Percutian ke Korea
Lepas aku share pakej percutian bajet ke korea tu, ramai pula yang minta full itinerary. Boleh je nak share apa aku guna masa pergi haritu. Biasa plan dengan actual akan berubah sikit tapi tempat nak pergi dengan arah nak pergi tu sama je. Anyway aku booking tiket dengan guesthouse dari bulan Jun 2016 lagi. Travel date March 2017. haa haaa lama tak lama aku tunggu.
Unable to assign seat
Nak jadikan cerita masa aku nak check in tu tiba-tiba je tak boleh. Keluar notis ni "Unable to assign seat. Please proceed to check-in counters for assistance" kau rasa?? nervous gila tak payah cakap la. Aku siap pergi subang airport nak check sebab dekat dengan aku sekali sama je. Kes nya sebab semua seat penuh yang tinggal hot seat & quiet zone sahaja which is susah nak locate la. hahahah terus kena soal kenapa tak beli seat? eh eh.. aku tak sangka la pula yang ramai orang siap beli seat sebab biasa aku beli tiket masa check-in akan auto generate je. Berdebar tak payah cerita la so pasrah je la. Kitorang pergi KLIA2 paling awal.. kaunter check-in pun belum buka so tunggu je situ sebab tak sedap hati. Risau kalau kena asing dengan Asyraf memang haru betul tu. Asing dengan laki aku je takpe lagi. hahaha..Bila kaunter buka je kami la paling laju sebab tau kes camni kena la cepat. Tapi dekat kaunter orang kaunter lak mainkan perasaan aku lagi.
Kenapa tak check-in awal beli seat?
Dia cakap seat semua asing-asing ni macam mana?
Aku pun dengan pasrah cakap tak pe la mana-mana janji boleh check in dan ada seat. hahahha drama sebabak dengan lapar gila tak makan. Balik kerja terus ambil barang dan shoot ke Airport kot. Flight 1 pagi kena check in 4 jam sebelum so dalam pukul 9 mlm. Lepas settle check-in baggage semua terus ambil boarding pass dan pergi makan. Tak tengok dah seat kat mana sebab dah pasrah dan penat gila masa ni. Lepas makan pergi solat siap-siap tapi gilir dengan laki aku so masa ni la aku tengok boarding pass.. Terus happy!! sebab seat sekali. hahahhah hampeh betul orang dekat kaunter tu. saja mainkan perasaan aku! Kami dapat hot seat dekat bassinet tapi tak guna la bassinet tu.
Air Asia Hot Seat
Walaupun hot seat tapi memang tak selesa untuk kanak-kanak sebab arm rest tu kalau perasan tak boleh angkat. So anak aku malam tu tidur duduk je tapi nampak dia tak selesa aku angkat la riba dia. Kalau seat biasa boleh angkat arm rest so dia boleh baring dekat ktorang tapi tak pe la memang takde seat kan masa ni. Okay la tu. hahahha. Dah la orang sesuka hati je lalu lalang depan kitorang nak tidur pun susah asyik terjaga orang lalu. fuhhh
Incheon Airport, Korea
Masa kami sampai tu suhu 0'C hahahah tapi sebab dalam Airport tu tak rasa sangat la sebab ada heater. Aku masih dengan sweater biasa je lagi masa ni. Terus ikut je orang ramai. Oh yaaa dalam flight dia bagi borang kena isi macam biasa tapi kali ni laki aku isi semua. Aku dah tak larat dah. Biasa aku je tukang isi borang-borang tu. Semua borang tu bagi dekat imigresen dia, memang kita takde pegang apa-apa sebab ada setengah negara kena pegang sampai kita balik kan.
Incheon Airport ni besar so lepas sampai tu ikut je orang ramai kena naik train dulu sebelum jumpa imigresen dan claim baggage. Setiap gate tu jauh so dorang ada transfer train untuk memudahkan orang ramai. So jangan pelik kalau jalan tiba-tiba kearah train. heheh..
Antara sebab aku nak duduk Boa Travel House adalah tak perlu transit train dari Incheon Airport. Direct je dari airport. Lepas claim baggage semua terus cari signboard Airport Railroad (AREX), KTX ni. All train dengan KTX memang berdepan so ikut je direction. Kalau ada stroller guna lif turun bawah dari pintu arrival tu.
T-Money dan topup
Siapa yang nak ke Korea mesti dah tau fungsi T-money kan? Macam konsep touch n go kalau dekat Malaysia tapi dekat Korea panggil T-Money. Ada macam-macam corak yang comel juga so nanti masa nak kearah train tu akan nampak kedai serbaneka dan ada tulis t-money. Pergi je beli dekat situ sebelum naik train dan jangan lupa juga check baki dan topup siap-siap depan pintu ke Airport Railroad (AREX) / all train.
Mesin topup ada English so jangan risau. Ikut je arahan yang tertera.
1) Letak kad
2) Pilih bahasa
3) Topup jumlah yang nak
Dah siap terus tap masuk je. Kitorang ritu memang dah ada T-Money so just topup je dulu 20000won. Anak aku free. Perjalanan dari airport lebih kurang 50minit. Masa ni dah excited jangan cerita la. Sebab kami sampai awal pagi so memang plan untuk terus keluar berjalan.
Sampai je station Hongik (dekat guesthouse) terus cari exit 4. Macam dalam gambar atas ni. Setiap station memang ada signboard exit berbeza so pastikan korang tau nak exit mana station tu. Lepas tu terus ikut je direction kearah guesthouse. hehhehe best gila jalan kaki area Korea sebab suhu sejuk kan. Kalau dekat Malaysia jangan harap la nak jalan.
Ni lorong ke arah Boa Travel House tu. hehhehe memang korean style kan. kalau biasa tengok drama dia kawasan bukit-bukit tu biasa sini. Dari airport tak merasa sangat maksud sejuk sebenar walaupun announced suhu 0'C masa tu sebab tak keluar bangunan lagi. Sekali keluar exit tu haaa kau rasa... Terus cari mufler anak aku, hidung mulut terkejut sejuk.. hahhaha
Sempat beli air dekat GS26 tu macam 7E la tapi Starbucks tu aku tak pernah masuk langsung masa dekat sana. Ada yang gila beli tumbler dia kan tapi aku takde perasaan sangat.
Dekat Korea ni waktu check-in dia pukul 3 petang so kalau sampai awal just pergi tinggal barang je then boleh keluar jalan. Jangan risau memang kebanyakkan guesthouse sana memang ada ruang untuk customer tinggal beg sebab tak boleh check-in awal kecuali korang nak bayar extra untuk check-in awal. hehehhe..
NAMI ISLAND
Dari Hongik Univ. Station boleh tengok apps subway untuk ke Gapyeong Station (Nami Island). Ada satu transit sebelum sampai Gapyeong. Ikut je subway apps korang tu. Maybe perlu transit tempat lain ke. Depend pada route korang. Bila sampai je Gapyeong station tu korang boleh pilih nak naik bas atau teksi ke jeti nami. Disebab kan kami sampai agak lewat dah so naik teksi je terus ke nami.
Teksi dari gapyeong ke jeti nami 3800 won
Teksi dari jeti nami ke gapyeong 3000 won
Jangan tanya kenapa harga lain. Ni apa yang kami kena baru ni. hahaha.. Bayar guna T-money atau cash pun boleh. Kalau sampai awal sana baik korang naik bas sebab boleh trip ke Petite France dan Morning calm sekali. Naik bas tu free je pergi sana dengan 1 tiket.
Ni masa transit nak ke Gapyeong, masih excited walaupun penat ngantuk tak lena tidur. hahah.. Tunggu next train. Asyraf pun muka happy sebab boleh naik Thomas (baca train).
Gapyeong Station, keluar station ni terus je kedepan memang ada teksi yang sedia menunggu. Cakap je nami tak perlu lebih-lebih dorang dah faham. hahahaha. Anak aku boleh tidur masa ni gggrrrr dan nasib baik la bawa stroller sebab asalnya macam nak tinggal je dekat guesthouse. haha
Teksi tu berhenti betul-betul dekat "welcome to nami island" ni. Masa kami sampai ni dah tengah hari buta. So memang silau panas tapi sejuk. Boleh faham tak? Sampai pun masa yang ganjil so tak ramai orang pun cuma tak best nak ambil gambar. Silau matahari menegak. hahah..
Dari
sini jalan je ke kaunter tiket untuk naik feri ke Nami Island. Entrance
fee 8000 won seorang. Budak bawah 36 bulan FREE. Alhamdulilah tak ramai
orang sebab kami sampai hari Jumaat bukan hujung minggu so tak perlu
nak bersesak dekat sini. Beratur je tunggu naik feri.
Sampai
je Nami Island ada orang bagi tau yang still ada salji haaa apa lagi
memang excited gila tak yah cakap laaa.. hahahha Kebetulan anak tengah
tidur so mak pak dia sakan la main salji yang ada. hahhaha Boleh la
sedapkan hati tak dapat tengok sakura musim bunga dapat pegang salji.
Suatu nikmat juga tu. Alhamdulilah..
Bongkah
ais pun banyak lagi tinggal sikit-sikit sekitar Nami Island ni. Cuma
yang tak best masa pertukaran musim sejuk ke musim bunga ni. Salji yang
tinggal tu nampak kotor la orang pijak-pijak kan. Sekeliling tu nampak
ranting kering je dan suhu masih sejuk. Sekitar 0 - 14'c masa ni.
Boleh
tak rasa tak puas langsung dekat Nami sebab tak sempat pun nak pusing
semua. Sampai pun dah petang kan. Main salji dan terus pergi makan
tengahari nasi goncang. hehehhe.. Aku ambil nasi goncang tuna. Laki aku
ambil nasi goncang cheese. Boleh tahan sedap la atau mungkin sebab
tengah lapar dan sejuk so apa pun boleh. heheheh..
Nasi
goncang ni dekat sebelah kanan hujung sekali deretan kedai gambar bawah
ni. Nampak tersorok sikit. Dekat deretan ni juga ada prayer room dalam library bangunan kuning tu.
Toilet pun dekat sini. Lepas makan terus pergi solat dulu tapi kena
gilir la sebab anak aku dah bangun. Dia tak sabar nak main playground
dekat sebelah tu. Tapi dalam library tu pun ada mainan dan boleh bawa
anak main situ je. Tapi masa tu aku tak tengok pun. Penat kejar anak
dekat luar sejuk-sejuk.. hahahah masa turn aku nak solat baru tau luas
library tu untuk budak.. cehhhh..
Aku bagi gambar berbicara. hahhahah so now aku faham sangat kenapa orang suka pergi Nami pagi sampai la ke petang. Memang best sangat dan banyak tempat menarik untuk bergambar. Anak aku dah start cranky sikit petang tu tapi macam okay malas layan mama nak posing.. wakakakka bukan boleh datang bila-bila masa nak oii..
(ni dalam library yang sekali prayer room)
(posing dari jauh je sebab ramai sangat orang tengah bergambar dengan patung tu, cari angle kosong so ni je berjaya)
Ikut kan banyak gambar nak upload tapi kang orang confuse ni album ke blog? hahahah.. First day yang paling best laaa.. Ikutkan petang tu nak pergi Itaewon tapi rasa penat dan anak aku dah mula meragam. Dari touch down terus berjalan. Tidur dalam flight pun tak selesa so kami decide balik guesthouse untuk check in dan rehat. Banyak hari lagi nak tempoh. All out sangat pun tak bagus. So lepas Nami kami balik je guesthouse. Kalau aku yang buat itinerary sendiri memang semua MUST Visit la aku masuk kan. hahah..
Aku share sekali dengan itinerary korea day 1 aku. Aku edit yang actual tau tapi tak jauh beza dengan plan sebab dah tau hari pertama masa aku tak banyak pun. Skip petite france and morning calm. Biasa kalau ke Nami akan sekali dengan pakej Petite France and Morning calm.
Itinerary Korea Day 1
Belanja hari pertama
Topup T-Money : 20000won X2 (balance dalam kad 5300 x2)Air fanta : 1200won
Banana uyun : 1000won
Coffee : 1000won
Taxi Gapyeong - Nami : 3800won (Tmoney)
Taxi Nami - Gapyeong : 3000won (Tmoney)
Entrance fee : 8000won X2
Lunch nasi goncang : 6500won X2
Balance Tmoney : 11500 (athirah) + 12300 (husband)
sangat menarik...kerana bukan senang dapat melancong ke Korea..
ReplyDeletesaya akan pergi dengan 2 org anak..1thn n 5thn..5thn kena t money tak
ReplyDeleteSefaham saya masa dekat sana tempoh hari.. selagi anak tu guna stroller atau boleh didukung tak perlu tmoney.. utk kepastian boleh tanya dkt tourist counter bila sampai airport.. if needed bleh beli tmoney for kids sbb murah dr adult..
Deletesalam athirah..dari airport incheon ke seoul station hanya guna tmoney ke kalau pilih airport all train? balik pun sama ke?
ReplyDeletemaaf lambat reply. sy mmg guna fully tmoney dekat sana
Deletesalam nak tanya pasal hot seat tu free ke kena bayar asing sbb sy beli tiket xde beli seat siap2 risau jugak ni pergi bertiga dgn ana n husband
ReplyDeletefree. sbb mmg tak beli seat.
Delete