Review jujur Baby Love Playpants

Ni antara diaper pants yang aku suka sebab kualiti dia bagus. Dah banyak jenis juga diaper pants yang aku dah pernah try dekat Asyraf pakai, brand Baby Love playpants ni kira antara yang bagus juga. hahahha.. Sorry ni review jujur dari aku sebab anak aku ni kuat minum so kuat juga kencing. Diaper pants aku selalu pakai kan masa travelling je dan kalau dekat rumah guna diaper lekat macam biasa tu juga.


Aku paling excited tak sabar nak try dekat asyraf. Lepas ambil dekat pengasuh terus tukar diaper dia nak try yang ni. Benda utama aku cari dekat diaper mesti la keselesaan dan tahan bocor.

Ramai cakap kau anak sorang boleh la belikan yang mahal. Actually aku pernah je beli yang murah tapi kekerapan wajib tukar tu tinggi so end up bila kira balik cost habis adalah sama. Kalau nak jimat sangat baik potty train cepat. So dah tak perlu kan diaper kan.

Ni aku bagi contoh la

Diaper A - RM0.50/pcs 1malam perlu 2x tukar
Diaper Y - RM1.00/pcs 1 malam hanya 1x tukar

Ni kajian dekat anak aku sebab kalau tak tukar dia akan bocor dan satu kerja nak tukar segala linen semua pagi-pagi. hahahhaha..


Design kartun dia pun menarik. Anak aku nampak ni terus minta tukar sebab dia cakap boleh naik wing wing (plane) - refer gambar dekat pek


Material dia jenis lembut gebu tu. Macam mana ye nak cakap. Pernah raba mamypoko pants tak? atau Diapex pants? Lebih kurang tu rasa dia. Kan ada certain diaper jenis macam plastik kalau pegang kan dan sure la beruap haa kalau pakai. Tapi ni material dia jenis cepat menyerap. Aku cuba explain guna bahasa biasa je ni. Getah dekat pinggang pun selesa tak mengcengkam sangat dan jenis lembut je.


Saja taknak explain guna ayat saintifik sangat macam nano power plus ke bubble soft sheet ke sebab tu korang pun boleh baca dekat pek dia kan. hahahha..





Ni aku paksa anak aku berdiri diam-diam sebab nak ambil gambar. hahahhaa.. Just nice dekat dia dan aku dah try juga pakai waktu malam. Alhamdulilah tak bocor dan tahan lama. So aku dah jumpa satu lagi brand yang best kalau nak bawa travel nanti. Area pinggang dan peha pun tak nampak merah2. Elok je absorb walaupun main berpeluh ke. Aku try pakai kan waktu siang. Area pinggang tu tak berpeluh maksudnya dia serap elok laaa.



Review aku untuk Baby Love Playpants
- Cepat serap dan cepat kering ha konsep nya.
- Design dia pun selesa untuk anak aku bergerak.
- Yang best tahan bocor
- Trex bagi 5 bintang muahahahhaha


Kat mana nak beli? 
Aku google buat masa ni hanya di Lazada so boleh la usha sekarang sebab ada promosi BabyLove Playpants Nano Power Plus dekat Lazada selagi stok masih ada.




Ni size guide untuk korang refer tapi bergantung juga dekat size badan anak korang. Macam anak aku patut size XL je tapi aku pakaikan XXL dah sebab peha besar dan juga dia kencing banyak sangat haaa.. Bagus mana pun diaper jangan malas sangat tukar diaper anak ye walaupun cepat kering ke apa. Tu semua nak kurangkan tak keselesaan anak je. Kalau dah lama sangat pun kena tukar.


6 comments

  1. Penah try gak.. mmg best..

    ReplyDelete
  2. oh.. best eh. pnt la hunting diapers ni. hr tu, guna brand apa ntah.. hari2 bocor. stress

    ReplyDelete
  3. Kalau jenis pants ni mmg mudah kalau pakai waktu Travel. Ok good review n nice choice...

    ReplyDelete
  4. cantiknya colorful. mesti budak suka

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...