena guna lif yang ramai beratur tunggu tu memang tak la kan..
Dah habis pusing kami plan balik la tapi actually tak tau pun kat mana asal nya area Ormi Elevator tu. Sekali turun je dari cable car dari pintu keluar tu sebelah kanan adalah Ormi Elevator so kami decide balik ke kawasan myeongdong station tu lalu option (b) iaitu guna Ormi Elevator. So merasa la dua-dua cara ni kan.. hehehehehe Lagipun Ormi Elevator ni free je dan masa turun dari Namsan Tower tak ramai orang pun.
Namsan Ormi Elevator
Refer gambar atas ni, hujung jalan tu dari ormi elevator adalah ke arah traffic light simpang 4 besar Hoehyeon intersection iaitu ke kiri kearah Namdaemun dan ke kanan kearah Myeongdong. Bila turun bawah tu jalan je susur kaki lima tu sampai jumpa intersection besar tu baru ke kanan. Masa kami turun ni serius blurr dekat mana kah?? So buka la google maps.. hahahaha.. Jauh beb jalan nak ke myeongdong station atau kami dah penat? heheh.. Aku rasa jalan mendaki bukit arah Hotel Pacific macam lagi dekat dari laluan ke Ormi Elevator ni.
Ni mercu tanda depan Namsan Ormi Elevator. Kalau korang nak naik ni jalan la sampai nampak burung bertengek ni. So itu la dia.. hehehe.. Perut dah lapar sebab dah petang dan belum lunch so apa lagi memang mood pun entah ke mana.. Menapak cari kedai makan je la..Penting untuk korang prepare siap-siap semua lokasi kedai makan dekat semua tempt korang pergi so senang in case masa korang dekat situ tengah lapar atleast dah ada option nak makan dekat mana kan.. hehhehe..
3) Myeongdong
Orang cakap area myeongdong ni ada banyak street food yang halal dan boleh dimakan kan. Tapi kena ingat yang street food hanya dibuka lewat petang ke malam je. Kalau pergi awal sangat memang tak ada tau. Kami pun baru tau dan nasib baik laaa lama dekat Namsan tower so turun ke arah myeongdong memang dah petang. Sampai je myeongdong kami target restoran yoogane sebab memang tu dalam list jalan-jalan cari makan kami dan memang dah lapar macam naga.. hahahha Anak pula tidur masa ni so mak pak dia heaven la kejap dapat makan. Eh aku bagi tau anak aku makan sebab memamng standby banyak biskut, bubur dan serunding so anytime dan anywhere dia lapar kami bagi makan. Sebelum ke Namsan Tower sebenar nya dah bagi dia makan nasi dan serunding masa dia main dekat Robocar Poli tu. Berjalan dengan budak tips dia just makesure dia sentiasa cukup makan so that dia tak mengamuk. hahahhaha..
Restoran Yoogane Myeongdong
Bila masuk je area myeongdong ni memang ramai ya ampun orang. Area sini kedai makan pun banyak sangat so kami guna google maps lagi sebab nak ke Restoran Yoogane juga. Kedai ni kedalam sikit so ikut je google map.
marinated seafood fried rice - 5500won/pax
Restoran Yoogane ni menu dia ada macam-macam jenis juga tapi aku tak yakin makan yang lain dan biasa nya orang muslim order macam nasi goreng seafood ni je aku baca dan macam biasa air masak dia boleh minum sampai kembung free je. Dorang tolong masakkan depan kita dan seafood dia sangat meriah dan sedap weh.. Tak tau kenapa aku macam suka semua makanan korea padahal dekat Malaysia aku bukan suka sangat pun dan rasa dia macam lain sikit.. hehehe
Semua lorong area myeongdong ni sama padat haaa celah mana pun dan memang sini majoriti barang kosmetik laaa tapi aku tak masuk semua pun. Yang depan kedai tu sendiri dah macam-macam offer menarik tapi sis bukan beauty blogger so sis bye bye je.. hahahah tapi bekas kosmetik dorang pun comel sangat weh so tak pelik kalau yang suka barang kosmetik boleh bankrupt masuk sini. hahahahah.. aku yang tak minat pun nyaris terjebak sebab bekas comel!!!
Yang macam banana pancake ni tak rasa sangat nak try masa tu sebab macam nampak biasa je dan perut kenyang gila. Odeng (fish cake) aku tak jumpa yang jual odeng saja sebab kebanyakkan campur dengan hotdog so aku lalu je. Terliur je tengok sebab dah selalu tengok dalam drama korea dorang makan odeng kan time sejuk-sejuk.. hehehhe masa ni dah petang memang dah mula sejuk..
Pungo-Pang - roti inti kacang merah 3000won
Kyeran-Pang - roti telur 2000won
So aku hanya cuba 2 jenis street food ni sahaja okay dan masa ni tangan dah penuh so minta dear husband ambil kan gambar. Aku ingat dia ambil la juga gambar sekeliling street food ni tapi rupa nya tak. hahhaha.. Aku pergi area gerai ni semua macam baru la buka dan tak banyak sangat lagi gerai. Jimat gila la lalu sini masa kenyang, nak habis kan 2 ketul ni pun seksa siap paksa laki aku makan. hahahhah.. konon suruh dia rasa sikit la kang rugi lak tak rasa gituuuu dan seterusnya balik la guesthouse.
4) Hongdae area - Hongik Univ
Sebab kami balik awal dan ada 2 tempat kami skip untuk hari tu so malam macam cergas kan. Lepas rehat dan bersihkan diri semua so malam tu plan untuk pusing la area guesthouse. Orang dari itaewon dan myeongdong pun suka lepak area hongdae. Rugi la kalau kami tak join sama kan. Area hongdae ni famous untuk golongan belia dan muda-mudi gitu. Ada banyak street performance, club dan juga kedai makan hipstur gitu. Kalau peminat k-pop sure suka sebab boleh tengok street performance. Ada yang menyanyi la menari la dan ada juga main instrumen. Fashion pun ye juga sebab ada satu lorong tu untuk jual pakaian je.
Orang ramai gila ni sebab berkumpul tengok orang perform. Sepanjang lorong ni straight sampai hujung sana. Bukan 1 atau 2 group tau tapi ada banyak group. hahahha dan ada banyak coffee shop juga tingkat atas sebab boleh lepak sambil tengok orang perform dekat bawa. Memang happening gila okay.
Kawasan hongdae ni yang aku perasan dia macam banyak spot yang berbeza. Kawasan coffee shop, then club dan lorong straight performance, fashion street dan juga street food tapi street food area sini banyak jual non halal la so kami hanya singgah beli air dekat mart je la. Anak aku nampak hotdog dia nak.. hahahhaha
Hongik University, Hongdae
Aku rasa macam dah terpusing semua area ni je memang main jalan je malam tu dari kawasan sepadat-padat tiba-tiba lorong takde orang tapi jalan je dengan confident sebab kalau sesat baru buka google maps. hahahha.. sampai la jumpa gerbang Hongik Univ ni. Area sini katanya banyak jual pakaian murah-murah untuk student kan. Ni pun antara university yang popular untuk tourist selain Ewha Univ. heheh
Dah penat pusing-pusing jom la balik. Anak aku masa ni nak ajak balik nak tidur dah. Tak remaja betul. hahaha dan ohyaa dekat sini juga aku jumpa air coffee uyun. Selalunya banana uyun kan tapi since dekat group Korea kata coffee flavor sedap so aku pulun la cari. hahahah
Belanja hari ketiga
Mart coffee : 1000won X2Instant rice + banana uyun : 2600won+
Namsan cable car return : 8500won X2
Air oren fanta : 1500won X2
Lunch yoogane : 5500won X2
Hongdae nightlife (7E) : 2300won
Balance Tmoney :4000 (athirah) + 4800 (husband)
Melancong ke Korea Day 4
korea tempat yang cantik dan menarik untuk dikunjungi...
ReplyDeletearea Namsan Tower mmg takde tempat solat...cuma ade penjuru yg kita boleh gamble solat kat situ je..huhu...tmpt specific macam surau mmg takde :)
ReplyDeleteSalam. Perkongsian yg sangat menarik. Salam kenal dari saya.
ReplyDeleteYang ke namsan cavle car tu awk jalan kaki dari mana? Station subway ke? Saya rasa mcm jauh.
Jemput datang ke blog saya juga ye
Aah dari stn subway dekat robocar poli tu jalan.. mendaki dan agak jauh laaa.. balik lalu lif tu.. dpt rs dua2 jln la
DeleteTerima kasih. sangat membantu untuk rancang perjalanan sebab pergi berdua dengan kawan untuk kali pertama dan berdikari . huhu
ReplyDeleteBole pakai google maps ke kat sana?
ReplyDeleteBoleh untuk tgk arah dan maps je
Delete