Pengalaman tu penting bagi aku di samping boleh berjalan-jalan. hikkss
Masa aku tau ada family gathering dekat area Teluk Batik ni terus tanya laki aku ada pergi Pulau Pangkor tak sebab dah alang-alang dekat kan dan aku pun teringin nak jejak. hahahha.. bini yang jakun dan suka berjalan memang la gitu.
Ada 2 jeti nak ke Pulau Pangkor. Satu naik feri dari jeti Marina Island, Teluk Batik dan satu lagi naik feri dari jeti Lumut tapi sebab kitorang dekat dengan Marina so naik feri dekat Marina je la. Tapi adik ipar aku orang perak sendiri cakap naik dari jeti Marina lagi cepat sampai ke Pulau Pangkor. Boleh refer maps (google) dibawah. Tiket aku tak sure berapa sebab aku takde masa beli tiket tu.
JETI MARINA ISLAND
Ni beberapa gambar yang sempat ambil dekat kawasan jeti Marina Island ni. Belakang gambar anak aku yang bawah ni ada satu kawasan bot-bot peranginan. Cantik sangat tapi sebab tengah panas terik so mood bergambar tu tarak.. hahahah..
Beratur nak naik feri.. dah lama gila tak naik feri besar sebenar nya dan aku tak berapa ingat feri ni macam mana tapi Alhamdulilah feri ke Pangkor ni ada aircond, dah la tengah panas gila masa ni terus rasa lega nyaaaa.. Satu nikmat.
JETI PANGKOR
Ramai juga orang datang Pulau Pangkor kebetulan masa ni masih cuti sekolah 27 Disember 2016. Masa aku sampai tu panjang gila orang beratur nak naik feri dan semua van pelancong dekat Pangkor ni adalah berwarna pink.. hahahha comel gila.. Aku datang kan dengan family besar so agak ramai jadi nya kena sewa 2 van untuk bawa jalan-jalan sekitar Pulau Pangkor.
TEMPAT SEJARAH - BELANDA DI PERAK
Tempat pertama yang kitorang singgah adalah tempat sejarah peninggalan belanda. dah lama gila tak pergi tempat bersejarah ni. hahah Tak reti nak cerita korang layan gambar je la.
ISLAND HOPPING
Aku ingat just pusing-pusing Pulau Pangkor rupanya sekali dengan island hopping dan snorkeling. Wahhh kau aku tak prepare baju spare segala... hahahhahaha... anak aku kan biasa nya tak suka gila pasir dan air laut tapi masa ni aku pelik sikit. Dia yang paling tak sabar dan tak kisah pasir segala. Musykil aku. Mungkin dia nak pantai di Malaysia je kot. Aku bawa sampai Lombok ritu pun taknak pijak pun pasir. Tak apa la nak kita berpijak di bumi Malaysia je la.. hahahahhaha
Tengah tunggu speed boat untuk Island Hopping. Boat pun kena guna 2 yang hero-hero naik speed boat macam gambar atas ni yang kaum wanita dan budak naik yang ada bumbung. hehe
Tempat popular untuk snorkeling dekat area Pulau Pangkor adalah dekat Pulau Giam nama nya. Memang ramai gila orang weh sini dan macam terjaga la juga. Aku duk bayang kotor ke apa tapi tengok sendiri la air tu semua. Bersih la juga. Anak aku pun berani gila tiru aksi orang snorkeling. hahahhaha...
Kalau lapar dekat Pulau Giam ni ada gerai.. hahahhahahahah comel kan gerai dekat tengah pulau kecil ni. Boleh la buat alas perut.
Kitorang ada pusing tengok beberapa pulau sekitar tu. Batu bentuk kepala ikan paus la dan macam-macam lagi. Overall okay la dan seronok juga. Bawah ni kapal tangkap ikan bilis kata nya.
KILANG SATE IKAN
Kitorang ada singgah kilang sate ikan masa on the way balik dari tempat island hopping tapi aku tak sempat ambil gambar. Ramai borong ole-ole la dekat situ. Anak aku dah tidur masa ni so hp pun dah selamat simpan.
FU LING GONG TEMPLE, PANGKOR
Kalau larat sila la daki anak tangga ke atas. Aku rilex dekat bawah je. Tak daya aku nak daki. hahahhha.. Anak aku tengah tidur dalam carrier..
MUZIUM PULAU PANGKOR
Actually aku ingat dah habis dah tempat melawat rupa nya ada lagi.. hahahha.. Singgah kejap dekat Muzium Pangkor. eh muzium ke galeri? hahahha
Sekian day trip kami ke Pulau Pangkor. Terima kasih semua yang menjayakan gitu sebab hasrat aku dah tercapai. hahahha... Kalau sesapa yang tak pasti nak bawa family pergi mana untuk short trip boleh la pilih ke Pangkor. Drive dari KL pun tak jauh sangat. Mungkin boleh stay 1 malam dekat sana ke. Malam tu kami BBQ. Alhamdulilah rezeki.
Gigih dukung anak dalam carrier tu.
ReplyDelete.
Anak sis pun bukan main selesa landing ya.
.
Hahaha.
.
Alhamdulilllah, murah rezeki Allah bagi kat Misztrex
.
Dapat jalan jalan dengan family
Alhamdulilah..
DeleteAnak 13kg kot terpaksa laaa... hahahahha
Seronok ny ! =D
ReplyDeletetgk view pun cntik, pgangkutan lg la comel smua bas pinky2 gtu hoho
boleh la untuk short trip
DeleteMacam seronok juga ya Pangkor. Ingat nak plan ke Cameron tapi cuaca tak brp bagus sekarang nie..bahaya. Pangkor macam ok :)
ReplyDeletemana2 pun ok kalau pegi dgn family
DeleteMenginap di mana ye? Boleh sewa 1 van ke?
ReplyDeletekami duduk homestay. ambil 2van sebab ramai
Deletesis...berapa rm harga van, harga snorkeling, harga island hoping? pantai tu apa nama...sis gerak dr satu tempat ke satu tempat tu naik van shj ker...caj kira cmne...reply please...
ReplyDeleteharga untuk van, snorkeling, island hoping maaf tak ingat dah.
Deletekalau island hoping memang semua pulau dibawa sebab tak byk pun pulau situ. saya ada mentioend nama pulau giam kat dalam post juga.
kami guna van yg sama sebab ambil utk day trip 1 pulau. van akan tunggu sementara kita pergi island hoping.
selain van ada tak teksi ataupun kereta sewa untuk bergerak di pulau. nak parking kereta di jeti lumut @ teluk batik kat mana dn berapa cas 1 malam
ReplyDelete