(beratur untuk masuk imigresen)
Persiapan PENTING sebelum keluar negara
1) Pastikan passport korang valid sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum nak keluar negara hahahah sebab ada salah sorang dari team kami tak perasaan passport dia dah nak expired lagi beberapa hari. Tapi jangan risau boleh renew dekat dengan imigresen tu. Untuk renew passport kaunter buka pukul 8 pagi so tunggu la, janji ada duit nak renew tu ye. Passport expired boleh renew tapi jika ada halangan dalam sistem keluar negara.. minta maaf la korang tinggal la dekat sempadan tu. hahahhaha..
(tempat urusan passport Malaysia)
2) Sila semak status diri anda dekat online imigresen sama ada korang ada halangan ke tidak.
Ni pula cerita aku sendiri, sehari sebelum nak pergi tiba-tiba nama aku kena ccris ptptn sebab ada tunggakan bayaran sikit. Ni pun sedar sebab nak apply home loan tapi status rejected dan bank call untuk confirmation. Masa ni cuak Tuhan je tahu.. makan tak lalu terus pergi PTPTN untuk confirmation sama ada CCRIS sahaja atau ada halangan keluar negara. By the way aku dah start bayar secara konsisten cuma tunggakan dari lepas belajar tu yang ada skip beberapa bulan bank kira ccris dan Alhamdulilah nama aku baru kena ccris belum blacklist lagi sebab tunggakan sikit je. Settle semua tak ada masalah dah. Pegawai PTPTN tu dah sahkan aku tiada halangan ke luar negara so baru boleh rilex tapi masih lagi ada perasaan cuak masa nak masuk ke imigresen Malaysia tu. Takut sangkut walaupun dah check online tiada halangan.
Ni update dari pegawai PTPTN tu sendiri, PTPTN buat dua cara sekarang.
a) Hanya nama ccris which is tak boleh buat sebarang loan sampai kita selesaikan tunggakan tapi masih boleh keluar negara.
b) Blacklist - ni memang terus keluar status dekat website imigresen mengatakan halangan dari keluar negara.
Kalau dah nama roadtrip korang tak boleh nak expect semua nya bagus ye sebab roadtrip ni kira ala-ala backpackers je semua dan kalau tanya aku. Aku suka macam ni sebab macam free dan lebih puas hati dapat tengok tempat orang dengan lebih dekat. Biasa aku masuk Thailand dengan flight so sampai airport terus ke hotel. Tak banyak yang dapat tengok pun tapi sangat berbeza dengan roadtrip ni. Boleh tengok persekitaran negara jiran ni. Yang aku kagum toilet dia bersih dan unik la bagi aku sebab lain dari Malaysia. Setiap hentian dia pun cantik-cantik.
(salah satu hentian rehat sebelum sampai ke Phuket)
Sila ready kan mental fizikal sebab perjalanan nak sampai ke destinasi pertama kami iaitu Phuket dari Kuala Lumpur lebih kurang 24 jam. Dari TBS pukul 10 malam sampai Bukit Kayu Hitam pukul 5 pagi. Uruskan hal imigresen dan diri terus gerak tunggu van dalam pukul 9 pagi baru gerak masuk Thailand. Kena check-in imigresen Thailand pula dan terus masuk cari simkad dulu yang paling penting. Rasa nya dekat pukul 10 pagi baru gerak ke Phuket. Memang banyak perhentian juga kami berhenti untuk uruskan diri dan rilex kan badan. Sampai Phuket lebih kurang 8 malam waktu Thailand lebih kurang pukul 9 malam waktu Malaysia. Kami tak terus check in hotel tapi kami berhenti untuk makan dulu dekat sini. Kami sampai hotel lebih kurang pukul 10 malam waktu Thailand bersamaan dengan pukul 11 malam waktu Malaysia.
Ni sedikit sebanyak idea untuk sesiapa nak roadtrip ke Thailand macam kami. Detail aktiviti tunggu entry seterusnya. Selagi masih fresh ni insyaALLAH aku share sebaik mungkin. Kenangan terindah untuk aku juga bersama geng kembara KBBA9. Banyak kenangan kami.
Huhuhu jgn jadi mcm ss kena sekat nama masa wat passport huhu
ReplyDeleteNasib baik tak kena sekat kluaq negara kan, kalau tak rugi laa kena tinggal kat sempadan hehehe
ReplyDeleteWahh bestnya..
ReplyDeleteWow... bestnya pergi bercuti..huhuhh
ReplyDelete