Merawat HFMD

Siapa tak risau kalau anak sakit... Ini kan pula HFMD (hand foot mouth disease). Well known disease yang memang senang berjangkit dikalangan budak bawah 10tahun.. Actually aku ada nampak merah sikit dalam mulut dia last weekend before bawa dia pergi klinik.. Then the day bawa pergi klinik tu nampak makin banyak bintik merah dekat tangan, kaki dan ulser dalam mulut.. 



Kes anak aku ni consider as mild sebab dia tak demam pun.. He still can eat and play as usual.. Masa bawa jumpa doc tu, doc tu pun rilex je bagi tau kena HFMD.. Memang tak ada ubat pun untuk penyakit ni.. Just kena jaga kebersihan..

 ni masa awal2 kena.. bintik merah start banyak..



Memang malam dia tak boleh tidur sebab gatal2 dan sakit ulser dia... Sepanjang malam tu juga aku google apa yang boleh dibuat nak bagi kurang kan since memang tak ada ubat kan.. So ni antara apa aku buat untuk merawat HFMD.. 




Aku apply shaklee herbal blend dekat kaki dan tangan dia.. InsyaAllah selamat untuk kanak-kanak.. Selepas try sapu herbal blend Alhamdulilah dah tak nampak dia tergaru-garu.. Krim ni rasa sejuk berangin... Dia pun asyik minta sapu.. Ok la kan.. Yang best dia tak melekik dan senang serap.. Agen shaklee tu bagi free nutriferon suruh campur dalam susu.. Terima kasih banyak-banyak.. dia cakap biasa kena HFMD ambil sekali nutriferon untuk tingkatkan imunisasi badan gitu.. tapi 1sachet ni letak sikit je dalam susu dia.. boleh la 4 ke 5 kali susu dia untuk 1 sachet ni.

(google image)

Dalam masa yang sama aku guna juga essential oil yound and living.. For HFMD guna essential oil thieves and purification. Diffuse dan juga roll on dekat tapak kaki dia... Selang seli dengan herbal blend.. Untuk roll on tu DIY campur few drops thieves, purification and minyak V6/ VCO pun boleh, minta tolong member buatkan sebab dia ada minyak V6 young and living tu.. Asalnya aku try starter pack je tapi hasil google cari tentang cara merawat HFMD dengan aku terjebak shopping essential oil yang lain.. HAHAHAH.. tak apa rumah wangi macam spa... 





Essential roll on blend macam botol kaca kiri tu.. Label HFMD Blend.. senang masuk handbag.. tak semestinya untuk hfmd sahaja.. tapi kalau nak cerita detail pasal essential oil kena entry lain la pula... panjang sangat nanti.. aku highlight yang penting je untuk merawat HFMD..
 (google image)

Ni rupa diffuser.. Just letak few drops thieves and purification.. dia akan automatik off kalau air kering dan max 4 jam.. Anak pun boleh tidur lena on diffuser ni.. Sekarang kalau tak on diffuser rasa tak best..hahha perangai nak wangi je..



Budak HFMD ni doctor pesan monitor je.. makesure dia nak makan minum macam biasa... kalau demam pun suhu tak tinggi.. pastikan dia aktif dan kalau nampak dia pasif sila rujuk hospital sebab HFMD ni bahaya juga kalau tak jaga.. Alhamdulilah anak aku kena tak lama, dalam 5hari dah okay..  




No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...